Tuesday, 3 September 2013

GELARAN AYAT 4 (SELENDANG MERAH)

Assalamualaikum, kepada pembaca, kepada ahli-ahli AKBN terutamanya kepada ahli AKBN yang menyandang selendang merah dan ilmu ayat 4.

Terasa pagi ini nak cerita tentang ayat 4 pulak kerana teringat zaman kanak-kanak dan zaman remaja . Sebelum tu biar saya beritahu seingat saya ilmu selendang merah ni ada 3 bahagian iaitu :

a) selendang merah itu sendiri dimana pada kain selendang (selempang) itu sebenarnya ada pengisian kebatinan dan bukannya suka-suka saya nak potong kain beri kat kamu he he he

b) amalan ayat 4, yang mana amalan ini terdiri dari 3 bahagian iaitu 
    i)tawasul yakni bacaan / sedekah fatiha 
    ii)zikir ayat 4 itu sendiri 
    iii)ayat quran yang diajar oleh arwah kiai salleh untuk menutup / kuncian selepas tamat amalan ayat 4

c)surah yasin (air yasin). Masa saya kecil dulu arwah bapa saya sentiasa simpan sebotol air yasin dalam almari dan sebilah pedang yang tergantung di dinding bilik, pernah saya tanya "abah air dalam botol tu air apa?" ringkas je arwah jawab "air yasin pakai masa perang aje" agaknya malas nak citer kat anak yang tak tau apa-apa ni..

semasa saya kecil-kecil dahulu, kebanyakan surau dan masjid di negeri Johor akan mengamalkan dan mewiridkan amalan ayat 4 ini sekurang-kurangnya seminggu sekali secara berjemaah sementara di hari-hari biasa orang-orang kampung hanya mengamalkan sendiri dirumah masing-masing sebagai amalan diri. Tak tau pulak saya zaman sekarang ini jika masih ada masjid atau surau yang masih mengamalkan amalan ayat 4 ini, kali terakhir saya pernah dengar ialah di masjid Kesang (Gate) Muar awal tahun 2000, saya dan kawan-kawan yang ketika itu berhenti untuk solat, setelah selesai dan nak naik motor tiba-tiba Imam mendekati kami dan terus sahaja beri nasihat agar kami mengamalkan ayat 4, katanya "sediakan payung sebelum hujan dan peristiwa yang pernah berlaku dahulu akan berulang semula dimasa hadapan", dia juga cakap "kat masjid ni masih mengamalkan ayat 4 secara berjemaah setiap minggu" saya mengucapkan terimakasih pada imam tersebut tanpa memperkenalkan diri yang saya juga guru bertauliah untuk mengembangkan ayat 4.

Berbalik ketika zaman saya kanak-kanak, ketika itu kalau sebut sahaja Ayat 4 di negeri Johor ni tak kira di ceruk mana sekalipun orang Johor pasti tau, kalau tak tau mewiridkan ayat 4 pun pasti mereka boleh bercerita tentang ayat 4 dan ada yang mampu bercerita tentang ayat 4 lebih baik dari orang yang mengamalkan ayat 4, dan boleh bercerita tentang selendang merah sama bagus ceritanya dengan mereka yang memiliki selendang merah. masa tu tercopong lah mulut saya bila dengar cerita-cerita tersebut hinggakan rasa kagum giler pada pada orang yang bercerita, tapi bila saya tanya "abang pun amal ayat 4 juga ke?" maka dengan selamber je dia jawab "tak, abang dengar orang citer orang je, abang pun tak tau ayat 4 tu macam mana!" perhh hampeh tapi kerana hebatnya cerita-cerita yang saya dengar masa zaman kanak-kanak sampai saya pun berazam "bila besar nanti aku nak belajar ayat 4"

Ayat 4 ini saya dengar ada banyak gelaran namun dari cerita guru saya bahawa kiai Salleh sering sebut 3 gelaran sahaja :

1) amalan perisai diri iaitu nama rasmi yang dipanggil untuk amalan ini.
2) ayat 4, sebutan ringkas pada ilmu ini kerana ada 4 ayat yang disusun pada amalan tersebut
3) ayat perang, kerana merupakan ilmu atau ayat yang digunakan dalam peperangan 

namun tidak mustahil sekiranya ada nama-nama lain untuk amalan ini yang saya tak tahu.

Satu ketika semasa saya masih belasan tahun, semasa tengah belajar silat saya bertanya kepada guru saya "Cikgu kalau apa-apa terjadi pada orang Melayu macam mana cikgu kerana sekarang ni dah tak ramai orang amal ayat 4 lagi, zaman dulu ada kiai Salleh?" kata guru saya "takpe, abang saya ada (abang guru saya tu adalah murid kanan kiai Salleh) dan kalau abang saya takde, saya ada". dan saya bertanya lagi "kalau cikgu takde, siapa ada?" masa tu guru saya terdiam, agaknya dia fikir ilmu ayat 4 yang dia ada pun belum diturunkan pada sesiapa.

Pernah satu hari ketika belajar di pesantren ada seorang Maulana Mahaguru dari perguruan tua Indonesia yang datang mengajar, ketika itu saya belum menjadi guru lagi, masih bodoh-bodoh lagi, saya bertanya soalan "tok masa zaman dulu orang Melayu bermasalah kiai Salleh ada, kalau zaman sekarang ni masalah macam mana tok, orang Melayu yang ada ilmu ayat 4 pun tak ramai" kata Mahaguru tua tu "takpe kamu ada" saya rasa frust lah kerana soalan saya dijawab dengan gurauan sedangkan saya nak tau kalau apa-apa berlaku siapa yang boleh dirujuk untuk memimpin, kerana frust, saya pun menjawab dengan gurauan juga "saya mana layak tok" tiba-tiba mahaguru tua tu berkata "mana kamu tau kamu tak layak?" 

Perbualan tersebut tamat disitu tanpa ingat apa-apa lagi, tapi selepas 20 tahun berlalu sekarang saya tahu kata-kata gurauan mahaguru tua itu bukan macam kita orang biasa bergurau tapi gurauan dia penuh dengan bacaan perimbon dan tajul muluq dan saya sendiri tidak terfikir 20 tahun selepas dia tanya 'mana kamu tahu kamu tak layak" sekarang saya sendiri menyambung jihad menyampaikan selendang merah dan amalan ayat 4 kepada ahli-ahli AKBN dan orang ramai dan cabaran saya bukan senjatapi api seperti yang ditempuh oleh arwah kiai Salleh, tapi cabaran saya ialah "HIBURAN DAN RASA SELESA SERTA MUDAH LUPA" 

salam hormat dari saya Maulana Mahaguru D.P

17 comments:

  1. Terbaik ..tok pdt dgn info skrng2nya dpt thu ttg sjrh zmn kiai salleh... tp masalahnya tu lh org2 kite mudah lupe dgn pnggln khazanah yg brhrga ni...msih lalai & leka sdngkn trbkti nyata ttg prihal2 yg tlh pn brlku pd zmn skunx ni...sdih...insyallah msih blm trlmbt lg mngajak org utk beramal soleh tu pn sebaik2 jihad jgkkn selain dri brprg...?

    ReplyDelete
  2. terima kasih, perjuangan amat luas, setiap guru tidak kira apa pun alirannya, ilmunya, silatnya niatnya cuma satu iaitu perjuangan yang ikhlas krn tidak mahu melihat generasi anak bangsa ditindas dalam bentuk apa sekalipun. kita doakan perjuangan semua guru-guru di Malaysia ni akan berterusan dan mendapat sambutan dari anak bangsa sendiri, insyaallah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih, perjuangan amat luas, setiap guru tidak kira apa pun alirannya, ilmunya, silatnya niatnya cuma satu iaitu perjuangan yang ikhlas krn tidak mahu melihat generasi anak bangsa ditindas dalam bentuk apa sekalipun. kita doakan perjuangan semua guru-guru di Malaysia ni akan berterusan dan mendapat sambutan dari anak bangsa sendiri, insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..masih ramai lagi pengamal ayat 4 ini...teruskan wadah ilmu ini..insyaallah

    ReplyDelete
  5. Saya nk belajar boleh x..mcmn caranya..

    ReplyDelete
  6. Saya nk belajar boleh x..mcmn caranya..

    ReplyDelete
  7. Kat area n9 kat mana sy boleh belajar ilmu ini tuan

    ReplyDelete
  8. Kat mana nak belajar ilmu ni kat n9

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan..bagaimana blh saya hubungi tuan..ismail@allanstark.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tuan..bagaimana blh saya hubungi tuan..ismail@allanstark.com

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..Tuan..saya Kamal dari Pahang..mengenai seledang merah dan ayat 4 nie saya tahu serba sedikit kerana diceritakan oleh ayah saya sendiri..Ayah saya sendiri memiliki selendang merah ini dan diceritakannya selendang milik ayah saya ini terus dari arwah Panglima Salleh kerana arwah atuk saya memiliki pertalian saudara dengan arwah Panglima Salleh, ayah saya juga dahulunya seorang pengajar silat kuntau dan Nasrul Haq..sekarang umur beliau sudah lanjut dn sekadar boleh bercerita sahaja kepada saya serba sedikit tentang sejarah ini, jadi di sini saya ingin meminta dari pihak tuan macam mana boleh saya berhubung dengan waris kepada arwah Panglima Salleh untuk dipertemukan dgn ayah saya kerana tidak mahu pertalian ini putus begitu sahaja dan sekiranya pihak tuan berkesempatan utk bertemu ayah saya untuk berkongsi ilmu yang ada selagi beliau masih ada...terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..Tuan..saya Kamal dari Pahang..mengenai seledang merah dan ayat 4 nie saya tahu serba sedikit kerana diceritakan oleh ayah saya sendiri..Ayah saya sendiri memiliki selendang merah ini dan diceritakannya selendang milik ayah saya ini terus dari arwah Panglima Salleh kerana arwah atuk saya memiliki pertalian saudara dengan arwah Panglima Salleh, ayah saya juga dahulunya seorang pengajar silat kuntau dan Nasrul Haq..sekarang umur beliau sudah lanjut dn sekadar boleh bercerita sahaja kepada saya serba sedikit tentang sejarah ini, jadi di sini saya ingin meminta dari pihak tuan macam mana boleh saya berhubung dengan waris kepada arwah Panglima Salleh untuk dipertemukan dgn ayah saya kerana tidak mahu pertalian ini putus begitu sahaja dan sekiranya pihak tuan berkesempatan utk bertemu ayah saya untuk berkongsi ilmu yang ada selagi beliau masih ada...terima kasih

    ReplyDelete
  13. sebarang info emailkan ke mohdkamal2005@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum YM... ada,no telefon yg dapat sya hubungi

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Assalam...wbt.
    Saya berhajat untuk belajar ilmu ini dari tuan.Bagaimana untuk saya hubungi tuan?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Moga tuan sehat. Dengan izin bolihkah saya mengamalkan ayat 4. Sudi kiranya tuan ijazahkan kepada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete