Saturday, 7 December 2013

PENERAPAN KEBATINAN SELENDANG

Wafak milik gabungan seluruh perguruan yang terlibat membuat penerapan kebatinan 

Assalamualaikum semua, semoga sejahtera dibawah lindungan Allah jua.

Setelah menceritakan mengenai peristiwa asal usul turunnya Selendang Reanggang Gengger Rajawali disini saya mengambil kesempatan untuk menerangkan sedikit tentang penerapan dan pembahagian perguruan-perguruan yang membuat pengisian tersebut. Namun perlu saya jelaskan sekali lagi walaupun proses pengisian kebatinan ini melibatkan ramai orang dan banyak perguruan tetapi ianya satu proses yang panjang iaitu lebih dari setahun jadi jangan kita fikir perkara ini tak logik pulak, dalam masa setahun lebih tu ianya mungkin bergilir-gilir setiap hari, akhirnya selesai juga.

A. Dari sebelah Perguruan Sumur 7 dan gabungan-gabungannya:

a) jumlah pengisian adalah sebanyak 1876 pengisian 
b )satu pegisian membawa kekuatan-kekuatan sendiri dimana:
    a) paling rendah satu pengisian bersamaan dengan 3 penerapan kebatinan
   b) paling tinggi pula ialah dari Perguruan Margus Siwo Angkor Agus dimana satu pengisian bersamaan  800 penerapan kebatinan
   c) yang kedua tertinggi ialah Perguruan Randong Kolongan Riwon Sakti dimana satu pengisian bersamaan 620 penerapan kebatinan
   d) jumlah individu yang terlibat mewakili perguruan dalam membuat penerapan semuanya berjumlah 4926 orang mahaguru
  e) jumlah pendita yang terlibat mewakili setiap perguruan ialah 13 orang pendita mewakili setiap satu perguruan atau bersamaan 2962 perguruan x 13 orang  
   

B. Dari sebelah Perguruan Selayang Cahaya dan gabungannya termasuk perguruan Kiai Salleh dan Perguruan Guntur Kedawong

a) jumlah pengisian adalah sebanyak 75 pengisian
b) setiap satu pengisian bersamaan  3 penerapan kebatinan
c) semua penerapan kebatinan adalah samarata
d) jumlah individu yang terlibat tidak dinyatakan
e) jumlah pendita yang terlibat adalah sama iaitu 13 pendita mewakili setiap perguruan dimana 28 perguruan dari sebelah Hang Tuah dan dari sebelah Kiai Salleh dan Guntur tidak dinyatakan

C. Dari Kumpulan Sayap Hitam Perguruan Nusantara semua maklumat tidak dinyatakan kerana mereka ini penuh dengan rahsia, nak dapat sekecil maklumat pun sukar, memang jenis "komando" datang buat kerja dan balik, bukan boleh bersembang-sembang, cakap yang penting-penting aje, dah lah muka tak pernah senyum macam muka pecah pintu kalau nak bandingkan dengan saya mesti saya lagi hensem he he he. Mereka semua bukan sombong tapi sumpahnya memang macam tu, kalau waktu-waktu saya muda dulu kalau diarah bertugas di Sayap Hitam pun sama juga, saya pergi lapor diri, jalan tugas dan balik, sorilah kalau nak bersembang-sembang, besar kuman pun saya takkan cerita, lagi lah pulak bukan pecah pintu  siap pecah dinding ha ha ha. Tapi yang seronoknya bertugas kat Sayap Hitam ni pakaian dia Jaket Kulit Hitam macam mat motor pulak, kalau pakai memang sebijik macam "rider" tapi yang slack tu motor saya lah Honda EX5 aje ha ha ha . Tapi bukan jaket kulit dari kedai motor tau, ni special punya tak dapat kat kedai, bak kata orang "dipegang lembut, ditembak tak lut"  Ha ha ha gurau aje, tapi tak tau lah waktu kecemasan. Tapi ini cerita dulu lah masa masih bertenaga sekarang dah gemuk bukan lagi pecah tembok tapi pecah perut.

Dari sebelah sumur 7 dan gabungannya termasuk karakatua dan gabungannya adalah sebanyak 2962 perguruan maka kerana terlalu banyak saya senaraikan dibawah ini sebahagian kecil nama-nama perguruan tersebut sebagai contoh, saya tulis nama sahaja tanpa menulis "perguruan" dihadapanya.

1.sumur 7  
2.lawi sakti karakatua
3.nilam puri joyo
4.anira sakti  
5.luweng sakti
6.kutiran angin 
7.kepulan awan  
8.indera sakti joyo 
9.geni gerseng
10.sakti jawi   
11.amin kali sakti   
12.diman budi
13.awan rawang
14.sumbi sakti 
15.lowongan sakti joyo
16.ambar sakti joyo 
17.suliman serunai  
18.aliran kali sakti
19.petiran sakti   
20.kali sakti   
21.martabat jiwo
22.sunda kali jawi  
23.sunda sakti wali  
24.mawar jinggo
25.taliman sakti jiwo songo
26.martiba siro wali jawi 
27.dongor budi
28.helang sakti    
29.helang putih 
30.patalang bumi
31.sayap wali sakti 
32.aliman kali sakti  
33.ganggang kaliman sakti
34.randong kolongan riwon sakti
35.Margus siwo angkor agus  
36.cendana putih
37.macan kemayuran          
38.nurfateh
39.sujak sawiran  
40.dalang kabumin
41.mayang adira 
42.tangkupan parahu  
43.candi merah
44.bambu kuning 
45.singo jinggo 
46.runcing bambu
47.parang putih
48.sinar sujat sakti   
49.harimau berantai
50.meranti sunda

#cukuplah 50 nama perguruan tu takkan nak senaraikan sampai 2000 lak he hehe, kalau tulis 2000 nama pun kalau orang nak cakap saya membohong, menipu dan mereka-reka cerita mereka tetap akan cakap juga sebab mereka sekadar pembenci bukan ahli akbn mereka tak tau apa-apa kecuali menjatuhkan orang Melayu. 

Dari sebelah Selayang Cahaya pula sebanyak 28 perguruan persilatan. Ini bermaksud pada satu ketika dahulu Mahaguru Tua Perguruan Selayang Cahaya bila dia mengajar maka murid-muridnya adalah murid-murid yang berjayadan membuka perguruan persilatan sendiri dan perguruan - perguruan ini berada dibawah naungan Selayang Cahaya, jadi Hang Tuah yang pada mulanya telah diasuh sendiri oleh datuk kepada Hang Kasturi iaitu Mahaguru Sheikh Maulana Hj Ambira dari perguruan cendana putih, sebelum mereka berlima disuruh oleh Maulana Ambira berguru dengan seorang tukang kayu begelar Pak Andok. Pak Andok ini takde orang tau pun yang dia seorang mahaguru yang terbilang, orang-orang di Melaka hanya kenal Pak Andok sebagai tukang kayu sahaja, Pada ketika ini mereka berlima masih remaja dan belum pun lagi menggunakan nama perguruan Hang Tuah Hang Jebat dan lain-lain, dan mereka pun tidak berguru di Melaka kerana tidak mahu diketahui orang, namun sebenarnya mereka telah pun ada sedikit sebanyak ilmu yang diperturunkan oleh Maulana Ambira kepada mereka . Mereka berguru dengan Pak Andok di Sagil Tangkak (zaman dulu tak tau pulak sagil tangkak ini digelar apa) setelah itu mereka berguru pula dengan Mahaguru Aria Putra ( beliau orang dari Selayang Cahaya dibawah seliaan Maulana Raden Borno) selepas itu mereka berlima berguru di gua Hang Tuah Gunung Ledang dibawah Selayang Cahaya namun tidak pula dimaklumkan kepada saya Gua Hang Tuah itu dahulunya nama apa cuma diceritakan pada saya nama asal Gunung Ledang adalah Gunung Puri dan ditukar kepada Gunung Ledang selepas kehadiran putri gunung ledang yang melarikan diri dari Istana di Tanah Jawa. Berbalik pada kisah Hang Tuah, semasa berguru dibawah Selayang Cahaya barulah mereka diberi nama perguruan iaitu Hang Tuah, Hang Jebat dan lain-lain dan nama itu digunakan sepenuhnya sehingga akhirnya nama asal mereka tidak lagi diketahu orang ramai (tapi saya tau lah nama asal mereka kerana diberitahu oleh Selayang Cahaya) Dipendekkan cerita akhirnya Hang Tuah lima bersaudara tamat mempelajari ilmu persilatan dan ilmu-ilmu kebatinan dari Selayang Cahaya serta perguruan-perguruan dibawahnya . Dan dimaklumkan juga kepada saya bahawa penerapan gerak persilatan yang diterapkan oleh Selayang Cahaya dan gabungannya keatas selendang ini akan membolehkan pemilik selendang tersebut menggerakkan langkah-langkah silat dari semua 28 silat dibawah Selayang Cahaya. 
Dibawah ini saya senaraikan nama-nama silat. makluman # jika kita merujuk kepada sesebuah  perguruan maka kita akan sebut perguruan dahulu contohnya Perguruan Selayang Cahaya tapi bila kita merujuk kepada jenis silat yang diterapkan oleh perguruan tersebut maka kita sebut "silat" dahulu didepannya contoh "silat selayang cahaya". Senarai silat yang ada pada selendang reanggang genger rajawali:

1.silat selayang cahaya
2.silat salang jagat
3.silat sambar lawi
4.silat bigal lowo
5.silat malinja sakti
6.silat duai badik
7silat sirat jawi
8.silat korar waton
9.silat kerowong sakti
10.silat liuk waja
11.silat helaian liung
12.silat mahkota wajat
13.silat teriang langi
14.silat salar merah
15.silat badik meranti
16.silat jengkalan maut
17.silat teruntung lawi
18.silat mampan jati
19.silat sikuan bujal
20.silat galak kuang
21.silat serunai kali
22.silat jerami maut
23.silat lilik jawi
24.silat wadon sakti
25.silat galang berantai
26.silat deruan siru hak
27.silat tadah kuntau puling
28.silat serapah papan bani

kepada ahli akbn dan pembaca tolong jangan tanya saya kenapa nama-nama perguruan silat dari selayang cahaya ni pelik-pelik sebab saya tak boleh jawab tapi saya sendiri pun macam nak pecah perut ketawa masa membaca nama-nama silat dia orang ni. nak kutuk tak boleh takut dia orang kecik ati nanti dia tarik balik penerapan kan naya, jadi kita pakat senyum sama-sama dah ler. he he he iyolah silat zaman-zaman dulu kan nak beri nama yang sedap-sedap mana ada Google untuk cari idea, apa yang terlintas dia orang hentam saja kot. Namun kita harus bersyukur atas izin Allah dapat juga kita menerapkan semula ilmu-ilmu lama yang dah hampir ketandusan dizaman kita semula dan saya juga bersyukur segala usaha dan ikhtiar yang saya jalankan walaupun tidak seberapa tetapi semua pihak samada dari sebelah sumur 7 mahupun dari sebelah selayang cahaya sudi untuk menyumbangkan sesuatu buat kita semua pejuang Melayu diakhir zaman dan inilah sedikit baki-baki dari warisan Melayu terakhir untuk kita semua, begitu juga terimakasih kepada perguruan kiai salleh dan perguruan guntur. Perguruan Guntur ni sebenarnya salah seorang ayah angkat saya selain Maulana Hj Sulaiman dari Karakatua, tu yang Guntur pun nak sumbang kebatinan juga, biasalah bapak ingat anak, anak je yang ingat awek ha ha ha jangan bikin panas. Wassalam

Maulana D.patinggi. Mahaguru Utama Pgrn. Talang Kali Sakti dan pengasas AKBN.     
         

No comments:

Post a Comment