DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 2
NAMA KEBATINAN : JURUS KEPULAN AWAN DAN JEMALA SAKTI
1.Jurus kepulan awan digunakan untuk menghindarkan hujan seketika ketika majlis dan keraian
2.Demonstrasi jurus kepulan awan ini dilakukan oleh Mahaguru D.Yusuf
3.Ketika demo ini hendak dijalankan cuaca pada ketika itu agak cerah dan baik maka Mahaguru D.yusuf telah menukarkan niat daripada menghindarkan kepulan awan kepada menghadirkan kepulan awan mendung.
4.Kira-kira sejam selepas Mahaguru D.Yusuf selesai melaksanakan jurus tersebut awan mendung mula berada diatas kawasan tempat kami dan boleh disaksikan dengan jelas oleh semua yang hadir. Bagi mereka yang menggunakan kamera bermegapixel tinggi gambar yang dirakam adalah lebih nyata dan jelas berbanding saya yang menggunakan kamera murah.
5.Gambar video diatas telah saya edit dan saya cantumkan gambar semasa jurusan dibuat dan gambar semasa awan memayungi kawasan perguruan
6.Jurus kepulan awan ini pernah digunakan semasa sukan komanwel tahun 1998 dimana kami dari Perguruan Nurfateh turut diminta membantu menghindarkan hujan sepanjang temasya tersebut namun bukanlah kami sahaja yang terlibat dalam tugasan tersebut kerana ramai lagi guru-guru lain yang turut bergabung tenaga menjalankan tugas tersebut malah saya difahamkan lebih dari 20 orang guru-guru dari Malaysia, Indonesia dan negara sekitar yang terlibat dalam tugasan itu.
makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)
makluman: sepanjang demo dijalankan turut dihadari pemerhati wakil dari persilatan lain, Majlis Belia Ledang dan PESAKA Ledang (persekutuan silat kebangsaan)
No comments:
Post a Comment