Ribuan terimaksih kepada semua yang hadir pada 15 dec 2013 yang lalu, hari tersebut merupakan pelancaran kepada Selendang Reanggang Genger Rajawali dan dengan pelancaran tersebut bererti penutup segala ilmu yang ada dalam Akbn dan merupakan perjumpaan terakhir yang dianjurkan oleh Akbn. selepas ini tiada lagi perjumpaan dan kepada ahli-ahli jika nak datang ke Muar bertemu saya sambil minum-minum dipersilakan sekiranya berhasrat untuk menziarah saya. Jika bab ilmu tidak ada lagi perjumpaan dijalankan dan kepada mereka yang berkesempatan bertemu saya dan mahaguru-mahaguru lain pada pelancaran tersebut saya ucapkan tahniah dan ribuan terimakasih. Terlalu banyak rahsia yang masih tersimpan dan terlalu banyak ilmu yang masih tertanam di dada. Ilmu-ilmu dan kebatinan yang dikeluarkan melalui Akbn berbanding dari keseluruhan ilmu-ilmu yang dianugerahkan oleh perguruan sepanjang bersama perguruan adalah sebanyak 3% bakinya 97% yang ada pada saya adalah milik mereka yang berkehendak dan mereka yang mencari dan mereka yang menuntut ilmu. Kepada ahli-ahli Akbn yang menghubungi saya sebagai pembeli saya layan mereka sebagai peniaga, mereka yang menghubungi saya sebagai rakan saya layan mereka sebagai sahabat, mereka yang menghubungi saya sebagai pesakit saya layan mereka sebagai perawat namun mereka yang menghubungi saya sebagai murid saya layan mereka sebagai guru, mereka yang menghubungi saya sebagai mahaguru saya layan mereka sebagai pewaris ilmu saya, sebagai saudara saya dan sebagai adik saya dan sebagai anak saya, mereka adalah diantara orang-orang yang berada dalam lafaz saya ketika saya menadah tangan berdoa kepada Ilahi dalam solat saya dan mereka adalah diantara orang-orang yang sentiasa saya kongsikan bersama segala amalan saya, segala kebatinan saya dan segala petua dan ilmu saya.
kumpulan gendang lawi merah dan ucapan aluan dari mahaguru d.patinggi
demo dari guru dalam kebatinan aura jagat reanggang genger rajawali
inilah barisan mahaguru yang akan berada di atas pentas dewan bicara ilmu setiap kali perhimpunan mahaguru2
pandangan dibawah pentas hadirin mula mengambil tempat untuk sesi dialog yang akan bermula
dibahagian belakang merupakan tingkat bawah bangunan menara diikuti dewan makan pesantren
SEKIAN TERIMAKASIH
DARI SAYA MAULANA MAHAGURU D.PATINGGI
PENGASAS AKBN DAN MAHAGURU UTAMA
PERGURUAN TALANG KALI SAKTI SUMUR 7
LOWONGAN MAGELAN INDONESIA
No comments:
Post a Comment