Gunung di Ceribon tempat Perguruan Sumur Tujuh
sejarah paling terkenal tentang "perang Borobudur"
Assalamualaikum ahli-ahli AKBN dan pembaca blog yang dikasihi. Setelah beberapa minggu tertangguh akhirnya pada hari ini tercapai hasrat saya untuk menulis tentang perguruan tua Sumur 7 dalam blog ini, semuanya dengan izin Allah jua.
Sekiranya para pembaca sering membaca blog saya atau pun ahli-ahli Akbn yang sering berurusan dengan saya pastinya perasan yang saya sering menggunakan perkataan "perguruan" atau dalam sms saya selalu short form "pgrn" sahaja kerana saya yakin murid-murid saya semuanya pandai-pandai dalam short form ni sampaikan nama perguruan dan pangkat saya yang panjang berjela tu pun dia orang pandai shortform kan jadi "tok" aje, he he he
Sebenarnya ramai yang beranggapan bahawa perguruan yang saya maksudkan itu macam persatuan silat atau satu pertubuhan atau NGO yang didaftarkan oleh saya ataupun oleh guru saya untuk tujuan mengajar silat dan sebagainya dan ada juga yang berpendapat perguruan tersebut adalah AKBN sehingga ada yang menyebut perguruan AKBN. Sebenarnya andaian tersebut semuaya tidak tepat sama sekali. Yang dinamakan perguruan yang saya maksudkan dalam blog dan sms yang sering saya katakan tersebut adalah satu perkumpulan orang-orang yang menjalankan tugasan-tugasan dalam penyebaran ilmu, amalan dan ibadah secara berjemaah atau boleh kita ibaratkan sebagai suatu organisasi dan tempat mereka berkumpul, mentadbir dan menjalankan satu aktiviti sementara yang saya sebut sebagai pesantren itu pula merujuk kepada prasarana yang diujudkan oleh perguruan tersebut dalam bentuk fizikal seperti bangunan, gelanggang dan sebaginya . Pesantren ditutur dalam bahasa jawa kalau di Malaysia pesantren bolehlah kita ibaratkan seperti sekolah pondok atau madrasah.
Dalam penulisan kali ini saya cuba untuk menggambarkan tentang perguruan smur 7 dalam gaya bahasa yang mudah dan saya akan sandarkan dalam bentuk contoh atau "ibaratkan" yang saya harap boleh membuat pembaca lebih mudah faham dan boleh membayangkan sesuatu dalam cerita saya tersebut. Ok, bila kita kata perguruan dan ianya berkaitan dengan tempat menuntut ilmu dan lebih tepat lagi tempat melahirkan guru-guru contohnya Institut Pendidikan Guru (dahulu disebut Maktab Perguruan) dan Universiti Perguruan (UPSI) maka perkara paling mudah untuk kita ibaratkan dan gambarkan adalah universiti itu sendiri. Sekiranya perkataan perguruan itu kita ibaratkan sebagai sebuah oraganisi atau nama sebuah universiti maka perkataan pesantren itu pula kita boleh ibaratkan sebagai prasarana dalam universiti tersebut atau kampus, sementara perkataan "perguruan tua" yang selalu saya gunakan itu pula bolehlah kita ibaratkan seperti universiti / kampus induk.
Perguruan Tua Sumur 7 ini terletak di sebuah gunung di daerah Ceribon (lihat gambar gunung di Ceribon yang saya cari di Google). Didalam Google gunung tersebut dipanggil gunung Ceremei di Ceribon namun kami hanya memanggilnya sebagai Gunung Ceribon. Kedudukan pesantren perguruan sumur 7 ini adalah dibahagian atas sedikit selepas dari kaki gunung tersebut. Keluasan Pesantren Sumur 7 ini adalah lebih kurang 270 ekar. Ini adalah kawasan pesantren sahaja tidak termasuk penempatan luar tempat ahli keluarga para petugas menetap. Tempat tinggal untuk para petugas dan ahli keluarga mereka adalah dibahagian bawah atau kawasan perkampungan di kaki gunung tersebut. Kalau di universiti petugas adalah terdiri dari kakitangan akademi, kakitangan bukan akademi maka diperguruan pun sama juga, para petugas bertugas diperguruan mengikut tugasan-tugasan yang diberikan contohnya saya sendiri di perguruan nurfateh walaupun berjawatan mahaguru tapi saya bertugas lebih banyak dibahagian pentadbiran dan tidak terlibat dengan bidang pengajaran kerana mereka yang terlibat dalam bidang mengajar ni daya hafalan mereka amat luar biasa sekali kerana beribu-ribu ilmu dan petua yang ada dalam silibus jika ditanya pada mereka akan terus dijawab tanpa perlu merujuk, begitu juga dengan mahaguru yang bertugas dibahagian serangan tanya apa sahaja bab serangan dan gerak jurusnya semua dalam kepala. Kalau tanya saya boleh juga tapi kena rujuk bukulah he he he. Berbalik tentang kisah sumur 7 tadi, cuba kita bayangkan keluasan pesantren sumur 7 itu sahaja seluas 270 ekar dan jika dibandingkan dengan keluasan pesantren nurfateh yang hanya 1/4 ekar, agaknya seluruh keluasan kawasan pesantren nurfateh ini dari depan sampai belakang hanya bersamaan dengan balai pengawal kat pesantren sumur 7 je, he he he (nanti dimasa akan datang saya upload gambar di pesantren Nurfateh lak, walaupun kecik berbanding Sumur 7 namun tetap hebat kerana kami bina pesantren ini tanpa sedikit pun duit dari luar mahupun tenaga dari luar, semuanya hasil usaha kami adik beradik jemaah dari pecah tabung nak kumpul duit, tebang pokok nak bina pesantren sampai lah ke bangunan dua tingkat sehinggalah ke menara kawalan pesantren yang tingginya mencecah hujung pokok getah tak satu pun melibatkan orang luar, semuanya hasil dari kami bersatu hati.
Diperguruan Sumur 7, para petugas sahaja termasuk akademi dan bukan akademi berjumlah lebih 1000 orang yang mana mereka sentiasa berada di dalam kawasan pesantren dan kerana perguruan sumur 7 ini beropreasi (mengajar) 24jam maka para petugas mereka sentiasa bergilir-gilir bertugas mengikut shif dimana setiap satu shif melibatkan sekitar 400 orang lebih petugas. Sistem sumur 7 amat berbeza dengan sistem perguruan nurfateh dimana kami hanya terdiri dari dua bahagian sahaja iaitu jemaah luar dan jemaah dalam. Jemaah luar terdiri dari dua iaitu pertama jemaah yang mengambil ilmu-ilmu persilatan dan yang kedua jemaah yang mengambil ilmu-ilmu kebatinan, sementara jemaah dalam pula terdiri dari kami mahaguru-mahaguru. Dalam sistem pentadbiran Nurfateh jemaah luar tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan mereka tidak terikat dengan undang-undang serta peraturan perguruan dan semua urusan pentadbiran, perundangan, keselamatan, akademi dan lain-lain dipertanggung jawabkan kepada mahaguru-mahaguru sahaja. Jumlah jemaah luar Nurfateh mencecah ribuan orang sementara jumlah jemaah mahaguru tak sampai pun 40 orang dan mahaguru yang terlibat dengan urustadbir perguruan rasanya tidak lebih 30 orang pun berbanding dengan Sumur 7 yang lebih 1000 orang petugas. Jika di sumur 7 petugas sahaja seribu orang lebih maka pelajarnya berapa ya???
Dari sudut pentadbiran pula, pemimpin no 1 disumur 7 digelar Maulana Pendita yang bertaraf "glawour pendita" yang bermaksud pendita yang mempunyai kedudukan yang diktiraf oleh perguruan-perguruan diseluruh dunia dari kalangan barisan para pendita-pendita sesebuah perguruan. Setiap perguruan yang besar pastinya ditadbir oleh seorang yang bertaraf maulana pendita disamping para penasihat-penasihatnya cuma samaada dia mahu menggunakan gelaran pendita ataupun tidak itu terpulang kepada budi bicara masing-masing. Sebagai contoh pemimpin no 1 di perguruan Nurfateh yang bertaraf "pendita" namun hanya menggunakan gelaran "mahaguru" sahaja dan saya memanggilnya "tok" sahaja sebab tu lah murid-murid saya memanggil saya "tok" juga sebab saka saya dah turun pada dia orang semua ha ha ha. Kalau dalam pentadbiran sebuah negara, pendita ni ibarat ketua negara kalau di universiti ibarat censelor lah. Dalam pentadbiran Pendita dibantu oleh 4 orang kanannya yang digelar GEYLANG dan di Nurfateh digelar "sabahat 4" dan Geylang ini yang biasanya diketua oleh seorang ketua dengan tiga yang membantu. Geylang inilah yang sebenarnya mentadbir perjalanan perguruan dan kalau hendak lebih mudah Geylang ini bolehlah kita ibaratkan sebagai Naib Censelor dan pembantu-pembantunya yang mentadbir universiti. Dibawah Geylang ini adalah jawatankuasa- jawatankuasa yang mempunyai sistem dan kuasa pentadbiran mereka sendiri yang digelar LOWONG dan mereka akan melapor kepada Geylang tadi. Lowong ini boleh kita ibaratkan sebagai Fakulti di Universiti dan maulana yang mengetuai setiap Lowong tersebut kita boleh ibaratkan sebagai Dekan Fakulti di universiti-universiti kita. Diperguruan sumur 7 terdapat sebanyak 13 Lowong ( ibarat 13 fakulti) dimana Lowong-Lowong tersebut adalah seperti berikut:
Lowong 1 - pengajian dalam bidang dakwah
Lowong 2 - pengajian dalam bidang hijrah
Lowong 3 - pengajian dalam bidang falaq / perimbon
Lowong 4 - pengajian dalam bidang perubatan berasaskan petua-petua
Lowong 5 - pengajian dalam bidang perubatan berasaskan jurus dan ilmu kebatinan
Lowong 6 - pengajian dalam bidang pengisian barangan kebatinan
Lowong 7 - pengajian dalam bidang persilatan buah pukul jurus dan serangan
Lowong 8 - pengajian dalam bidang penerapan anugerah (penyampaian dan tauliah)
Lowong 9 - pengajian dalam bidang persilatan (keseluruhan)
Lowong 10 - bidang perguruan nusantara (gandingan ilmu-ilmu dengan perguruan lain seluruh dunia)
Lowong 11 - pengajian dalam bidang talian perhubungan perguruan
Lowong 12 - pengajian khas lorongan guru (perhubungan antara guru dengan guru sahaja)
Lowong 13 - pengajian semua bidang ilmu dari Lowong 1 hingga Lowong 13 dan tambahan dalam ilmu fardu ain, fardu kifayah, alquran, hadis dan pendekatan masyarakat)
Dan kalau pembaca nak tau perguruan Nurfateh mengambil lowong 13 kerana itu lah kami semua berada di pesantren Nurfateh selama 20 tahun baru tamat belajar kerana bidang yang diambil dari A sampai Z, saya sendiri yang mula menuntut ilmu dengan guru saya Mualana Hj Dirun pada ketika itu baru saja nak kenal-kenal dengan isteri saya dan ketika saya habis belajar di Nurfateh, anak saya yang sulung sudah pun mengajar silat digelanggang, memang lah satu perjalanan menuntut ilmu yang amat panjang. Berbalik pada sistem pentadbiran tadi, kesemua para pentadbir akan berkumpul dan bertemu dan membincangkan perkara-perkara perihal perguruan di kamar pendita. "Kamar Pendita" merupakan sebuah tempat yang boleh kita ibaratkan sebagai balairong istana dan tempat tinggal pendita pula dipanggil Istana Pendita.
Sekiranya diuniversiti terdapat bangunan-bangunan fakulti pengajian masing-masing di pesantren sumur 7 pula dibahagikan kepada zon-zon atau perkampungan-perkampungan mengikut apa yang diambil oleh berdasarkan Lowong (fakulti) tadi, dimana dalam setiap satu perkampungan tadi mempunyai satu prasarana yang lengkap dari pondok tempat tinggal pelajar, dewan kuliah sehinggalah kepada masjid dalam perkampungan tersebut sementara diperingkat pentadbiran pusat juga mempunyai prasarana yang sama namun bangunannya lebih besar dan mampu menampung keseluruhan penuntut termasuk sebuah masjid besar, istana pendita, dewan perjumpaan, bangunan mohor dan yang paling penting adanya 7 buah sumur yang masih ujud sejak dari mulanya sumur 7 di tubuhkan sehinggalah ke hari ini.
Satu perkara yang amat menarik tentang sumur 7 ini adalah mengenai "perguruan dibawah takluk" atau bermaksud perguruan dibawah tauliah sumur 7. ok macam ni, kalau kita perasan jika ada universiti yang mempunyai prestij yang tinggi maka akan ada beberapa perkara yang berlaku diantaranya:
a) universiti tersebut mempunyai banyak cawangan contohnya UITM yang mempunyai banyak cawangan di negeri-negeri lain
b) universiti tersebut mempunyai kursus-kursus yang dijalankan oleh kolej-kolej lain contohnya kolej swasta yang menawarkan diploma dari universiti ternama
c) universiti tersebut akan membuka cawangan diluar negara
jadi sebagai sebuah perguruan lama yang mempunyai prestij tersendiri maka sumur 7 juga mempunyai pecahan-pecahan yang ujud yang dipanggil "perguruan dibawah takluk" dimana jumlah perguruan-perguruan yang bernaung dibawah Perguruan Tua Sumur 7 ini semuanya berjumlah 1872 buah perguruan diserata dunia sama ada dari perguruan sedia ada yang kemudiannya memohon untuk bernaung dibawah sumur 7 kerana pengiktirafan dan tauliah yang dari sumur 7 yang diiktiraf seluruh dunia atau dari perguruan yang lahir dari guru-guru yang belajar disumur 7 dan kemudiannya membuka perguruan atau perguruan yang dihantar oleh perguruan induknya untuk belajar disumur 7 misalnya perguruan Nurfateh yang perguruan induknya iaitu Perguruan Karakatua dan kemudian Perguruan Karakatua ini telah meletakkan Nurfateh dibawah Sumur 7. Kategori yang terakhir pula ialah dari perguruan yang tewas ketika pertempuran dan akhirnya memohon untuk bernaung dibawah Sumur 7.
Di dalam banyak-banyak kisah sejarah yang paling diingati dikalangan pengamal ilmu kebatinan dan persilatan ialah mengenai sejarah perang Borobudur (gambar diatas adalah peninggalan candi borobudur) iaitu peristiwa peperangan antara pengembang dakwah Islam dengan penganut hindu ditanah jawa satu ketika dahulu. Bermula dengan kehadiran beberapa orang pedagang dari India yang datang berdagang ditanah jawa disamping berdagang mereka bergerak dari tempat ke tempat berdakwah (seperti yang dilaksanakan oleh jemaah tabligh) pergerakan mereka berjaya menarik perhatian beberapa orang penduduk tempatan dan kemudian bersama, mereka bergabung menjadi 9 orang semuanya dan menjalankan dakwah sehingga akhirnya mereka digelar oleh orang ramai sebagai wali songo (wali sembilan). Kaedah mereka berdakwah menggunakan ilmu kebatinan dapat membukti apa yang dikehendaki dan mematahkan sihir dari sami-sami hindu membuatkan semakin ramai yang memeluk Islam. Perkara ini menimbulkan kemarahan dari kumpulan sami hindu yang bertapak di candi borobudur dan menimbulkan riak-riak peperangan antara Islam dan hindu.
Ketahuan mengenai perkara tersebut maka dengan segera wakil Perguruan Sumur 7 telah datang menawarkan bantuan kepada Wali Songo seandainya peperangan meletus. Bermula dari bantuan yang ditawarkan, diikuti pertempuran demi pertempuran akhirnya berlakulah satu peperangan besar antara Islam dan Hindu dan akhirnya pejuang sumur 7 telah dapat mara sehingga berjaya mengepung candi borobudur dan akhirnya berlaku lah pertempuran yang amat hebat diantara kumpulan sami-sami hindu yang mengelarkan diri mereka sebagai "panji tengkorak' dengan kumpulan pejuang dari sumur 7. Peristiwa ini lah yang digelar sebagai "perang borobudur" dan saat ini lah yang menjadikan sumur 7 semakin tersohor apabila dalam peperangan tersebut seluruh angkatan perang hindu yang berkubu di dalam borobudur ditewaskan oleh 7 orang sahaja yang diketuai sendiri oleh pendita sumur 7 dimana seluruh angkatan perang dari sumur 7 telah diarahkan tidak berbuat apa-apa melainkan hanya mengepung sahaja sekeliling kawasan borobudur agar jangan ada yang dapat melepaskan diri. Hanya Maulana Pendita bersama-sama 6 orang yang dipilihnya sahaja yang masuk menyerang ke dalam borobudur yang telah tersedia menunggu ribuan tentera hindu dari Panji Tengkorak bersama sekutu-sekutunya dari perguruan-perguruan lain, namun serangan dari Maulana Pendita bersama 6 orang pembantunya tidak dapat ditampan oleh ribuan tentera borobudur, ramai yang tewas dan terkorban serta berundur agar tidak berhadapan dengan Maulana Pendita dan pembantunya, akhirnya berlaku pertembungan one by one diantara Maulana Pendita dengan ketua sami dari panji tengkorak dimana pertempuran yang amat hebat dan menyebabkan sebahagian dari kubah dan patung-patung di borobudur yang pecah ketika pertempuran tersebut (kesannya pecahan masih ada sehingga sekarang) namun akhirnya pemimpin panji tengkorak yang hebat itu mengaku kalah kepada Maulana Pendita hanya dengan bacaan tasbih yang dilafaz oleh Maulana Pendita, dimana sami yang bergelar panji tengkorak tersebut berikrar akan mengabdikan diri kepada Sumur 7 sepanjang hayatnya selepas dia memeluk Islam.
Manakala pasukan musuh yang tewas dan menyerah kalah telah ditawan dan dibawa keluar dari kawasan borobudur dan mereka telah kumpulkan disatu tempat, mereka tidak dikurung mahupun diikat, namun mahaguru-mahaguru sumur 7 hanya melilitkan disekeliling kawasan mereka ditawan dengan seutas tali pisang, yang hairannya tidak ada seorang pun yang mampu keluar dari kawasan tersebut walaupun hanya terkepung seutas tali pisang. Perkara tersebut merupakan satu sindiran yang amat tajam oleh Perguruan Sumur 7 kepada mereka sehingga membuatkan ada diantara mereka yang menitiskan air mata kerana faham dengan sindiran sumur 7 tersebut iaitu kalau benarlah ilmu mereka tinggi dan handal dan bergelar mahaguru dari perguruan mereka kenapa mereka tidak mampu melepaskan diri seutas tali pisang walhal mereka bukan calang-calang orang yang mampu melompat melepasi pokok, ada yang mampu hilang ghaib dan muncul ditempat lain tetapi tidak mampu melepasi seutas tali pisang, kejadian ini membuatkan ramai diantara mereka yang memeluk Islam dan selepas dibebaskan mereka dibenarkan kembali ketempat ke kampung halaman tidak ada satu pun diantara mereka yang kembali ke kampung halaman malah mereka sepakat melantik wakil pergi menghadap Maulana Pendita dan bermohon agar mereka diberi peluang untuk menetap disumur 7 setelah mereka mendapat tahu bahawa kepungan tali pisang yang tak mampu mereka lepasi itu hanyalah bacaan surah ikhlas, kata mereka kepada Maulana Pendita, mereka telah menghabiskan masa yang panjang bertahun-tahun menuntut ilmu persilatan dan kebatinan sehingga mendapat kedudukan yang tinggi namun apalah ertinya mereka kembali ketempat asal jika ilmu yang dituntut bertahun-tahun lamanya tidak mampu untuk melepasi seutas tali pisang yang dibacakan hanya surah ikhlas yang mudah dan pendek. Peristiwa tali pisang dan perang borobudur tersebut telah menjadikan Perguruan Sumur 7 semakin tersohor sehingga banyak perguruan-perguruan lain yang mohon untuk bernaung dibawah sumur 7.
wasalam.
Keris Lowong milik saya sebagai "tanda/lambang" orang sumur 7
perhatikan taji keris berbentuk sirip 4 dikanan dan 3 dikiri bermaksud "7" serta "lowong" di pangkal keris
keris buatan tangan dan hanya orang sumur 7 sahaja yang memiliki keris lowong ini
hujung keris yang unik tapi menyimpan seribu rahsia
perhatikan duri-duri "gunungan" dan "ekor cicak" jenis lurus tajam di bahagian "ganja/aring" keris