DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 8
NAMA KEBATINAN : KENTAL TUBUH DAN JEMALA SAKTI
1.dalam demo kali ini saya telah terlebih dahulu survey berat badan orang yang saya nak tarik kedalam gelanggang, cuma mereka ni tak tau yang mereka bakal menjadi mangsa saya kerana sambil bersembang tu saya secara selamber je tanya berat masing-masing, bila mereka beritahu je berat mereka maka saya dah taulah siapa mangsa yang akan menjadi ray mesterio dan siapa pula yang akan saya pilih sebagai undertaker he he he
2.yang berbaring atas kaca tu berat sebelum baring adalah 55kg dan berat selepas undertaker naik atas badan dia tinggal 50kg aje, baki lagi 5kg tu dah terkeluar kot masa undertaker pijak perut dia
3.dalam demo ini diperlihatkan 2 kebatinan yang berjalan serentak iaitu bagaimana tubuh tidak luka walaupun ketika berbaring dikaca yang tajam dan yang keduanya bagaimana tubuh mampu menahan beban yang berat dimana berat Amer yang memegang watak undertaker dalam demo ini ialah hampir 120kg. Sebenarnya kemampuan yang boleh ditanggung oleh pemakai selendang ialah melebihi 150kg namun Amer gagal menaikkan berat badannya kepada 150kg dalam masa 2 jam seperti yang diperlukan he he he dalam masa 2 jam kena tambah 30kg? biar betul!!!
4.sesuatu yang TIDAK dapat dilihat didalam video ini ialah keadaan tubuh peserta yang berbaring diatas kaca tersebut dimana apabila Amer naikkan kedua belah kakinya keatas tubuh kawannya, kami yang berada disekeliling dapat melihat dengan jelas bagaimana keadaan bahagian dada dan perutnya terus sahaja terperenyuk kedalam, seolah-olah span yang sedang ditekan, namun syukur Alhamdulillah dia bukan sahaja tidak luka dek kaca malah dia juga tidak merasa sebarang kesakitan
5.kegembiraan menjalankan demo ini amat jelas terbayang apabila setiap kali Amer berjaya naik ketas tubuh sahabatnya itu dia pun mendepakan tangannya sambil membayangkan dirinya seperti Leonardo Di Caprio dalam fiem Titanic dan sahabatnya yang sedang teraniaya dibawah papan beralaskan kaca tu hanya layak menjadi kapal Titanic nak karam he he he. Tetapi belum pun sempat Amer menyebut "you jump I jump" tiba-tiba lamunan Amer terhenti apabila terdengar suara saya yang menyuruhnya turun, barulah Amer tersedar yang dia sedang diperhatikan oleh Mahaguru Leonardo Duddy Caprio dan yang pasti mangsa keadaan dibawah tu semestinya Ruslan yang jadi kapal titanic tak cukup berat ha ha ha.
No comments:
Post a Comment