Monday, 23 September 2013

CINCIN PETIRAN SAKTI DAN KEGUNAANNYA - PASAK LORONGAN





Assalamualaikum ahli-ahli AKBN dan pembaca sekelian, kepada pembaca yang pernah membaca mengenai cincin petiran sakti mungkin perasan yang saya ada menyatakan bahawa kegunaan cincin petiran sakti ini banyak dan hanya sebahagian dari kegunaan utamanya sahaja yang dapat disenaraikan didalam risalah / blog, jadi sebahagian lain yang belum diberitahu akan saya ceritakan dalam blog ini dari masa kesemasa jika ada masa lapang, insyaallah.

Untuk siri pertama kali ini saya akan menulis tentang Pasak Lorongan iaitu satu kelebihan yang ada pada cincin petiran digunakan untuk membuka lorongan (laluan) apabila kita berada didalam kecemasan misalnya terperangkap ketika rusuhan, ketika berhadapan  dengan orang besar contohnya temuduga juga kita boleh gunakan ketika kita berhadapan dengan musuh yang mempunyai pendinding yang kukuh dan ampuh yang sukar untuk ditembusi ketika membuat pukulan jarak jauh dimana dengan pasak ini kita akan membuka satu lorongan laluan yang akan mengasingkan ilmu dan pendindingnya ketepi untuk seketika bagi memberi laluan untuk kita membuat serangan atau pukulan jarak jauh.

Satu masa dulu ketika saya pergi menunaikan haji, dikatakan waktu itu adalah haji akbar jadi orang-orang dari sekitar tanah arab dan penduduk tempatan semuanya akan keluar turut buat haji juga jadi keadaannya amatlah ramai dan agak tegang, jadi masa saya mula-mula turun untuk mengerjakan tawaf untuk pertama kali memang agak terkejut beruk bila tengok keadaan disekeliling kaabah masa tu, bukannya saya terkejut tengok kaabah kerana bila terpandang sahaja kaabah sudah terlalu bersyukur yang amat sangat, tapi saya terkejut tengok sikap para jemaah dari negara-negara lain yang amat kasar sampai terfikir juga fikiran serong saya "ni nak tawaf ke nak perang" kerana macam tak percaya kalau nak beribadah pun apakah perlu menyakitkan sesama Islam, syukurlah jemaah haji dari Asia Tenggara amat berdisiplin dan sopan.

Jadi semasa nak masuk tawaf kami semua berkumpul lah dipinggir tempat bermula tawaf dan kami semua dipesan agar berpandukan bendera yang dibawa, apabila kami masuk sahaja ke kumpulan jemaah yang sedang tawaf tu terus je kumpulan kami yang paling hadapan dirempuh oleh jemaah dari negara-negara yang berbadan besar dan ganas tu dan terus hilang dari pandangan saya dengan bendera pun saya tak nampak lagi yang dengar cuma suara perempuan menjerit kesakitan, kerana kebetulan saya berada paling belakang dalam kumpulan tersebut jadi saya cepat-cepat berundur tak jadi tawaf, ingatkan berani rupanya penakut gek saya ni he he he.. saya terus masuk kedalam masjidilharam dan memerhatikan kumpulan jemaah haji yang sedang tawaf tu sambil konon-konon nak sedapkan hati bercakaplah "takpe tunggu kejap lagi oklah tu" rupa-rupanya selang beberapa minit selepas tu orang makin ramai dan semakin sesak, saya dah mula tak keruan memikirkan "mana ni makin ramai lak" lalu tiba-tiba saya teringat pesan guru saya Mahaguru Maulana Raden Dirun  "kalau kau masalah kat sana kau pasak aje" pesan guru saya tu sebenarnya kalau bermasalah contohnya ada rusuhan ke ada yang tak keana ke bukannya masalah nak buat tawaf atau nak beribadah tapi kerana saya ni pandai lagi kreatif mengolah pesanan guru maka saya pun kata pada diri sendiri "haa ini pun masalah gek kira boleh guna ler tu" he he he apa lagi saya pun bingkas bangun dan terus guna kebatinan pasak lorongan ni dan terus je dengan tenang dan yakin turun untuk mengerjakan tawaf, masuk je kedalam kumpulan jemaah yang sedang bertawaf tersebut apalagi kumpulan-kumpulan jemaah haji dari Turki, Afganistan, Afrika dan Pakistan yang memang terkenal dengan brutal tu, mereka pun datang merempuh saya, setiap kumpulan yang merempuh tu bila melanggar saya pastu saya akan rasa mereka yang melayang, jika jemaah haji dari Turki pulak mereka nak buat tawaf sebijik macam polis nak suraikan rusuhan  dimana setiap orang akan mencangkuk tangan rakan mereka kuat-kuat dan berjalan beriringan tak kira apa dihadapan mereka rempuh sahaja janji pegangan tangan tadi tidak terlepas antara satu sama lain. Tapi malang sungguh adalah satu kumpulan jemaah dari Turki yang buat sistem tu telah merempuh saya yang berada didepan mereka, bayangkan satu kumpulan terdiri dalam 10 orang lelaki dan perempuan yang berbadan besar sambil mencangkuk tangan satu sama lain merempuh saya tapi alhamdulilah kalau mereka beribadah dengan cara brutal macam tu saya pun brutal juga dengan pasak lorongan, jadi apalagi bila saja mereka merempuh saya dari belakang tiba-tiba saya terdengar salah seorang jemaah wanita dari kumpulan tersebut tiba-tiba menjerit dan bila saya toleh kebelakang kumpulan yang merempuh saya tadi tu pulak yang telah berpecah hilang cangkuk mencangkuk tangan mereka dan hilang brutal mereka setelah mereka merempuh berpuluh-puluh orang yang dihadapan mereka kini giliran mereka pulak yang berpecah. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan tawaf saya pada hari itu sambil melihat pelbagai pemandangan yang menyedihkan bila nampak jemaah-jemaah wanita dari Indonesia yang dipijak dan dirempuh tapi apakan daya saya pun tak mampu nak membantu, bukan boleh tunjuk hero, saya sendiri pun dengan pakaian ihram silap-silap tertanggal semua jadi wayang 18sx pulak kang, jadi jaga diri sendiri sudahlah.

Pada malam esoknya ketika makan malam ditempat penginapan saya sambil makan sambil mendengar cerita-cerita dari jemaah lain tentang keadaan malam semalam yang agak tragis dengan siri rempuhan dari jemaah negara lain, tiba-tiba dalam memasang telinga tu terdengarlah orang bercerita, katanya "malam tadi tu ada budak muda dari malaysia (of course lah budak muda saya baru 29 tahun masa tu) steady betullah budak tu, orang rempuh dia orang tu yang tercampak, saya nampak dia depan saya datang satu kumpulan orang rempuh dia orang yang ramai tu yang tercampak bukan budak tu" kata-kata orang tu jelas kerana tak jauh dari saya dan kebetulan saya yang tengah menyuap nasi masa tu jadi kembang dalam hati sambil berkata-kata dalam hati "saya le tu orangnya" he he he kata orang Muar kerek sikit lah maklumlah masa tu masih mudah belum pandai sangat kawal hati, tapi kerek dalam hati je tak riak pun...

Kerana berjaya menggunakan pasak pada masa tu jadi terlebih-lebih lak saya ni sampai dah salah guna pulak sehinggakan kalau nak solat sunat di raudah pun saya pasak dulu mohon lorongan sehinggakan raudah yang kecil dan berebut-rebut dengan ribuan jemaah pun kalau saya nak solat pasti ada tempat kosong tidak dimasuki orang lain kerana dah kena pasak dulu lah tu, ni dah kira tersalah guna ilmu ni sampai last sekali masa nak naik flight balik malaysia pun saya pasak tempat duduk yang saya hajatkan sehinggakan seat yang saya nak tu takde orang duduk walhal saya diantara orang yang masuk last kedalam kapal terbang tapi takde sorang pun yang duduk kat seat tu. Mungkin juga kebetulan kot orang tak perasan seat tu.

Namun perbuatan saya yang suka-suka guna ilmu ni bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan contoh dalam kita mengerjakan ibadat jadi kepada pembaca dengan rendah diri saya berharap jadikanlah pengalaman saya ini sebagai sempadan jangan diikuti kerana seeloknya kita beribadah biarlah dengan tubuh dan jiwa yang kosong seikhlasnya kerana Allah, tak perlulah menggunakan ilmu dan kebatinan untuk membantu kepentingan diri, perbuatan saya ini satu kesilapan dan telah saya kesali cuma sekadar bercerita berkongsi pengalaman sahaja. Teguran pada saya juga hadir dari guru saya sendiri dimana pada ketika itu saya berada dipadang arafah, ketika sedang berzikir tiba-tiba saya rasa seperti terlelap sekejap dan bermimpi guru saya Mahaguru Tua Maulana Haji Sulaiman dan anaknya Puteri Ani datang kepada saya berdiri depan saya dan terus memberi salam "assalamualaikum!" saya terus menjawab "waalaikumussalam tok" dia pun berkata "engkau ni, pergi haji dengan tak pergi haji sama aje" lepas tu dia pun memberi salam dan terus berlalu, ketika itu saya terus terjaga, terlelap yang tak beberapa minit dan terus bermimpi membuatkan saya terus berdetik dalam hati "alamak tok ayah datang tegur aku lah" perkara itu terus saya simpan dan tidak diceritakan namun sentiasa bermain-main dalam fikiran sehinggalah pada satu hari selepas balik ke Malaysia saya dapat idea macam mana nak tahu jawapan yang sebenar, jadi pada satu malam ketika kelas di pesantren kebetulan pada malam itu  Maulana Haji Sulaiman yang mengajar jadi saya pun saja nak pasang perangkap nak tau kebenaran sebenarnya, jadi semasa dia abis mengajar dia tanya ada apa-apa soalan? saya segera angkat tangan dan berkata "tok terimakasih lawat saya kat mekah" dengan selamba dia menjawab "sama-sama" dan terus menjawab soalan dari orang lain, dalam hati saya sah! orang tua ni datang malam tu, kalau tidak, pasti dia bertanya kembali apa maksud saya tadi, ini muka dia selamber je siap cakap sama-sama lagi, lagi pun dia kalau nak pergi Mekah tu sekelip mata dah sampai bukannya nak ambik tiket kapal terbang,  perhh kantol aku.

Insyallah dimasa-masa akan datang akan saya terangkan satu persatu  puluhan lagi kelebihan-kelebihan lain yang masih terpendam pada cincin petiran ini.

Wasalam, Maulana Mahaguru D.patinggi

No comments:

Post a Comment