DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGGER RAJAWALI SIRI 10
NAMA KEBATINAN: TAHAN KULIT , KALIS PUKULAN DAN JEMALA SAKTI
1.demo kali ini dijalankan Mahaguru Yusuf terhadap Shamsul. Pada selendang rajawali bisa dari selendang tersebut mampu mengalir pada bahan yang kita pegang misalnya kayu, sebagai contoh sekiranya kita melilitkan selendang rajawali pada kayu dan kita ketuk dengan perlahan pada ayam dengan kayu tersebut nanti ayam itu akan monyok dan akhirnya jatuh sakit dan sekiranya sampai ajal ayam itu akan mati, sekiranya belum sampai ajal maka ayam itu akan sakit utk jangkamasa yang panjang.
2.bagi menangani masalah dalam demo ini, maka kayu yang akan digunakan oleh Mahaguru Yusuf untuk memukul Shamsul telah dibalut dengan wafak terlebih dahulu agar bisa dari selendang tidak mengalir ketubuh shamsul, kemudian kami letakkan sejadah khas yang telah dibacakan doa, dibahagian belakang badan shamsul bertujuan sekiranya ada bisa selendang yang terlepas dari saringan wafak tadi maka bisanya akan mengalir pada sejadah tersebut dan tidak menyerap pada tubuh
3.pukulan yang kuat dari Mahaguru Yusuf dalam namun Shamsul mengatakan hanya merasa kebas sahaja.
4. Shamsul adalah contoh seorang murid yang dihormati oleh mahaguru-mahaguru kerana kesungguhannya dalam menuntut ilmu, dia sanggup keluar dari rumah menunggang motosikal jam 3 pagi dari Sepang dan sampai dihadapan rumah saya jam 7 pagi semata-mata kerana tidak mahu terlepas demo tersebut. Kesungguhan Shamsul membuka mata saya bahawa diakhir zaman ini dimana bangsa dan agama dipijak masih ada lagi murid saya yang segigih shamsul yang berkeinginan untuk menuntut ilmu bagi membela bangsa dan agama.
5.yang lain pun alhamdulillah juga nanti saya puji shamsul yang lain kecik ati pulak, yang macam shamsul pun ramai yang datang haritu dan yang tak datang pun ramai juga tapi sempat memberitahu tak dapat datang kerana ada kerja dan urusan yang penting tapi yang paling ramai ialah yang semasa berkehendak sesuatu akan menghubungi guru dan bila tak memerlukan guru tanya khabar tak boleh kerana disebabkan sms 10 sen send kat guru tanya kabar boleh menyebabkan jatuh muflis ha ha ha jadi bagi mengelakkan muflis jom kita whatsApp dan Wechat
No comments:
Post a Comment