Friday, 6 December 2013

KENANGAN BERSAMA GURU

Assalamualaikum ahli-ahli Akbn dan sidang pembaca, terasa pulak nak menulis sedikit kenangan saya semasa berguru masa zaman remaja dulu. Saya ni kalau dalam bab berguru bolehlah dikatakan dalam ketegori orang yang taat pada guru dan amat menghormati guru dan sikap ini dibawa dari mula pertama menuntut ilmu hinggalah ke hari ini. Masih ingat lagi pada satu hari selepas katam silat dari guru saya yang pertama, guru saya berpesan agar belajar lagi dalam bidang seni pulak lalu saya pun pergi lah mencari guru lagi dan melalui pertolongan kawan-kawan saya pun dibawa bertemu dengan seorang guru silat yang tersohor, jadi pada suatu petang saya pun bertemu dengan guru tersebut ditemani rakan-rakan yang dah belajar dengan guru tersebut dan ketika bersalaman kawan-kawan saya tunduk mencium tangan guru tersebut dan apabila diperkenalkan saya kepada guru maka saya hanya menghulurkan tangan sahaja, tak tunduk pun menghormati guru tersebut lagak saya macam jumpa kawan-kawan lak, jadi sambil kami berbual-bual dihalaman rumah guru tu dia pun berkata pada saya "zaman sekarang ni orang semua pandang pada material bukan pada ilmu lagi" tiba-tiba saya terasa satu sindiran yang amat hebat menghempas diri macam kena baling ngan batu petir daa, dalam hati terus berkata "aduhh cikgu ni sindir aku le pulak" walaupun ayatnya biasa aje tapi saya tau dia tujukan pada saya tu kerana sikap saya yang agak kurang  ajar dan tak menghormati dia ketika bersalaman tadi sedangkan orang lain semuanya cium tangan dia kecuali saya sahaja bak kata orang muo "kerek aje", dah lah tak tunduk atau cium tangan guru pastu wat selamber le pulak salam macam salam dengan member aje, padan ngan muka saya ha ha ha. Namun semua kesilapan itu saya perbetulkan dan saya balas semula sehinggalah kini saya masih lagi dapat mengirimkan fatiha kepada almarhum guru-guru saya walaupun mereka kebanyakan mereka telah kembali ke rahmatullah. 

Satu lagi kenangan yang saya ingat ketika di pesantren nurfateh sumur 7 pernah sekali guru berkata tentang "alquran di sudut bilik" puas lah kami memikirkan tentang maksud guru alquran disudut bilik tersebut, akhirnya ketika kelas guru memberitahu kami bahawa apabila kita mengabdikan diri sebagai seorang guru kita kena bersedia kerana seorang guru itu akhirnya akan menjadi seperti alquran yang terletak disudut bilik, hendak dibuang segan, hendak dibaca sudah buruk jadi kesudahannya letak saja atas almari disudut bilik tu, kata guru lagi apabila kita mengajar dengan ikhlas dan berlandaskan ayat quran inilah ujahan kita, murid-murid hanya hormat pada kita dan ingat pada kita apabila mereka memerlukan kita sahaja selepas itu murid-murid akan letak kita seperti alquran buruk atas almari disudut bilik dan kata guru lagi satu hari nanti apabila engkau semua sudah mengajar dan mempunyai murid sendiri engkau akan rasa bila engkau akan jadi seperti alquran disudut bilik.

Namun banyak-banyak perkara yang amat mencuit hati saya apabila Mahaguru Tg.Md Shah dalam kelasnya pernah berkata "kita ni semua ibarat steamroll, sebab apa saya kata kita macam steamoll, cuba kita tengok steamroll masa ada projek buat jalan, betapa gahnya dia bekerja, kalau takde steamroll jalan tak rata, semua orang susah, macam tulah kita kalau masa orang susah, masa orang sakit, ramai orang cari kita, masa orang berkehendakkan sesuatu, ilmu, barang kebatinan dan sebagainya semua orang cari kita, betapa gah nya kita mencurah bakti macam steamroll tadi, tapi bila jalan dah siap, orang dah boleh lalu, adalah steamroll kat atas jalan tu, kereta lain semua jadi slow, jem panjang sebab ada steamroll, ada pemandu yang cakap "sial betul lah steamroll ni dah le slow buat jem aje, menyusahkan orang betul lah!" maka macam tulah kita sebagai mahaguru, bila orang dah tak perlukan kita lagi, mereka akan cakap sial betullah orang tua ni menyusahkan betul" kata-kata Mahaguru Tg.Md Sah pada malam itu disambut dengan ketawa yang berdekah-dekah oleh kami semua, walaupun kelakar dicampur dengan gaya dia yang menarik namun 200% betul.

Itu semua kenangan lampau semasa saya menuntut ilmu dulu dan alhamdulillah tidak saya ulang kesilapan tersebut namun hakikatnya apa yang dikatakan guru-guru itu semuanya benar. Kini saya ke pesantren sebulan sekali sahaja untuk bertemu rakan seperguruan disamping menjalankan tugas sebagai penaung, selebihnya saya dengan urusan saya sendiri menjalankan tugas sebagai Mahaguru Utama diperguruan saya iaitu Perguruan Talang Kali Sakti Sumur 7 disamping saya menguruskan Akbn. Sejak beberapa hari kebelakangan ini ramailah ahli-ahli akbn yang menghubungi saya samada untuk bertanya barangan kebatinan mahupun tentang program pada 15 dec nanti,  alhamdulillah masih ramai murid saya dari Akbn amat berbudi bahasa dan menghormati gurunya ini yang pernah memberi secebis ilmu dan sebaris ayat dan ada juga beberapa orang yang kurang berbudi bahasa, ada yang tak memberi salam pun terus aje bertanya mahar barang berapa rm, ada juga yang selesai saya menjawab tak ucap terimakasih pun macamlah satu sms ucapan terimkasih tu terlalu mahal sehinggakan saya pulak yang terpaksa memberi salam dan mengucapkan terimakasih. Macam tulah juga setiap kali hari raya, ada yang ingat dan ada yang tak ingat. Dalam urusan semasa pulak ada yang tak mau memanggil guru atau mahaguru kerana beranggapan saya lantik diri sendiri jadi mahaguru dan mereka selesa hanya memanggil "tuan/encik" sahaja macam dalam askar lah pulak. Tapi yang paling hebat adalah seorang dua yang panggil saya dengan nama saya sahaja. Iyolah he he he. 

Pernah satu petang satu masa dahulu saya mendengar orang memberi salam "assalamualaikum datuk" saya berpaling tapi tak nampak lak sape-sape pun, lalu saya pusing kedepan semula, kemudian terdengar lagi "assalamualaikum datuk" saya pun berpaling semula dan terdengar suara "atas datuk" saya pun mendongak keatas kelihatan dua orang lelaki bersongkok, dan berkata dalam hati saya "biar betul ni" sebab, dua orang tu besar dan tingginya sama tinggi dengan pokok kelapa depan rumah saya ni, padan lah tadi saya tak nampak rupa-rupa yang tadi tu kaki dia aje, saya ingatkan batang pokok kelapa ha ha ha, lalu salah seorang tu pun berkata "maaf datuk, kami datang nak menyampaikan pesanan pada datuk, bla bla bla" abis sampaikan pesanan keduanya pun ghaib dari pandangan mata saya. Pada masa tu saya masih bertugas dengan sumur 7 jadi kalau bertembung dengan jin-jin ni dia orang akan panggil saya datuk, sebab apa saya pun tak tau tapi mana-mana jin yang bertembung dengan saya sampai sekarang pun akan panggil datuk juga tak tau lah kot muka saya ni ada muka macam "datuk jin" ha ha ha, walaupun muka saya macam muka pecah pintu tapi lak le gamaknya sampai jadi datuk jin he he he. Bila difikirkan betul juga kata guru-guru saya tu, jelaslah bila sampai masa nampaknya jadi steamroll lah saya ha ha ha mungkin sambil bawa steamroll sambil nyanyi "aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu ku disayang sekarang ku ditendang... Dalam satu kejadian lain pernah satu ketika ada orang yang tubuhnya diserap oleh makhluk halus jin yang jin itu juga ada mempunyai perguruan dialam jin, dalam meronta-meronta tapi telah terlebih dahulu dikunci jin itu terpandang saya lalu dia menjerit memberi amaran (mungkin kepada rakan-rakannya yang lain kot) "jangan percaya datuk ni, jangan percaya datuk ni, jangan beritahu apa-apa dengan dia, datuk ni dari tentera tuttt (kena sensored perkataan rahsia he he he), nanti habis satu perguruan kita semua dia serang" ayat jin yang merasuk tu mungkin orang yang mendengar ketika tu tak faham kecuali saya. Kalau lah ada pembaca yang kata saya saja buat-buat cerita ni nak promosi sila lah datang ke Muar 15 dec ni he he he tapi jangan lah pulak ingat saya menulis ni nak suruh orang hormat saya, tidak sama sekali cuma sekadar nak kongsi pengalaman sahaja, saya tak perlu dihormati, saya tak perlu dihargai yang saya harapkan amalan dan ilmu yang pernah dicurahkan itu diamalkan, mencari serta menambah ilmu itu digalakkan dan dalam pencarian ilmu jangan sekali-kali kita tercebur ke lembah syirik, jangan sampai kita hebat dimata manusia tapi Allah tak sudi pun nak memandang wajah kita, jangan sampai kita gagah perkasa diatas muka bumi tapi menjadi bakaran diakhirat kerana meminta pertolongan selain dari Allah. Kata seorang rakan saya semalam, Allah itu maha pengampun tetapi kepada orang yang bertaubat. 
So kalau ada masa lapang jom kita layan lagu Tegar "aku yang dulu bukan yang sekarang"

4 comments:

  1. Assalam Alaikum Mahaguru,

    Sedihnya pulak baca kisah ni.

    Rasa nak nangis pulak. Memang saya pun tak suka kalau orang tak berbudi bahasa dan tak menghormati guru. Mana perginya budaya orang Melayu.

    Pakkal la Mahaguru jauh, kalau tak saya da hantar anak saya berguru dengan Mahaguru. Saya sendiri nak berguru pun rasa macam da tak larat. Da la perempuan, banyak pulak tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tapi kekadang tu teringin jugak nak berguru.

    ReplyDelete
  2. Saya doakan supaya Mahaguru terus berjasa dan berjuang di jalan Allah.

    ReplyDelete
  3. Juga supaya sihat walafiat selalu, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. In sha Allah ada umur kita berjumpa satu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. kerana sudah biasa dengan amalan ciun tangan. tangan org cina india dan kaum lain pun ikut terbiasa oleh anak2. ini boleh memupuk sikap rendah diri pada anak2. pada saya cukup saja berjabat tangan sebagai tanda hormat. cium tangan ibu ayah oklah. buat guru atau pembesar, janganlah terasa sangat kalau tangan tu tak dicium. saya tak didik anak saya cium tangan semua orang. tangan saya pun saya tak bagi cium oleh anak2 buah. cukup berjabat sahaja. tq

    ReplyDelete