Assalamualaikum ahli-ahli Akbn dan sidang pembaca
Sebahagian besar ahli akbn sendiri tidak pernah mendengar nama Selendang Reanggang Gengger Rajawali ni, sudahlah nama nya panjang, berbelit-belit lak nak menyebutnya, masa saya dapat nama selendang ni maka berbelit-belit lah lidah nak menyebutnya, lalu saya bertanya, nama selendang ni datang dari perguruan mana, guru yang hadir tu cakap dari perguruan sebelah bugis sana, saya pun berkata patutlah berbelit lidah nak menyebut, dari bugis rupanya. Tapi jangan salah faham bukan saya maksudkan selendang ini dari bugis, nama yang diberi kepada selendang tu dari bugis, selendang tu dari gabungan perguruan-perguruan jadi bila tiba masa nak diberi namanya maka satu perguruan khas telah dipilih untuk memberikan nama selendang tersebut maka perguruan tersebut telah memberikan nama kebatinan selendang ini sebagai selendang reanggang gengger rajawali, kerana susah nak sebut lalu bila saya berurusan dengan maulana maulana yang terlibat saya sebut selendang rajawali aje walaupun dia orang sebut selendang reanggang, kalau dengan maulana-maulana yang saya kenal tu saya cakap "selendang akbn" saja je sebut macam tu tapi dia orang pun layan juga, agaknya dia orang pun malas nak sebut yang panjang. Tengok yang kat dalam gambar ni selendang milik saya sendiri, selendang ni panjangnya 2 meter dan lebarnya 8 inci, agak besarkan! namun kerana ukurannya dibuat mengikut ukuran "orang alam dalam" tu yang kita rasa besar sebab dia orang di sebelah dalam memang fizikalnya besar-besar tapi kalau mereka yang pakai tak ler besar pun, kita aje yang tak selesa sebab saiz tubuh badan kita tak sama dengan mereka, tapi tu bukan lah masalah sangat kerana selendang ni ada batu penduanya, jadi bila kita bergerak cuma bawak sebiji batu aje dah cukup sama kekuatannya seperti kita berjalan memakai selendang sedangkan selendang ada kat dalam rumah kita aje.
Saya nak cerita sikit macam mana asal usul boleh turunnya selendang ni, peristiwanya bermula sekitar hujung 2011 jeng jeng jeng he he he (dah nama ceria suspen lah sikit ada muzik)
a)sekitar 2011 saya terfikir kenapalah terlalu banyak serangan terhadap kekuatan orang-orang Melayu ni daripada serangan pada laungan azan, pastu raja-raja, pastu perlembagaan sampailah kepada Islam itu sendiri. saya berasa amat rimas dan kadang-kadang marah. Kemuncaknya apabila serangan tersebut menuju pula kepada rasulullah saw yang kita kasihi dengan pelbagai penghinaan kepada baginda.
b)maka saya cakaplah pada sesaorang dari perguruan Hang Tuah (perguruan selayang cahaya lah tu) turunkanlah selendang hang tuah sebab keadaan Islam dan Melayu telah dicabar. Cakap saya tu macam mencabar aje bunyinya mungkin panas juga telinga dia orang bila dengar he he he. Maka beberapa bulan berikutnya turunlah selendang hitam dari perguruan hang tuah selendang ni kata mereka adalah sama sepertimana yang digunakan oleh hang tuah masa hayatnya dulu, saya tanya macam mana caranya untuk saya sampaikan pada ahli-ahli Akbn dan berapa maharnya. Lalu mereka cakap selendang ni untuk saya dan tak boleh diberi pada sesiapa, sayab cakap buat apa turunkan selendang kalau tak boleh diberi pada anak murid. Lalu mereka mengatakan yang saya mohon guna nama saya bukannya nama perguruan jadi mereka turunkan lah selendang atas nama saya. Saya terfikir betul juga cakap maulana ni, dah sah-sah lah saya mohon guna nama peribadi macam mana mereka nak turunkan untuk umum, betullah memang salah saya.
c)so, tak reti-reti nak mohon semula he he he, jadi saya pun mohonlah semula atas nama perguruan saya dan atas kedudukan saya sebagai Mahaguru Utama Perguruan Talang Kali Sakti Sumur 7 akhirnya permohonan tersebut diproses namun berita yang memeranjatkan apabila saya mendapat tahu bahawa urusan selendang tersebut telah diuruskan sendiri dibawah pengendalian Mahaguru Tua kepada Perguruan Selayang Cahaya sendiri dari kamar istana selayang cahaya Sulawesi. Terperanjat juga saya masa tu apabila permohonan orang kecil macam saya ni ambil berat orang big bos Selayang Cahaya. Untuk makluman urusan-urusan sebegini tak bolehlah nak mohon guna nama Akbn sebab akbn hanya sebuah akademi aje bukan perguruan, jadi kena lah guna perguruan sendiri barulah laku.
d)maka berita yang perguruan hang tuah akan menurunkan selendang kepada Talang Kali Sakti telah tersebar dialam perguruan dan berlakulah cakap-cakap dari perguruan-perguruan lain yang menyokong usaha tersebut lalu membawa kepada hajat Perguruan Sumur 7 dan perguruan dibawah gabungannya untuk bersama-sama menyumbangkan kebatinan keatas selendang tersebut, dari sumur 7 dan karakatua mereka berhasrat untuk menyumbangkan sebanyak 50% kekuatan kebatinan (pendapat saya mestilah sumur 7 nak masuk campur, sebab kalau saya sebagai orang sumur 7 mohon selendang dari perguruan hang tuah yang bukannya ada kaitan dengan kumpulan sumur 7 maka malulah sumur 7 maklumlah perguruan besar dan ternama seperti sumur 7 tapi anak buah minta selendang dari perguruan lain "besar kemaluan" he he he
e)diceritakan lagi kepada saya, perihal sumur 7 dan gabungannya diikuti oleh perguruan karakatua dan gabungannya ingin menerapkan 50% kebatinan pada selendang tersebut telah dipersetujui oleh perguruan Hang Tuah (selayang cahaya) namun kerana tak mahu nampak "senget atau tak balance" ketika berurusan dengan sumur 7 nanti, maka Perguruan Selayang Cahaya pun berhasrat untuk menerapkan 50% kebatinan juga dengan penerapan bersama gabungan-gabungannya pulak ( perguruan-perguruan yang bernaung dibawah Perguruan Selayang Cahaya)
f)namun belum pun proses penerapan mengambil tempat maka dikatakan kepada saya bahawa datang pula wakil dari perguruan kiai salleh (yang selendang merah tu) dan perguruan Guntur Kedawong yang memohon untuk turut serta memberikan penerapan kebatinan kerana katanya sebelum ini akbn pun pernah menggunakan barang kebatinan dari perguruan mereka, lalu perguruan kiai salleh ini dan perguruan dari Guntur ini digabungkan bersama kumpulan selayang cahaya.
g)justeru itu jumlah pembahagian kebatinan adalah seperti berikut:
A) 50% kebatinan dari sumur 7 dan gabungannya seperti dibawah:
1. Perguruan Sumur 7 bersama perguruan-perguruan dibawah gabungannya berjumlah 1872 perguruan seluruh nusantara
2. Perguruan karakatua bersama perguruan-perguruan dibawah gabungannya berjumlah 1090 perguruan seluruh nusantara
B )50% dari Perguruan Selayang Cahaya dan gabungannya seperti dibawah:
1. Perguruan Selayang Cahaya bersama gabungannya berjumlah 28 perguruan persilatan. (Untuk makluman 28 perguruan persilatan ini juga lah yang Hang Tuah lima bersaudara turut belajar dan inilah 28 jenis silat yang dikuasai oleh Hang Tuah lima bersaudara. Terasnya adalah silat selayang cahaya, untuk baki 27 jenis silat lagi akan saya nyatakan dalam post akan datang)
2. Perguruan Kiai Salleh dan Perguruan Guntur (tidak pula dinyatakan samaada 2 perguruan ini adalah secara tunggal atau turut bersama gabungannya)
h)Setelah peristiwa itu, maka penerapan pun mengambil tempat dan kerana jumlah perguruan yang terlibat itu agak banyak maka penerapan itu juga mengambil masa yang agak panjang iaitu bermula sekitar pertengahan 2012 dan selesai Nov 2013.
i)setelah selesai penerapan tibalah masa untuk diberikan nama kepada selendang tetapi kerana pembahagian kebatinan adalah samarata 50% - 50% maka semua pihak setuju untuk melantik satu perguruan lain yang bebas untuk memberikan nama selendang tersebut dan selendang itu telah diberikan nama Selendang Reanggang Gengger Rajawali oleh satu perguruan bugis tetapi saya tidak diberitahu pulak nama perguruan dari Bugis tersebu, namun saya difahamkan nama bukanlah bukan sekadar tetapi nama turut diiringi oleh kebatinan keatas selendang oleh perguruan bugis tersebut.
j)setelah mendpat nama maka proses penyerahan dari selendang telah dibuat oleh perguruan Karakatua kepada Perguruan Talang Kali Sakti namun untuk membolehkan perguruan saya (Talang kali sakti) menyerahkan kepada akbn ianya perlu diserahkan terlebih dahulu kepada Perguruan Nusantara untuk proses kebatinan akhir maka pada 6 November 2013 selendang telah diberikan penerapan akhir oleh Kumpulan Sayap Hitam dari Perguruan Nusantara dan pada malam tersebut sah lah selendang ini telah diserahkan kepada saya untuk diuruskan oleh Akbn.
Segala kesyukuran kehadrat Allah atas limpah dan kurnianya satu perjalanan yang panjang dan sukar namun akhirnya selesai dan kini selendang-selendang telah berada dalam simpanan saya dibawah jagaan akbn dan Perguruan Talang Kali Sakti. Semoga segala niat saya untuk menyerahkan selendang rajawali ini kepada ahli-ahli akbn dan orang-orang Melayu untuk tujuan menjaga kedaulatan serta maruah bangsa dan agama akan diizinkan Allah jua, wasalam.
Maulana Mahaguru D.patinggi. Mahaguru Utama Pgrn. Talang Kali Sakti dan pengasas Akbn.
Maulana Mahaguru D.patinggi. Mahaguru Utama Pgrn. Talang Kali Sakti dan pengasas Akbn.
Alhamdullilah tok jasa baik tok utk2 anak bangsa sendiri insyallah hnya allah taala jua yg dpt memblsnya btpa bsar pngorbanan tok dlm menjihadkan islam utk agama bangsa tanahair...insyallah smoga perjuangan tok & perguruan dlm mnyumbangkan bakti sentiasa dbrkati & dirahmati oleh ilaahi...amin yaa rabbal al amin...
ReplyDeleteterimakasih,ciput je jasanya he he he
ReplyDeleteCiput bg yg xmemahaminya tok...tp jasa yg ciput tu lh mmberi impak pngorbanan yg bgtu besar dlm mmprjuangkan klimah tauhid...dlm mnegakkn mmprjuangkan fisabillillah...insyaallah sy mnyeru kpd smua kluarga bsar akbn mahupn tidak trut sma mnyokong perjuangan akbn selayang cahya dlm memperjuangkan syiar islam...insyaallah..
ReplyDelete