Assalammualikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli AKBN, jemaah selendang merah dan pembaca sekelian.
Sebelum saya memberikan sedikit panduan kepada ahli-ahli AKBN tentang kaedah mengamalkan ayat 4 terlebih dahulu saya ingin menyentuh tentang pertanyaan ramai mengenai syarat-syarat dan pantang larang mereka yang mengamalkan ayat 4 ini. Kepada ahli-ahli AKBN yang berminat dan kepada jemaah selendang merah saya memberi jaminan disini bahawa tidak ada syarat-syarat untuk memiliki selendang merah dan mengamalkan ayat 4 kecuali amalkanlah dengan ikhlas kerana Allah dan jangan sekali-kali kita beramal kerana mengharapkan sesuatu misalnya ingin hebat dan kuat, ingin handal dan ingin ada kelebihan seperti yang sering diceritakan orang ramai kerana jika kita beramal kerana sebab-sebab selain dari mencari keredaan Allah maka amalan tersebut menjadi sia-sia dan tidak mendapat pahala. Begitu juga dengan pantang larang sebenarnya tidak ada pantang larang yang diletakkan cuma apabila kita menuntut ilmu apatah lagi jika ilmu yang berlandaskan zikir-zikir dan kalimah maka haruslah kita jaga kesuciannya sebagai contoh jika kita menerima satu wafak dari seorang guru atau orang alim dan wafak itu tertulis ayat quran maka pandai-pandai lah kita jaga jangan sampai dibawa masuk kedalam tandas, itu bukannya pantang larang tapi sekadar panduan dari mana-mana guru sekalipun agar kita menjaga kesucian kalimah.
Sebenarnya banyak pantang larang dan syarat-syarat yang saya dengar dari pelbagai orang yang bercerita tentang ayat 4 ini namun bila saya tanya siapakah yang memberikan syarat dan pantang larang tersebut? kebanyakan mereka tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas melainkan mereka berkata "saya dengar orang cakap tok, tapi saya tak tau pulak dia dapat dari mana". ok, sedikit panduan dari saya, seingat saya semasa saya belajar dahulu guru saya cakap arwah kiai Salleh hanya pernah beri beberapa ingatan sahaja dan tak pernah dia katakan ingatan tersebut sebagai syarat dan pantang larang, diantaranya:
1.arwah berpesan jangan sekali-kali mengambil apa-apa harta atau barang musuh ketika peperangan kecuali senjata. Tujuan arwah memberikan ingatan tersebut ialah agar para pejuang tidak hilang fokus ketika pertempuran. Bayangkan ketika itu kehidupan orang Melayu sangat daif apatah lagi telah berhadapan dengan perang Jepun hampir 4 tahun lebih maka mereka semua amat lah susah, andainya ketika semasa pertempuran ada seorang pejuang yang terjumpa duit musuh katalah RM50, maka jika dia ambil tentulah dia dapat RM50, namun pejuang-pejuang lain pasti akan cemburu dan nak juga, akhirnya semua orang setiap kali jumpa musuh akan geledah poket musuh untuk mencari harta akhirnya semua pejuang akan hilang tumpuan, menjadi leka dan mudah menjadi sasaran peluru musuh, Saya rasa mungkin arwah menjadikan peristiwa perang Uhud sebagai pengajaran.
2.arwah juga berpesan jangan terbatal wuduk ketika pertempuran, jika ada yang terbatal segeralah berwuduk semula. Tentang bab wuduk ini tidak lah pula diterangkan mengapa disuruh berbuat demikian namun saya secara peribadi berpendapat diantara sebab disuruh mengekalkan wuduk ialah untuk mengawal kemarahan dimana kalau kita rujuk hadis, ada diantara hadis yang menyatakan rasulullah berpesan jika kita marah maka segeralah berwuduk kerana iblis itu dijadikan dari api dan dengan berwuduk dapat memadamkan api kemarahan, ertinya arwah mahukan para pejuang keluar berjihad dengan tenang dan ikhlas kerana agama Allah dan bukannya kerana nafsu amarah mahupun dendam dan sekiranya ada yang gugur ketika bertempur setidak-tidaknya mereka gugur dalam berzikir dan berwuduk. Wallahualam, ini adalah pandangan peribadi saya dan sekiranya saya tersilap saya mohon maaf terutamanya kepada guru-guru tua pewaris ayat 4 dan selendang merah yang mungkin lebih arif dari saya.
3.arwah tidak gemar kepada mereka yang mempunyai dampingan / khadam untuk turut bersama keluar berjuang bersama dia, kerana menurut guru saya ketika arwah membawa bersama-sama sekumpulan pejuang memburu Mat Indera, ada bersama dalam kumpulan tersebut seorang yang handal dan terkenal kerana ilmu yang tinggi dan mempunyai ramai kawan-kawan dari alam ghaib, apabila mereka masuk kehutan menjejaki Mat Indera, orang yang handal tersebut sering "keturun" kerana dampingannya turut sama nak glamour supaya menarik perhatian ramai yang ada dalam kumpulan tersebut, jadi arwah pun naik boring dan suruh je dihantar balik orang tersebut kerana kata arwah menyusahkan saja baik-baik nak cepat cari Mat Indera jadi lambat pulak kerana asyik dan membetulkan dia.
Selain dari itu saya juga ditanya tentang kononnya ada syarat-syarat lain misalnya tidak boleh meninggalkan solat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi, tidak boleh berzina dan sebagainya, komen ringkas saya disini, perkara tersebut tidak ada dalam syarat dan pantang larang pengamalan Ayat 4 kerana guru-guru yang mengajar sering berpesan kepada murid-murid mereka tentang perkara-perkara diatas menyebabkan murid-murid berpendapat perkara-perkara itu adalah syarat dan pantang larang sedangkan yang sebenarnya perkara tersebut adalah tanggung jawab guru untuk berpesan-pesan dan hakikatnya solat telah difardhukan semenjak Israq mikraj lagi dan larangan-larangan dari melakukan dosa-dosa besar telah ditetapkan Allah sejak zaman Nabi lagi dan bukannya kerana kita mengamalkan ilmu kebatinan.
Panduan ringkas mengamalkan ayat 4
1.kepada yang berkemampuan amalkan setiap subuh dan magrib, yang kurang kemampuan dapat sekali sehari pun jadilah, yang tidak berkemampuan memadailah satu dua kali dalam seminggu asalkan jangan ditinggalkan dan yang berkemampuan (dari segi kewangan) tapi tidak kemampuan (dari segi amalan) dapatkanlah dahulu selendang merah dan amalan ayat 4 ini, agak-agak satu hari nanti bila darurat, musuh dah depan rumah setidak-tidaknya kita masih sempat lagi ambil risalah AKBN ni dan baca manalah tau dengan izin Allah kita diselamatkan dengan cepat atau pun kita "ditamatkan" dengan cepat he he he kira oklah tu daripada ditangkap dan diseksa berbulan-bulan baru ditamatkan!. Akhir sekali kepada yang tidak kemampuan kewangan dan tidak kemampuan amalan memadailah memberikan sokongan dan doa kepada kami kerana sokongan dan doa itu juga sekecil-kecil jihad dan adalah juga mendapat pahala apabila menjadi orang yang mengembirakan hati orang lain.
2.berbeza dengan amalan AKBN yang lain yang bebas, amalan ayat 4 ini disarankan diamalkan dalam keadaan berwuduk dan duduk setempat, sebaiknya selepas solat jika secara individu atau selepas membaca yasin jika berjemaah
3.duduk bersila dalam keadaan yang tegap dan mendada, amalan ini ialah amalan ilmu perang jadi janganlah duduk lemnbik atau duduk santai dengan dada melengkung macam orang nak tidur. Biarlah khusyuk dan tawadduk bukannya tunduk dan terduduk
4.bacaanya jelas kedengaran sekurang-kurang oleh telinga sendiri dan jangan di baca dalam hati
5.zikirnya betul, perlahan, tidak laju atau kelam kabut
6.ayatnya dizikirkan dengan penuh bersemangat, penuh ketegasan dan alunannya keras, bersesuaian dengan statusnya sebagai ayat perang jadi janganlah dizikirkan dengan lembik, meleweh-leweh dan berlagu-lagu macam nak tidurkan baby takut yang berzikir pulak yang tertidur. Sebenarnya zikir ayat 4 ini jika dizikirkan dengan keras dan bersemangat, sesiapa orang yang diluar bilik jika terdengar dengan automatik akan berdiri bulu roma dan naik semangatnya apatah lagi jika dizikirkan secara berjemaah / ramai-ramai, orang bukan Islam jika terdengar tiba-tiba jiwa mereka rasa gerun dan takut akibat dari aura yang ada pada ayat tersebut, dan ada juga yang rasa seperti rumah bergegar kerana pada zaman dahulu rumah dan surau diperbuat dari kayu sehinggakan mereka dapat merasakan gegeran bangunan tersebut
Aura yang dirasai jika diamalkan mengikut panduan diatas
1.seluruh badan terasa meremang, merinding, meretip-retip
2.muka dan telinga terasa sejuk dan berbera-bera
3.aliran hawa sejuk seperti air batu mengalir dari tengkukturun ketulang belakang dan menyelerak ke bahu
4.berdiri bulu roma, mata rasa ingin tertutup kerana khusyuk
5.terasa berasa semangat seperti nak bangun / rasa nak berdiri / rasa nak melenting
6.rasa tubuh badan sedikit-sedikit terangkat dan akhirnya rasa seolah-olah terapung dari tempat duduk
7.bilik atau tempat kita berzikir itu tiba-tiba berasa gelap seolah-olah lampu terpadam dan perlahan-perlahan terasa hanyut akhirnya kita berasa kita berada ditempat lain bukan lagi didalam bilik tersebut.
#nak cepat rasa aura2 diatas, buat zikir sambil pejam mata.
kepada jemaah selendang merah AKBN yang mendapat tanda-tanda tersebut sila sms saya dan nyatakan tanda yang diperolehi. cubalah berusaha sehingga mendapat rasa aura no 5, 6 dan no 7 diatas.
semoga berjaya, doa ikhlas dari saya Maulana Mahaguru.
Saya berhajat mengamalkan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMahaguru Silat Sendeng Malaysia Allahyarham Hj Hamid bin Hamzah adalah murid Panglima Salleh. Pernah bertempur dengan Cina Komunis bersama Panglima Salleh. Ilmu ayat 4 ini dituntut Panglima Salleh dengan Kiai Hj Fadhil Bantan di Istana Johor. Hj Fadhil Bantan adalah pengawal peribadi Sultan Johor waktu itu Almarhum Sir Sultan Ibrahim Ibn Al Marhum Sultan Abu Bakar.
ReplyDeleteIni bukan silat sendeng Hj Hamid Hamzah ker? Silat Sendeng mula bertapak dan diajarkan Mahaguru Cikgu Hj Hamid Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor.
ReplyDeleteSaya ingin mengamalkan mcm mana ?
ReplyDeleteBolehkan kami yg bukan ahli persatuan mengamalkannya
ReplyDeletemacamana nak join persatuan
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya nak amalkan
Ijazahkan kepada saya
saya mohon diijazahkan ayat 4 ni.
ReplyDeleteQobiltu
ReplyDeleteQobiltu Ijazah
ReplyDeleteالسلامعليکم,minta di ijazahkansaya nak beramal dengan ayat 4 ini,semoga tuan beroleh nikmat sihat dan dimurahkan rezeki 🤲
ReplyDelete