DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 13
NAMA KEBATINAN: 28 PERSILATAN DARI GABUNGAN PERGURUAN HANG TUAH (SELAYANG CAHAYA DAN GABUNGANNYA) DAN CINCIN SELAYANG CAHAYA.
1.dalam post yang bertajuk tentang penerapan selendang rajawali saya ada menerangkan tentang bab penerapan dari perguruan Hang Tuah iaitu Perguruan Persilatan Selayang Cahaya. Saya juga telah menceritakan bahawa didalam aliran persilatan hang tuah terdapat sebanyak 28 jenis persilatan dan nama-nama silat tersebut ada saya senaraikan dan ini lah juga 28 jenis silat yang dikuasai oleh almarhum hang tuah lima bersaudara ketika hayatnya. Dalam gerak persilatan yang dizahirkan dari selendang rajawali ini kesemua gerak 28 jenis silat tersebut telah digabungkan menjadi satu jurusan dan gerak bukannya kena belajar satu satu sampai 28 tetapi macam syampu 28 dalam 1 (tak tau lah mcm syampu ke atau macam kopi ubat kuat)
2.bagi mengelakkan kekeliruan pembaca baru eloklah saya jelaskan sedikit bahawa saya bukan cakap saya belajar silat ini dari Hang Tuah sendiri mestilah mustahil sebab mereka berlima sudah meninggal dunia apa yang saya cakap ialah dari PERGURUAN Hang Tuah yakni tempat dimana hang tuah berlima belajar silat semasa hayat mereka dahulu. contohnya katakanlah pakcik saya pernah belajar di UM namun dia telah lama meninggal dunia dan tak sempat saya jumpa, jadi bila saya dewasa saya pun belajar macam pakcik saya tadi dalam jurusan yang sama dan dekat UM juga, bila saya cakap cakap dengan sedara mara dan kawan-kawan yang saya belajar sama macam pakcik saya mestilah logik sebab walaupun pakcik saya dah lama meninggal namun UM masih ujud sampai sekarang, begitulah juga dengan perguruan Selayang Cahaya dan 27 lagi perguruan persilatan dibawahnya, perguruan ini masih ada sampai sekarang, hang tuah lima bersaudara memang dah meninggal, kawan-kawan seperguruan pun dah meninggal, guru mereka dah meninggal namun perguruan mereka tempat mereka menimba ilmu kesemua 28 perguruan itu masih ujud jadi yang saya berurusan untuk mendapatkan ilmu-ilmu persilatan ini adalah "PERGURUANNYA" yang masih ada, bukannya dengan hang tuah berlima mereka dah meninggal dunia, inilah sedikit penjelasan dari saya agar pembaca baru lebih faham, bagi ahli lama AKBN mereka dah faham dan jelas jadi takde masalah.
3.berbalik kepada demo persilatan ini, hasrat saya adalah untuk menunjukkan kepada tetamu yang hadir pada demo haritu bagaimana seorang pesilat yang tidak pernah sekali pun belajar silat Selayang Cahaya mahupun silat-silat dari gabungan Hang Tuah ni apabila saya pakaikan selendang rajawali dan saya pinjamkan cincin selayang cahaya maka dia boleh silat apa yang saya nak dia persembahkan.
4.sebelum masuk gelanggang saya hanya berpesan yang pertama buat tari sembah, kedua tari tempur keris dan ketiga tari tempur pedang itu sahaja takde latihan mahupun cuba try test dulu ke, terus masuk gelanggang, ambik tempat dan gendang pun berbunyi terus silat. kalau salah tak de peluang nak 'cut' pastu 'action'
5.disekeliling gelanggang masa pengambaran video ni penuh dengan orang / tetamu, wakil Majlis Belia Ledang pun ada, wakil dari persekutuan silat kebangsaan (PESAKA) Ledang ada, dari Silat Sendeng ada jadi video ini bukannya boleh dibuat secara trick untuk mencantikkan pengambaran semuanya adalah secara real dan on the spot. dari bahagian gendang mereka pun tak pernah tahu tentang urusan ini cuma beberapa jam sebelum demo saya call ketua kumpulan Gendang Lawi Merah dan minta dia hadir. ertinya kumpulan gendang pun tak pernah buat latihan dengan pesilat.
6.hasil dari persembahan, saya bersama mahaguru agong dan beberapa mahaguru lain dan mahaguru yang mewakili kumpulan Gendang Lawi Merah, kami dapat mengesahkan yang gerak dari persilatan tersebut adalah benar dan tepat tanpa sebarang kecacatan walaupun tanpa pernah berlatih dan hanya secara arah dan buat.
7.kami juga mengesahkan yang gerak dalam persilatan tersebut adalah gerak persilatan lama bukan satu rekaan gerak silat baru / moden yang dibuat-buat oleh pesilat tersebut.
8.ujian terakhir apabila selendang dibuka dari pesilat saya suruh dia buat semula silat yang dia persembahkan tadi dia tak dapat buat sahlah yang gerak persilatan tersebut dialirkan dari kebatinan selendang rajawali dan cincin selayang cahaya.
TARI SEMBAH
TARI KERIS
TARI PEDANG
No comments:
Post a Comment