DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 4
NAMA KEBATINAN : KUNTA LUNDA DAN PETIRAN SAKTI
1.sebenarnya aksi kebatinan ini pada awalnya agak dibimbangi oleh Mahaguru Agong kerana ianya merbahaya kepada peserta namun demo ini diteruskan apabila Mahaguru Agong meletakkan Mahaguru Faris sebagai orang yang akan ditumbuk kerana sebagai mahaguru tentunya Faris mampu untuk menampan pukulan tersebut agar bisa dari tumbukan tidak mengalir kepada peserta lain dan keduanya Mahaguru Agong telah meminta agar saya hanya menggunakan telapak tangan sahaja dan jangan menggunakan penumbuk kerana bimbang kesan tumbukan kepada peserta.
2.saya telah meletakkan 4 orang peserta dimana orang pertama dan kedua adalah pemain gendang dari Lawi Merah dan ketiga Ruslan dari Akbn dan keempat barulah Mahaguru Faris.
3.Dalam demo ini saya menggunakan kebatinan 21 tumbukan yang mana sekiranya dalam keadaan sebenar tumbukan yang dilepaskan pada musuh yang terakhir mampu menembusi sehingga kepada musuh yang paling hadapan dan dalam keadaan sebenar sekiranya seorang mahaguru itu menggunakan kekuatan 49 tumbukan pula kesannya lebih dahsyat dimana bisa tumbukan itu mampu menembusi sehingga 15 orang atau dalam ertikata lain sekiranya dilepaskan tumbukan pada orang yang terakhir maka orang ke 15 iaitu orang yang paling hadapan pun terasa bisa tumbukan tersebut. Namun dalam demo ini peserta tidak mengalami sebarang masalah kerana bisa pukulan telah ditampan oleh mahaguru Faris.
4.menurut mahaguru faris pada awalnya apabila saya sudah berada dibelakangnya datang satu aura yang membuatkan perasaannya tiba-tiba berdebar-debar, sememangnya aura pada selendang rajawali itu agak kuat sehinggakan seorang mahaguru pun dapat merasa aura penggerun dari selendang tersebut. Sambung Mahaguru Faris lagi apabila hentakan sampai ketubuhnya memang terasa sangat kuat dan dia juga terperanjat kerana tidak menyangka kesan hentakan yang sekuat itu sehinggakan dia terdorong kehadapan bagaikan ada satu aura yang merempuhnya dengan kuat.
5.Ruslan yang berada dihadapan Mahaguru Faris pula memberitahu saya bahawa apabila dia terdengar hentakan sampai ketubuh Faris dia yang berada dihadapan Faris dapat merasakan satu aura seperti angin yang datang dari belakang menembusi tubuhnya terlebih dahulu, barulah dia merasai badan Mahaguru Faris pula sampai merempuh belakangnya. Dari cerita Ruslan itu jelaslah menjadi bukti yang aura kebatinan tembus lapis ini ianya sampai terlebih dahulu menembusi tubuh sebelum kesan tumbukan sampai kepada kita.
makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)
No comments:
Post a Comment