Sunday, 22 December 2013

SELENDANG RAJAWALI - TANAM







DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 7
NAMA KEBATINAN : PERNAFASAN KALIMAH DAN BATU SULAIMAN

1.demo ini menunjukkan bagaimana peserta yang dipakaikan selendang dan ditanam dalam lubang kubur sedalam 6 kaki dan kemudiannya dikambus dengan tanah disebelah atasnya setinggi 2 kaki agar tiada ruang udara yang boleh masuk dan dibakar pula dengan unggun api diatasnya.

2.demo ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana dengan kebatinan yang berlandaskan kalimah kita masih mampu untuk bertahan walaupun tanpa oksigen dalam tanah

3.kemampuan maksima seorang pemegang selendang untuk berada dalam tanah tersebut adalah selama 5 hari namun untuk demo tersebut takde lah kami nak tunggu sampai 5 hari, kalau peserta tersebut nak test betul tak boleh bertahan sehingga 5 hari maka tunggulah dalam tu lima hari kami semua nak balik nanti dah cukup 5 hari gali lah sendiri keluar dari tanah tu yek, he he he

4.bagaimana dengan keputusan demo tersebut? mestilah mereka semua selamat, kalau tak selamat dah tentu saya terpaksa bawak laptop ni dalam lokap untuk update citer demo tersebut he he he

5.menurut Faizal semasa dia berada dalam tanah tu dia dapat melihat juraian cahaya berwarna biru yang mengalir keluar dari mukanya dan cahaya itu jatuh ke tanah, sebenarnya itu kalimah zikir yang selalu diamalkan oleh Faizal semasa diatas muka bumi dan bila berada di dalam perut bumi Alhamdulillah dia dapat berpeluang melihat kesan dari zikir yang keluar bercahaya dengan cahaya biru.

6.untuk demo ini saya sekali lagi memastikan mereka yang ditanam tidak mengamalkan ilmu khadam atau mempunyai susuk kerana sekiranya mereka memiliki ilmu susuk atau ilmu khadam nescaya semasa didalam tanah pasti mereka akan berjumpa dengan khadam mereka

7.pernah terjadi beberapa kali orang yang ditanam merahsiakan yang dia ada susuk, ada ilmu dan barang berkhadam bila ditanam didalam tanah tiba-tiba ada pochong disebelahnya dan pada satu ketika yang lain ada orang yang nampak jerangkung disebelahnya, ini kerana apabila mereka masuk kedalam tanah dan kami tanam mereka, khadam mereka pun masuk sekali tetapi jin dan syaitan ni Allah ghaibkan dari pandangan manusia diatas muka bumi bila diperut bumi mereka tidak ghaib dari pandangan sebab itulah tuan mereka boleh nampak khadam milik mereka didalam tanah. Tapi kira ok lah juga tu sebab masa demo ada yang "teman" esok-esok masa real dalam kubur agak-agak tak dapat jawab soalan mungkar nangkir atleast ada "teman" sebelah nak rujuk minta talian hayat he he he namun jika tak nak "berteman" eloklah beramal dengan zikirullah dan surah sahaja tapi kata-kata saya ni sekadar pandangan peribadi bukan memaksa jika ada yang berpendapat saya silap saya minta maaf dan teruskanlah dan dengan ilmu dan barangan yang sedia ada tak perlu ditinggalkan perkara-perkara tersebut. 

makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)

1 comment: