Assalamualaikum buat murid-murid yang dikasihi dan rakan pembaca.
Sebenarnya saya tidak bercadang untuk menulis tentang keris sumbi sakti kerana keutamaan dan senarai cerita yang nak saya tulis ada yang lebih penting untuk dikongsi dengan pembaca, tetapi saya terpanggil untuk menulis tentang sumbi sakti ni kerana sms yang saya terima malam tadi dari seorang ahli lama Akbn. Dibawah ini saya taip semula sms kami untuk tatapan kita bersama.
"salam dato, saya Muhd Wee, ini pengalaman saya, ada seorang kawan yang juga pandai hal-hal ghaib, nak melihat keris sumbi sakti, sebaik saja dia menyetuh keris kecil tersebut tiba-tiba dia terpelanting dan dia tidak lagi berani menyentuhnya"
saya rasa saya perlukan kepastian lalu saya membalas mesej tersebut:
"salam Mohd Wee, maaf lambat balas, tentang pengalaman kamu tu, yang terpelanting tu, keris sumbi tu ke atau kawan kamu tu"
balasnya:
"kawan saya yang terpelanting, dia kata macam terkena elektrik, dia pun tak berani sentuh sampai sekarang"
sms saya kepadanya lagi:
"oh itu tendangan ayat 5 yang ada pada kebatinan keris sumbi sakti, mungkin kawan kamu tu ada menggunakan ilmu khadam sebab tu jadi macam tu. Kita doakan dia berubah satu hari nanti. Untuk kamu saya akan berikan zikir untuk tambahan kekuatan tendangan pada kamu"
lalu saya smskan zikir kebatinan sapu angin dan tendangan jarak jauh kepada ahli tersebut untuk meningkatkan kekuatan kebatinan keris sumbi yang telah dicapainya.
Kepada ahli-ahli Akbn sekiranya terlupa tentang perguruan sumbi sakti yang beri saya keris kecil tersebut maka ingat-ingatlah keris taming sari, nanti pasti kamu teringat semula cerita tentang keris sumbi sakti dan kaitannya dengan keris taming sari milik Hang Tuah itu, dan pastinya kamu teringat pula tentang batu selayang cahaya dan kaitannya dengan Hang Tuah lima bersaudara. Tidak ada mana-mana orang pun di Malaysia ni yang mendapat keris sumbi sakti untuk dimaharkan kecuali akbn dibawah naungan nurfateh itu dekri dari perguruan sumbi sakti Indonesia, saya membaca juga blog-blog dan facebook orang lain yang ada menjual keris sumbi sakti, sudahlah ayat-ayat dalam blog tu adalah kata-kata saya disalin dan ditampal semula dalam blog dan fb mereka, selepas itu mereka ambil pulak keris dari tempat-tempat lain dan diisi dengan khadam jin dan dijual kepada pembeli dan menyatakan itu keris sumbi sakti, saya tak marah sedikit pun kerana itu cara mereka mencari rezki dan itu hak mereka cuma saya simpati dengan pembeli-pembeli lah sudah lah dapat keris sumbi yang bukan sumbi, diletakkan pulak khadam jin, nanti merosak diri dan keluarga dan terpaksa pula membayar mahar yang lebih mahal dari keris sumbi original yang saya sendiri tawarkan.
Pendek kata kalau ada orang beli keris sumbi sakti dari saya sekali pun dan kemudiannya pembeli tersebut menjual pula pada orang lain maka dengan serta merta pihak perguruan mematikan kebatinan pada keris tersebut maka yang diperolehi oleh pembeli baru hanyalah keris kosong yang tidak ada apa-apa khasiat kerana ijazah kebatinan sumbi sakti itu hanya dilafazkan oleh saya selaku wakil mahaguru yang mempunyai hak mewakilkan perguran nurfateh dan perguruan sumbi sakti menyampaikan kebatinan sumbi sakti pada orang ramai, jadi kepada pembeli yang membeli barang akbn seperti keris sumbi dan lain-lain cuba bertanya pada diri sendiri pernahkah dilafazkan oleh saya mengijazahkan kebatinan? kerana kalau kamu tak mohon maka saya diamlah, dan kalau kamu tanya saya boleh guna barang ini? saya jawab OK, kalau kamu cakap "saya minta izinkan untuk gunakan barang ini" saya akan cakap "saya izinkan" dan kalau kamu cakap "saya mohon ijazah untuk menggunakan barang ini" saya pasti akan jawab "dengan lafaz Bismillah hirrahma nirrohin saya ijzahkan dan saya izinkan untuk kamu" maka pada ketika itu juga wakil dari perguruan akan membawa nama kamu ke perguruan dan mengesahkan bahawa kamu layak, telah dibenarkan dizinkan dan telah diijazahkan oleh saya. Bagaimana pulak pembeli yang membeli barang tiruan? kononnya dari akbn, saya tak dapat nak ulas bab ini, cuma tumpang simpati sahaja.
Kepada ahli-ahli akbn yang rasa ragu-ragu cerita keris sumbi sakti diatas, atau rasa saya sengaja mereka-mereka cerita boleh lah hubungi saya untuk mendapatkan no telefon Mohd Wee tu, tanya dia sendiri perkara tersebut betul-betul berlaku ataupun mahaguru d.patinggi yang mereka-reka cerita diatas macam tuduhan seorang pembaca blog pada saya minggu lepas.
UNTUK AHLI AKBN SAHAJA.!
Kepada semua ahli akbn saya ingatkan dengan tegas disini bahawa apa jua yang berlaku bukanlah kerana keris, cincin, batu, selendang atau barang-barang tu ada kuasa. TIDAK SAMA SEKALI. semua itu tidak ada apa-apa. semua barang kebatinan adalah lantaran semata-mata, yang ada kelebihan adalah surah dan zikir yang saya berikan semasa kamu menerima barang kebatinan tersebut dan kamu amalkan, sewaktu terdesak atau kecemasan maka ALLAH izinkan atas kita dan kita beroleh kelebihan tersebut atas pertolongan Allah semata-mata. INGAT jangan sekali-kali kita percaya pada barang kononnya mempunyai kuasa dan jangan sekali-kali kita memohon bantuan pada khadam kerana semua perbuatan tersebut adalah syirik dan dosa syirik tidak akan terampun melainkan taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut. Sila rujuk alquran surah Al-Jin untuk pengesahan. wasalam.
keris sumbi dan kayu sumeng ajeng durajat tu berapa harganya tuan?Saya nak mohon dapatkan pelet pengasih,tapi tak tahu mana satu nak pilih minyak atau batu.saya ni bujang terlajak tua he he .yelah sekadar usaha ,semuanya takdir jodoh dari tuhan.kita usaha aje betul kan tuan?atau tuan boleh buatkan pengasih ampuh khas utuk pesanan.Ada yang kata muka tak seri lah..,kena badi mayat lah,kena sengkolo sial,atau terlalu pemalu dan penakut nak dekat perempuanlah...apa pun saya harap tuan sudi buatkan satu.aslamalaikum.
ReplyDelete