DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 3
NAMA KEBATINAN: TUSUKAN JARI 9 PUKULAN DAN PETIRAN SAKTI
1.dalam demo ini ditunjukkan bagaimana dalam keadaan tertentu adakalanya kita perlu kepada serangan yang hanya menggunakan jari sahaja dengan tujuan enggan mencederakan dan bagi mengelakkan krisis yang lebih serius
2.demo ini telah dijalankan sendiri oleh saya bagi menunjukkan kekuatan yang ada pada tusukan jari pemakai selendang dan bagi mengelakkan sebarang kecederaan saya hanya menggunakan kekuatan kebatinan 9 pukulan sahaja.
3.Ruslan bertindak sebagai 'model' dan dia telah mengambil langkah-langkah perlu bagi menerima tusukan jari dari saya termasuk menahan nafas dan mengeraskan badan
4.semasa rakan video ini dijalankan tusukan jari dari saya telah menyebabkan Ruslan bergerak ke belakang dengan pantas dan sempat ditangkap oleh Mahaguru Pengeran Ramli namun kerana pergerakan Ruslan tadi berlaku terlalu pantas ianya tidak sempat dirakam didalam video
5.rakaman video terpaksa diambil sekali lagi dan Mahaguru Pengeran Ramli telah diminta agar tidak menangkap Ruslan dengan tujuan untuk melihat kekuatan tusukan jari dari selendang rajawali tersebut.
6.seandainya kekuatan kebatinan yang digunakan melebihi 9 pukulan misalnya 21 pukulan atau 49 pukulan ianya amat merbahaya kepada Ruslan justeru itu kami amat berhati-hati semasa menjalankan demonstrasi tersebut
makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)
makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)
No comments:
Post a Comment