DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGGER RAJAWALI SIRI 1
NAMA KEBATINAN : PUKULAN MAUT DAN PETIRAN SAKTI
Dalam demo tersebut genting diambil secara sepontan dari tepi kawasan pesantren bukannya disediakan terlebih dahulu ini kerana pada awalnya saya hanya berhasrat melakukan satu penggambaran sahaja untuk pukulan maut ini namun selepas genting pertama dipecahkan Mahaguru Agong mengarahkan saya melakukan lagi 2 aksi pecah genting, mungkin Mahaguru Agong bimbang ada pembaca blog ini yang berpendapat genting tersebut telah di "adjust" terlebih dahulu oleh kami agar ianya mudah pecah.
Sebenarnya pada hari kami melakukan demo ini (Ahad 15 dec 2013) kami turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai mewakili Majlis Belia Ledang dan dari PESAKA (PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN) daerah Ledang yang bertindak sebagai pemerhati bagi mengelakkan timbulnya tohmahan bahawa aksi demo kebatinan ini hanya "trick" dari kami . Jadi sekiranya ada pembaca blog ini yang merasa ragu-ragu bolehlah menghubungi saya bagi mendapatkan no telefon pemerhati dari majlis belia dan PESAKA.
Sebenarnya video ini telah saya edit sedikit agar menjadi lebih pendek dan perjalanan demo ini terbahagi kepada 3 segmen seperti berikut:
1.segmen pertama dimana saya telah meminta Maulana Mahaguru Panglima Rahman terlebih dahulu menunjukkan aksi memecah genting, kita boleh saksikan dimana Mahaguru Panglima Rahman menggunakan kebatinan pukulan maut dengan kekuatan 49 pukulan (1 pukulan menyamai 49 pukulan) dimana dengan sekali hentakan sahaja genting tersebut pecah kepada beberapa bahagian bukannya patah dua.
2.segmen kedua arahan sepontan dari mahaguru agong untuk dibuat sekali lagi dimana saya telah memanggil saudara Zohri, seorang ahli Akbn yang baru sebulan setengah menyertai Akbn, dimana sebagai seorang yang bukan bertaraf mahaguru dia hanya mampu menggunakan kekuatan 21 pukulan sahaja (1 pukulan menyamai 21 pukulan) dan terbukti saudara Zohri mampu memecahkan genting tersebut. Walaupun genting tersebut sekadar patah 2 dan tidak pecah beberapa bahagian seperti pukulan Mahaguru Rahman tadi namun bagi orang baru dalam Akbn kemampuan memecahkan genting setebal 1 inci tersebut pun sudah syukur alhamdulillah.
3segmen ketiga mahaguru agong telah mengarahkan sekali lagi secara seponton untuk saya membuat satu lagi demo memecah genting secara tumbukan lurus, kami mengambil satu lagi genting di tepi rumah dan saya telah memanggil Amer murid lama saya. Dalam ramai-ramai murid saya Amer lah yang selalu mengusik saya , kalau ada mesej dia masuk pasti ada saja idea dia nak kenakan saya, kali ni giliran saya lah pulak nak kenakan dia, saya pun panggil dia untuk membuat tumbukan pecah genting tu, dalam video ni nanti kita akan saksikan bagaimana Amer telah diusik oleh mahaguru agong dimana sebelum Amer membuat tumbukan, mahaguru agong telah mengambil selendang rajawali dari bahu Amer menyebabkan tumbukan yang padu dari Amer tidak mampu memecahkan genting tersebut namun pada tumbukan yang ketiga kita akan lihat mahaguru agong telah meletakkan selendang rajawali ke bahu kanan Amer dan kita dapat saksikan dari video tersebut bagaimana tumbukan yang terakhir yang tidak lagi sekuat tumbukan yang awal (sebab tangan dah sakit ler tu ha ha ha) namun genting tersebut pecah dengan mudah seolah-olah genting tersebut amat rapuh.
4.kesan dari tumbukan pertama dan tumbukan kedua dari Amer yang kuat tanpa memakai selendang bukan sahaja tidak mampu memecahkan genting tersebut malah telah menyebabkan tangan Amer menjadi bengkak dan besar sebelah, lalu saya pun cakap dengan Amer bahawa salah satu kelebihan selendang rajawali ialah boleh "membesarkan tangan orang", sebelum tumbuk genting tangan kecik lepas tumbuk genting tangan besar macam buah kelapa, hebat tak selendang rajawali ha ha ha...
No comments:
Post a Comment