Sunday, 22 December 2013

SELENDANG RAJAWALI - TANGKIS SERANGAN





DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 9
NAMA KEBATINAN: KILAS SERANGAN DAN SUMBI SAKTI

1.pada asalnya saya berhasrat untuk membuat demo tentang ilmu tempur serangan yang ada pada selendang rajawali dimana saya sendiri bercadang untuk menunjukkan demo bagaimana saya akan diserang oleh 3 peserta atau 5 peserta dan dengan menggunakan kebatinan dari Talang Kali Sakti dan kebatinan dari Perguruan Hang Tuah yang ada pada selendang tersebut penyerang yang seramai 5 orang mampu ditumbangkan dalam masa kurang 2 minit, bagaimanapun cadangan yang diutarakan kepada Mahaguru Agong itu terus sahaja ditolak kerana dalam situasi seperti ini (kelam kabut) kemungkinan besar kekuatan kebatinan sukar dikawal dan akan menyebabkan kecederaan kepada peserta walaupun hanya terkena pukulan yang ringan. ( saya pun terkena ops cantas juga lah )

2.justeru itu saya bercadang menukar demo kepada sparring dengan tangan yang terikat sebelah dan menentang penyerang yang lebih dari seorang bagi menunjukkan bagaimana dengan sebelah tangan pun penyandang selendang masih  mampu berlawan.

3.namun demo ini juga tidak diluluskan oleh Mahaguru Agong kerana katanya walaupun tangan terikat tetapi peserta masih memakai selendang, ianya tetap berbahaya kepada rakan yang menyerang.

4.maka Mahaguru Agong telah menukar demo tersebut kepada tangkis serangan sahaja dimana 2 orang penyerang bebas untuk menyerang tetapi penyandang selendang hanya dibenarkan block sahaja serangan tersebut tanpa boleh menyerang balas.

5.dari video diatas kita dapat melihat bagaimana faizal yang memakai selendang walaupun tidak dibenarkan menyerang namun block yang dia lakukan walaupun sekadar menampan serangan sahaja tetapi ianya mampu menjatuhkan Ruslan sebanyak 3 kali dalam masa kurang seminit.

6.saya bertanya kepada Faizal apa perasaan dia apabila menjalankan demo tersebut? disini saya memetik kata-kata Faizal namun ayatnya terpaksalah saya ubah sedikit dari versi yang asal agar maksud yang ingin disampaikan difahami oleh pembaca semua negeri, ini kerana faizal menyampai ikut ayat MUO mungkin orang LUO tak faham tu pun nasib baik ler faizal tak cakap ala Lenga kalau tak saya pun pun tak faham, he he he

"selepas tangan diikat dengan selendang tersebut, saya mendapat satu semangat dan perasaan berani, tangan dan badan rasa bergetar, apabila bertempur walaupun dengan tangan terikat sebelah namun saya mampu menangkis serangan mereka dan saya boleh membaca setiap gerak yang akan dilakukan penyerang seolah-olah saya pada ketika itu saya sentiasa diberitahu apakah gerakan dan serangan yang bakal dilakukan oleh penyerang. Walaupun diasak bertubi-tubi dari dua sudut secara serentak namun saya tidak dibenarkan membalas serangan sekadar boleh menangkis sahaja. selain itu sebaik sahaja diikat dengan selendang seluruh tubuh saya merasa kebas dan tendangan dan tumbukan yang terkena pada saya tidak terasa langsung, saya juga dapat merasakan satu aliran tenaga yang amat kuat mengalir dalam tubuh dan aura semangat juang dan keberanian yang luar biasa tanpa sebarang rasa gementar atau cemas."  

7.ayat faizal "walaupun diasak bertubi-tubi" tu saya rasa satu luahan rasa yang dia tujukan pada Ruslan dan fizi yang tak simpati kat dia, dah ler dia jadi oku, tangan dia terikat,dia ingatkan dia kena serang satu-satu, rupa-rupanya Lan dengan Fizi bukan serang tapi kata orang Muo "keroyok" tak simpati betul dia orang berdua ni pada faizal. Nasib baiklah demo tu Mahaguru Agong cut sebab bateri video cam dah nak habis, kalau panjang lagi lah si Ruslan dengan Fizi keroyok faizal tu, rasa saya mungkin faizal tu tiba-tiba bertukar seluruh badan jadi besar dan berwarna hijau, habis koyak baju, koyak seluar, siapa yang susah? saya juga yang susah nak kejar faizal Hulk tu dengan tuala kasi tutup aurat. he he he

4 comments:

  1. Adoii aii tok wt lawak xthn brdekah je tok... hulk melayu pkai cawat tok kikiki

    ReplyDelete
  2. Wakaka..Bukan ko je faizal.. Aku pun sama..B'gegar perut pun ada gelak sorg2 dpn komputer..Hehe

    ReplyDelete
  3. Haha... tp pe pn penglaman & kngan manis xdpt dlupkn amer ,kite wt demo aksi2 rare nie....

    ReplyDelete
  4. Ya faizal..Kenangan yg mencuit hati b'sama mahaguru-mahaguru & kawan-kawan.. :)

    ReplyDelete