Thursday, 21 November 2013

CINCIN PETIRAN SAKTI DAN KEGUNAANNYA SIRI 2

Salam sejahtera kepada ahli AKBN dan sidang pembaca. Terlebih dahulu mohon ampun dan maaf kerana telah lama tak dapat update blog ni. Sebenarnya pada tahun lepas 2012 saya telah mohon untuk melepaskan tugasan saya diperguruan nurfateh dibawah naungan sumur 7, kerana ingin menumpukan sepenuh tumpuan kepada AKBN sahaja, hampir 20 tahun bertugas diperguran rasanya sudah sampai masa untuk menumpukan pada keluarga dan AKBN sebab itu lah saya mohon melepaskan tugas dan telah diperkenankan. 

Namun pada tahun ini segala urusan perguruan Nurfateh telah berjaya disempurnakan dibawah pengendalian Sumur Tujuh maka dengan rasminya Perguruan Nurfateh telah dikembalikan semula kepada perguruan asalnya naungannya iaitu Perguruan Magelan Lawi Sakti Karakatua. Apabila Nurfateh telah dikembalikan semula kepada Karakatua maka segala urusan tadbir juga telah dirombak semula tidak lagi menggunakan urustadbir lantikan dari Sumur Tujuh dan segala perlantikan adalah dibawah urustadbir Perguruan Karakatua. Dalam watikah perlantikan dari Karakatua tiba-tiba tersenarai nama saya salah seorang daripada 3 orang yang dilantik ke jawatan Penasihat Agong, satu perkara yang tidak dijangka langsung memandangkan saya telah tidak bertugas lagi diperguruan lebih setahun. Walaupun sebenarnya kita boleh menolak jawatan yang dilantik tersebut namun saya tak mampu berbuat apa-apa kerana malu dengan maulana-maulana pendita yang mengundi dalam perlantikan tersebut. Saya mendapat tahu dalam perbincangan untuk perlantikan jawatan dalam urustadbir baru dibawah Karakatua, wakil-wakil dari perguruan -perguruan lain turut dipanggil oleh Karakatua dalam penilaian dan pengundian dan semasa nama saya dicadangkan untuk menjawat jawatan Penasihat Agong semua wakil-wakil perguruan telah mengangkat tangan mengundi sebulat suara, justeru itu saya terfikir juga sedangkan saya yang telah setahun lebih tidak bertugas dalam perguruan masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang satu jawatan yang tinggi jadi sekiranya saya menolak jawatan tersebut bererti saya tidak menghargai kepercayaan pendita-pendita yang memilih sedangkan mereka semuanya dari perguruan lain bukannya saya kenal pun. Bermula dari perlantikan tersebutlah saya mula agak sibuk dan huru-hara semula kerana terpaksa membahagikan tugas perguruan, tugas AKBN, tugas sebagai ketua keluarga dan sebagainya sehinggakan tidak berkesempatan untuk update blog ni. Seperkara lagi yang membuat saya amat sibuk ialah persiapan untuk menerima Selendang Reangang Genger Rajawali satu selendang dari Bugis kepada AKBN iaitu satu selendang tahap tinggi yang meliputi hampir 2000 kebatinan. Cerita tentang selendang ini akan saya update dalam entri yang lain.

Berbalik kepada cincin petiran sakti dalam siri 2 ini salah satu kelebihannya adalah orang akan nampak tubuh kita besar tinggi ketika kita marah ataupun ketika kecemasan dan penumbuk kita lebih besar pada pandangan mata mereka walaupun yang sebenarnya orang / musuh tersebut adalah lebih tinggi dan besar dari kita. Pernah satu ketika semasa saya pergi melontar jamrah, biasanya walaupun orang ramai dan berpusu saya dapat menyelesaikan dengan mudah dan tanpa masalah, tapi pada satu haritu kalau tak silap saya hari yang terakhir melontar jamrah, saya pergi melontar jamrah yang ke dua, seperti biasa selepas melontar saya tidak akan berpusing untuk keluar dari kumpulan orang ramai kerana takut terkena peluru sesat atas dahi tak usah banyak kalau kena seketul pun muai dah dapat telur sebiji kat dahi. Jemaah haji dari negara lain mereka tak seperti jemaah Malaysia yang cool, mereka biasanya emosional kadang-kadang mereka marahkan setan tu bukan batu aje yang mereka lontar, apa je yang terfikir nak lontar mereka lontar kadang-kadang selipar pun terbang, kadang-kadang botol pun boleh terbang, kerana terlalu marah dengan syaitan mereka baling botol dan botol tu landing dekat jemaah yang paling depan, bertelur lah kepala, mereka puas hati dapat baling syaitan dengan botol rupa-rupanya syaitan bukan didepan, syaitan dan iblis dalam hati mereka menghasut dan membakar hati mereka agar mereka baling botol dan batu-batu besar penumbuk biar jatuh ke kepala jemaah dihadapan, maka berderai lah ketawa iblis dan syaitan kerana berjaya memperdaya manusia dan berjaya mencederakan jemaah yang lain.   

Kembali kepada kisah saya tadi apabila selesai sahaja melontar saya pun tunduk dan berundur secara gostan sampai dapat keluar dari kumpulan orang ramai tadi barulah saya akan berpaling kebelakang untuk meneruskan perjalanan ke jamrah yang ketiga, tiba-tiba saya tergamam dan terkejut kerana apabila saya berpaling sahaja saya terlihat dihadapan saya sekumpulan jemaah haji lelaki dan perempuan dari Arab yang ramainya sekitar 10 - 15 orang yang sedang meluru dengan laju menuju kepada saya dalam jarak beberapa depa sahaja, tiba-tiba saya pun berkata dalam hati "habis aku kalini" namun kita orang melayu adat pendekar melayu biar mati melawan jangan mati kena pijak macam haiwan, lalu sepantas kilat saya menyilangkan beg saya kebelakang dan terus memasang kuda-kuda dengan kejap dan kukuh, masa tu saya nekad sampai aje Arab ni aku bedal, dengan kuda-kuda dan kaedah pasang menunggu pukulan 7 hari, memang sure punya siapa sampai dulu dia kena bedal dulu tak kisah lah Arab ni besar dua kali badan saya. Dalam jarak 2 depa dan hanya jarak tak sampai seminit dari mula-mula saya berpaling tadi tiba pak Arab yang berada paling depan sekali menjerit sekuat hati dalam bahasa Arab seolah-olah berteriak kepada yang lain, dengan sepantas kilat Arab-arab didepan saya tu masing-masing melompat ada yang tarik bini dan ada selamatkan diri sendiri, dalam sekelip mata ruang hadapan saya kosong takde satu manusia pun, dan Arab yang mula-mula menjerit tadi terus datang dari arah kiri saya dan terus menepuk bahu saya berkali-kali sambil bercakap dalam bahasa Arab, satu habuk pun saya tak faham melainkan perkatan Haji  jelah yang saya tahu yang dia maksudkan diri saya, namun pada ketika itu saya masih dalam keadaan memasang kuda-kuda dan menunggu dalam gerak pukulan 7 hari. Selepas pak Arab itu meninggalkan saya maka saya terus sahaja beredar untuk melontar jamrah yang ketiga sambil tersenyum macam tak percaya pulak dengan peristiwa tersebut sambil berbunga-bunga dalam hati dengan kereknya saya cakap "he he he handal juga aku ni, arab pun takut" namun bukanlah riak saja melawak untuk hilangkan suspen kejadian tersebut.

Sebenarnya pada waktu-waktu kecemasan dan terdesak sememangnya berkat amalan kebatinan yang ada , insyallah orang akan perasan yang tubuh kita besar dan tinggi sehinggakan orang yang lebih besar dan tinggi pun akan merasa gerun kepada kita dan merasa diri mereka lebih kecil dari kita dan kebatinan ini ada dalam cincin petiran sakti dan letaknya pada zikir "Bismillah hirahma nirrohim Munakhir..... sehingga selesai".

Beberapa malan yang lepas, ada orang yang sms saya dan menyatakan kelebihan-kelebihan yang saya nyatakan dalam blog koleksi-akbn.blogspot.com  dan cerita-cerita saya dalam blog ini tentang pengalaman-pengalaman saya dalam alam perguruan adalah cerita yang saya reka-reka sahaja, maksudnya saya sengaja membuat pelbagai cerita menarik untuk menyakinkan orang ramai tentang barangan AKBN. Sebenarnya pada saya tidak perlu untuk saya mereka-reka cerita kerana AKBN telah ujud lebih 10 tahun dan kepada ahli-ahli AKBN yang pernah berpeluang datang ke Muar mereka bukan sahaja pernah bertemu saya di Muar malah mereka juga pernah saya bawa ke pesantren perguruan untuk merasai kehidupan sebagai orang perguruan, pernah melihat pesantren perguruan dan pernah sama-sama menyaksikan kelebihan kebatinan barang-barang perguruan. Kalaupun saya nak mereka-reka cerita mana mungkin saya dapat mereka-reka sebuah pesantren untuk saya menipu orang ramai yang hadir tu, Ahli-ahli AKBN yang hadir pada malam tersebut pun dah hampir 200 orang. 

Kepada ahli yang jauh pula mereka pernah bertemu saya di Sabah, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka dan tempat-tempat lain semasa saya berjalan-jalan dan berkesempatan bertemu ahli-ahli AKBN. Jika saya ingin menipu dan mereka-reka cerita mungkin saya boleh menipu dan mereka-reka cerita untuk satu masa dan satu dua orang lepas itu saya tak boleh lagi tinggal di Muar ni kerana pasti orang akan cari saya dan belangkong saya tapi sejak saya mula mengajar untuk murid saya yang pertama sehinggalah hari ini saya masih di Muar tidak kemana-mana, tak lari pun dan tak nyorok pun dan tak tukar namapun. Nama AKBN yang saya guna dulu masih saya kekalkan hingga hari ini walaupun selepas penambahan perkataan seni silat selayang cahaya dan insyallah perjuangan saya hingga akhir hayat. Ahli-ahli AKBN pun ramai yang datang Muar menziarah saya disini. Matlamat saya hanya satu iaitu bersama-sama dengan semua guru-guru ilmu kebatinan, semua guru-guru silat, semua pejuang-pejuang bangsa tak kira apa pun aliran, persilatan,  nama pertubuhan dan pegangan serta perinsip mereka yang penting kita sama-sama berjuang menyampaikan ilmu pada anak bangsa kita orang melayu agar mereka semua menyediakan payung sebelum hujan kerana hujang ribut dan petir itu pasti berlaku cuma masanya belum tahu jangan sampai kita belum bersedia sehingga terpaksa bergeruh dilaman sendiri. Wasallam. Mahaguru D.patinggi      

No comments:

Post a Comment