Saturday, 21 December 2013

SELENDANG RAJAWALI - TETAK





DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 5
NAMA KEBATINAN : KALIS SENJATA DAN JEMALA SAKTI

1.dalam demo ini senjata yang digunakan adalah keris yang telah direndam terlebih dahulu dengan bunga,  limau nipis, air bayu sunda dan beberapa bahan lain bagi menambah bisa pada keris tersebut

2.selepas itu keris diuji terlebih dahulu di depan penonton dimana saya telah menetak buah betik muda dan dengan jelas setiap kali hayunan buah betik muda tersebut akan terputus, ini bagi mengelakkan tohmahan yang keris tersebut tumpul dan demo tersebut sekadar trick dari saya sahaja.

3.saya memilih 3 orang peserta secara rawak dan dipakaikan selendang.

4.sebelum memulakan tetakan saya telah bertanya terlebih dahulu samada mereka ada memiliki ilmu susuk atau pun barangan berkhadam kerana sekiranya ada mereka akan ditukar dengan peserta lain. Ini adalah kerana kebatinan Bismillah yang akan digunakan oleh saya untuk menetak peserta tersebut merupakan satu kebatinan yang amat tajam sekiranya mereka menggunakan ilmu susuk dan ilmu khadam. Pernah berlaku sebelum ini ada beberapa orang yang merahsiakan mereka memiliki ilmu tersebut apabila ditetak mereka mengalami kecederaan yang parah. 

5.langkah terakhir sebelum saya mula menetak peserta, saya tempelkan terlebih dahulu keris kebadan peserta dan bertanya samaada merasa sejuk atau panas, sekiranya panas bererti mereka mempunyai ilmu khadam ataupun susuk ataupun saka yang jahat maka mereka tidak akan ditetak kerana pasti jika saya tetak akan terbelahlah daging menampakkan tulang. Emm saya pun tak nak masuk lokap lebih baik saya saring dulu sebelum tetak.

6.akhirnya barulah saya tetak ketiga-tiga peserta tersebut, mungkin dalam video ni nampak biasa aje tapi bagi yang tengok life haritu memang boleh dengan bunyi berdetup macam tempurang kelapa kena hentak apabila mata keris singgah ke badan peserta.

7.bagi saya pulak apabila saya menghayunkan senjata ke tubuh mereka saya dapat rasa bagaikan ada suatu lapisan ditubuh mereka dan mata senjata yang singgah itu memantul semula kebelakang.

makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)

1 comment: