Monday, 23 September 2013

CINCIN PETIRAN SAKTI DAN KEGUNAANNYA - PASAK LORONGAN





Assalamualaikum ahli-ahli AKBN dan pembaca sekelian, kepada pembaca yang pernah membaca mengenai cincin petiran sakti mungkin perasan yang saya ada menyatakan bahawa kegunaan cincin petiran sakti ini banyak dan hanya sebahagian dari kegunaan utamanya sahaja yang dapat disenaraikan didalam risalah / blog, jadi sebahagian lain yang belum diberitahu akan saya ceritakan dalam blog ini dari masa kesemasa jika ada masa lapang, insyaallah.

Untuk siri pertama kali ini saya akan menulis tentang Pasak Lorongan iaitu satu kelebihan yang ada pada cincin petiran digunakan untuk membuka lorongan (laluan) apabila kita berada didalam kecemasan misalnya terperangkap ketika rusuhan, ketika berhadapan  dengan orang besar contohnya temuduga juga kita boleh gunakan ketika kita berhadapan dengan musuh yang mempunyai pendinding yang kukuh dan ampuh yang sukar untuk ditembusi ketika membuat pukulan jarak jauh dimana dengan pasak ini kita akan membuka satu lorongan laluan yang akan mengasingkan ilmu dan pendindingnya ketepi untuk seketika bagi memberi laluan untuk kita membuat serangan atau pukulan jarak jauh.

Satu masa dulu ketika saya pergi menunaikan haji, dikatakan waktu itu adalah haji akbar jadi orang-orang dari sekitar tanah arab dan penduduk tempatan semuanya akan keluar turut buat haji juga jadi keadaannya amatlah ramai dan agak tegang, jadi masa saya mula-mula turun untuk mengerjakan tawaf untuk pertama kali memang agak terkejut beruk bila tengok keadaan disekeliling kaabah masa tu, bukannya saya terkejut tengok kaabah kerana bila terpandang sahaja kaabah sudah terlalu bersyukur yang amat sangat, tapi saya terkejut tengok sikap para jemaah dari negara-negara lain yang amat kasar sampai terfikir juga fikiran serong saya "ni nak tawaf ke nak perang" kerana macam tak percaya kalau nak beribadah pun apakah perlu menyakitkan sesama Islam, syukurlah jemaah haji dari Asia Tenggara amat berdisiplin dan sopan.

Jadi semasa nak masuk tawaf kami semua berkumpul lah dipinggir tempat bermula tawaf dan kami semua dipesan agar berpandukan bendera yang dibawa, apabila kami masuk sahaja ke kumpulan jemaah yang sedang tawaf tu terus je kumpulan kami yang paling hadapan dirempuh oleh jemaah dari negara-negara yang berbadan besar dan ganas tu dan terus hilang dari pandangan saya dengan bendera pun saya tak nampak lagi yang dengar cuma suara perempuan menjerit kesakitan, kerana kebetulan saya berada paling belakang dalam kumpulan tersebut jadi saya cepat-cepat berundur tak jadi tawaf, ingatkan berani rupanya penakut gek saya ni he he he.. saya terus masuk kedalam masjidilharam dan memerhatikan kumpulan jemaah haji yang sedang tawaf tu sambil konon-konon nak sedapkan hati bercakaplah "takpe tunggu kejap lagi oklah tu" rupa-rupanya selang beberapa minit selepas tu orang makin ramai dan semakin sesak, saya dah mula tak keruan memikirkan "mana ni makin ramai lak" lalu tiba-tiba saya teringat pesan guru saya Mahaguru Maulana Raden Dirun  "kalau kau masalah kat sana kau pasak aje" pesan guru saya tu sebenarnya kalau bermasalah contohnya ada rusuhan ke ada yang tak keana ke bukannya masalah nak buat tawaf atau nak beribadah tapi kerana saya ni pandai lagi kreatif mengolah pesanan guru maka saya pun kata pada diri sendiri "haa ini pun masalah gek kira boleh guna ler tu" he he he apa lagi saya pun bingkas bangun dan terus guna kebatinan pasak lorongan ni dan terus je dengan tenang dan yakin turun untuk mengerjakan tawaf, masuk je kedalam kumpulan jemaah yang sedang bertawaf tersebut apalagi kumpulan-kumpulan jemaah haji dari Turki, Afganistan, Afrika dan Pakistan yang memang terkenal dengan brutal tu, mereka pun datang merempuh saya, setiap kumpulan yang merempuh tu bila melanggar saya pastu saya akan rasa mereka yang melayang, jika jemaah haji dari Turki pulak mereka nak buat tawaf sebijik macam polis nak suraikan rusuhan  dimana setiap orang akan mencangkuk tangan rakan mereka kuat-kuat dan berjalan beriringan tak kira apa dihadapan mereka rempuh sahaja janji pegangan tangan tadi tidak terlepas antara satu sama lain. Tapi malang sungguh adalah satu kumpulan jemaah dari Turki yang buat sistem tu telah merempuh saya yang berada didepan mereka, bayangkan satu kumpulan terdiri dalam 10 orang lelaki dan perempuan yang berbadan besar sambil mencangkuk tangan satu sama lain merempuh saya tapi alhamdulilah kalau mereka beribadah dengan cara brutal macam tu saya pun brutal juga dengan pasak lorongan, jadi apalagi bila saja mereka merempuh saya dari belakang tiba-tiba saya terdengar salah seorang jemaah wanita dari kumpulan tersebut tiba-tiba menjerit dan bila saya toleh kebelakang kumpulan yang merempuh saya tadi tu pulak yang telah berpecah hilang cangkuk mencangkuk tangan mereka dan hilang brutal mereka setelah mereka merempuh berpuluh-puluh orang yang dihadapan mereka kini giliran mereka pulak yang berpecah. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan tawaf saya pada hari itu sambil melihat pelbagai pemandangan yang menyedihkan bila nampak jemaah-jemaah wanita dari Indonesia yang dipijak dan dirempuh tapi apakan daya saya pun tak mampu nak membantu, bukan boleh tunjuk hero, saya sendiri pun dengan pakaian ihram silap-silap tertanggal semua jadi wayang 18sx pulak kang, jadi jaga diri sendiri sudahlah.

Pada malam esoknya ketika makan malam ditempat penginapan saya sambil makan sambil mendengar cerita-cerita dari jemaah lain tentang keadaan malam semalam yang agak tragis dengan siri rempuhan dari jemaah negara lain, tiba-tiba dalam memasang telinga tu terdengarlah orang bercerita, katanya "malam tadi tu ada budak muda dari malaysia (of course lah budak muda saya baru 29 tahun masa tu) steady betullah budak tu, orang rempuh dia orang tu yang tercampak, saya nampak dia depan saya datang satu kumpulan orang rempuh dia orang yang ramai tu yang tercampak bukan budak tu" kata-kata orang tu jelas kerana tak jauh dari saya dan kebetulan saya yang tengah menyuap nasi masa tu jadi kembang dalam hati sambil berkata-kata dalam hati "saya le tu orangnya" he he he kata orang Muar kerek sikit lah maklumlah masa tu masih mudah belum pandai sangat kawal hati, tapi kerek dalam hati je tak riak pun...

Kerana berjaya menggunakan pasak pada masa tu jadi terlebih-lebih lak saya ni sampai dah salah guna pulak sehinggakan kalau nak solat sunat di raudah pun saya pasak dulu mohon lorongan sehinggakan raudah yang kecil dan berebut-rebut dengan ribuan jemaah pun kalau saya nak solat pasti ada tempat kosong tidak dimasuki orang lain kerana dah kena pasak dulu lah tu, ni dah kira tersalah guna ilmu ni sampai last sekali masa nak naik flight balik malaysia pun saya pasak tempat duduk yang saya hajatkan sehinggakan seat yang saya nak tu takde orang duduk walhal saya diantara orang yang masuk last kedalam kapal terbang tapi takde sorang pun yang duduk kat seat tu. Mungkin juga kebetulan kot orang tak perasan seat tu.

Namun perbuatan saya yang suka-suka guna ilmu ni bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan contoh dalam kita mengerjakan ibadat jadi kepada pembaca dengan rendah diri saya berharap jadikanlah pengalaman saya ini sebagai sempadan jangan diikuti kerana seeloknya kita beribadah biarlah dengan tubuh dan jiwa yang kosong seikhlasnya kerana Allah, tak perlulah menggunakan ilmu dan kebatinan untuk membantu kepentingan diri, perbuatan saya ini satu kesilapan dan telah saya kesali cuma sekadar bercerita berkongsi pengalaman sahaja. Teguran pada saya juga hadir dari guru saya sendiri dimana pada ketika itu saya berada dipadang arafah, ketika sedang berzikir tiba-tiba saya rasa seperti terlelap sekejap dan bermimpi guru saya Mahaguru Tua Maulana Haji Sulaiman dan anaknya Puteri Ani datang kepada saya berdiri depan saya dan terus memberi salam "assalamualaikum!" saya terus menjawab "waalaikumussalam tok" dia pun berkata "engkau ni, pergi haji dengan tak pergi haji sama aje" lepas tu dia pun memberi salam dan terus berlalu, ketika itu saya terus terjaga, terlelap yang tak beberapa minit dan terus bermimpi membuatkan saya terus berdetik dalam hati "alamak tok ayah datang tegur aku lah" perkara itu terus saya simpan dan tidak diceritakan namun sentiasa bermain-main dalam fikiran sehinggalah pada satu hari selepas balik ke Malaysia saya dapat idea macam mana nak tahu jawapan yang sebenar, jadi pada satu malam ketika kelas di pesantren kebetulan pada malam itu  Maulana Haji Sulaiman yang mengajar jadi saya pun saja nak pasang perangkap nak tau kebenaran sebenarnya, jadi semasa dia abis mengajar dia tanya ada apa-apa soalan? saya segera angkat tangan dan berkata "tok terimakasih lawat saya kat mekah" dengan selamba dia menjawab "sama-sama" dan terus menjawab soalan dari orang lain, dalam hati saya sah! orang tua ni datang malam tu, kalau tidak, pasti dia bertanya kembali apa maksud saya tadi, ini muka dia selamber je siap cakap sama-sama lagi, lagi pun dia kalau nak pergi Mekah tu sekelip mata dah sampai bukannya nak ambik tiket kapal terbang,  perhh kantol aku.

Insyallah dimasa-masa akan datang akan saya terangkan satu persatu  puluhan lagi kelebihan-kelebihan lain yang masih terpendam pada cincin petiran ini.

Wasalam, Maulana Mahaguru D.patinggi

Wednesday, 11 September 2013

PANDUAN MENGAMALKAN AYAT 4

Assalammualikum dan salam sejahtera kepada ahli-ahli AKBN, jemaah selendang merah dan pembaca sekelian.

Sebelum saya memberikan sedikit panduan kepada ahli-ahli AKBN tentang kaedah mengamalkan ayat 4 terlebih dahulu saya ingin menyentuh tentang pertanyaan ramai mengenai syarat-syarat dan pantang larang mereka yang mengamalkan ayat 4 ini. Kepada ahli-ahli AKBN yang berminat dan kepada jemaah selendang merah saya memberi jaminan disini bahawa tidak ada syarat-syarat untuk memiliki selendang merah dan mengamalkan ayat 4 kecuali amalkanlah dengan ikhlas kerana Allah dan jangan sekali-kali kita beramal kerana mengharapkan sesuatu misalnya ingin hebat dan kuat, ingin handal dan ingin ada kelebihan seperti yang sering diceritakan orang ramai kerana jika kita beramal kerana sebab-sebab selain dari mencari keredaan Allah maka amalan tersebut menjadi sia-sia dan tidak mendapat pahala. Begitu juga dengan pantang larang sebenarnya tidak ada pantang larang yang diletakkan cuma apabila kita menuntut ilmu apatah lagi jika ilmu yang berlandaskan zikir-zikir dan kalimah maka haruslah kita jaga kesuciannya sebagai contoh jika kita menerima satu wafak dari seorang guru atau orang alim dan wafak itu tertulis ayat quran maka pandai-pandai lah kita jaga jangan sampai dibawa masuk kedalam tandas, itu bukannya pantang larang tapi sekadar panduan dari mana-mana guru sekalipun agar kita menjaga kesucian kalimah.

Sebenarnya banyak pantang larang dan syarat-syarat yang saya dengar dari pelbagai orang yang bercerita tentang ayat 4 ini namun bila saya tanya siapakah yang memberikan syarat dan pantang larang tersebut? kebanyakan mereka tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas melainkan mereka berkata "saya dengar orang cakap tok, tapi saya tak tau pulak dia dapat dari mana". ok, sedikit panduan dari saya, seingat saya semasa saya belajar dahulu guru saya cakap arwah kiai Salleh hanya pernah beri beberapa ingatan sahaja dan tak pernah dia katakan ingatan tersebut sebagai syarat dan pantang larang, diantaranya:

1.arwah berpesan jangan sekali-kali mengambil apa-apa harta atau barang musuh ketika peperangan kecuali senjata. Tujuan arwah memberikan ingatan tersebut ialah agar para pejuang tidak hilang fokus ketika pertempuran. Bayangkan ketika itu kehidupan orang Melayu sangat daif apatah lagi telah berhadapan dengan perang Jepun hampir 4 tahun lebih maka mereka semua amat lah susah, andainya ketika semasa pertempuran ada seorang pejuang yang terjumpa duit musuh katalah RM50, maka jika dia ambil tentulah dia dapat RM50, namun pejuang-pejuang lain pasti akan cemburu dan nak juga, akhirnya semua orang setiap kali jumpa musuh akan geledah poket musuh untuk mencari harta akhirnya semua pejuang akan hilang tumpuan, menjadi leka dan mudah menjadi sasaran peluru musuh, Saya rasa mungkin arwah menjadikan peristiwa perang Uhud sebagai pengajaran.

2.arwah juga berpesan jangan terbatal wuduk ketika pertempuran, jika ada yang terbatal segeralah berwuduk semula. Tentang bab wuduk ini tidak lah pula diterangkan mengapa disuruh berbuat demikian namun saya secara peribadi berpendapat diantara sebab disuruh mengekalkan wuduk ialah untuk mengawal kemarahan dimana kalau kita rujuk hadis, ada diantara hadis yang menyatakan rasulullah berpesan jika kita marah maka segeralah berwuduk kerana iblis itu dijadikan dari api dan dengan berwuduk dapat memadamkan api kemarahan, ertinya arwah mahukan para pejuang keluar berjihad dengan tenang dan ikhlas kerana agama Allah dan bukannya kerana nafsu amarah mahupun dendam dan sekiranya ada yang gugur ketika bertempur setidak-tidaknya mereka gugur dalam berzikir dan berwuduk. Wallahualam, ini adalah pandangan peribadi saya dan sekiranya saya tersilap saya mohon maaf terutamanya kepada guru-guru tua pewaris ayat 4 dan selendang merah yang mungkin lebih arif dari saya.

3.arwah tidak gemar kepada mereka yang mempunyai dampingan / khadam untuk turut bersama keluar berjuang bersama dia, kerana menurut guru saya ketika arwah membawa bersama-sama sekumpulan pejuang memburu Mat Indera, ada bersama dalam kumpulan tersebut seorang yang handal dan terkenal kerana ilmu yang tinggi dan mempunyai ramai kawan-kawan dari alam ghaib, apabila mereka masuk kehutan menjejaki Mat Indera, orang yang handal tersebut sering "keturun" kerana dampingannya turut sama nak glamour supaya menarik perhatian ramai yang ada dalam kumpulan tersebut, jadi arwah pun naik boring dan suruh je dihantar balik orang tersebut kerana kata arwah menyusahkan saja baik-baik nak cepat cari Mat Indera jadi lambat pulak kerana asyik dan membetulkan dia.

Selain dari itu saya juga ditanya tentang kononnya ada syarat-syarat lain misalnya tidak boleh meninggalkan solat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi, tidak boleh berzina dan sebagainya, komen ringkas saya disini, perkara tersebut tidak ada dalam syarat dan pantang larang pengamalan Ayat 4 kerana guru-guru yang mengajar sering berpesan kepada murid-murid mereka tentang perkara-perkara diatas menyebabkan murid-murid berpendapat perkara-perkara itu adalah syarat dan pantang larang sedangkan yang sebenarnya perkara tersebut adalah tanggung jawab guru untuk berpesan-pesan dan hakikatnya solat telah difardhukan semenjak Israq mikraj lagi dan larangan-larangan dari melakukan dosa-dosa besar telah ditetapkan Allah sejak zaman Nabi lagi dan bukannya kerana kita mengamalkan ilmu kebatinan.

Panduan ringkas mengamalkan ayat 4

1.kepada yang berkemampuan amalkan setiap subuh dan magrib, yang kurang kemampuan dapat sekali sehari pun jadilah, yang tidak berkemampuan memadailah satu dua kali dalam seminggu asalkan jangan ditinggalkan dan yang berkemampuan (dari segi kewangan) tapi tidak kemampuan (dari segi amalan) dapatkanlah dahulu selendang merah dan amalan ayat 4 ini, agak-agak satu hari nanti bila darurat, musuh dah depan rumah setidak-tidaknya kita masih sempat lagi ambil risalah AKBN ni dan baca manalah tau dengan izin Allah kita diselamatkan dengan cepat atau pun kita "ditamatkan" dengan cepat he he he kira oklah tu daripada ditangkap dan diseksa berbulan-bulan baru ditamatkan!. Akhir sekali kepada yang tidak kemampuan kewangan dan tidak kemampuan amalan memadailah memberikan sokongan dan doa kepada kami kerana sokongan dan doa itu juga sekecil-kecil jihad dan adalah juga mendapat pahala apabila menjadi orang yang  mengembirakan hati orang lain.

2.berbeza dengan amalan AKBN yang lain yang bebas, amalan ayat 4 ini disarankan diamalkan dalam keadaan berwuduk dan duduk setempat, sebaiknya selepas solat jika secara individu atau selepas membaca yasin jika berjemaah

3.duduk bersila dalam keadaan yang tegap dan mendada, amalan ini ialah amalan ilmu perang jadi janganlah duduk lemnbik atau duduk santai dengan dada melengkung macam orang nak tidur. Biarlah khusyuk dan tawadduk bukannya tunduk dan terduduk

4.bacaanya jelas kedengaran sekurang-kurang oleh telinga sendiri dan jangan di baca dalam hati

5.zikirnya betul, perlahan, tidak laju atau kelam kabut

6.ayatnya dizikirkan dengan penuh bersemangat, penuh ketegasan dan alunannya  keras, bersesuaian dengan statusnya sebagai ayat perang jadi janganlah dizikirkan dengan lembik, meleweh-leweh dan berlagu-lagu macam nak tidurkan baby takut yang berzikir pulak yang tertidur. Sebenarnya zikir ayat 4 ini jika dizikirkan dengan keras dan bersemangat, sesiapa orang yang diluar bilik jika terdengar dengan automatik akan berdiri bulu roma dan naik semangatnya apatah lagi jika dizikirkan secara berjemaah / ramai-ramai, orang bukan Islam jika terdengar tiba-tiba jiwa mereka rasa gerun dan takut akibat dari aura yang ada pada ayat tersebut, dan ada juga yang rasa seperti rumah bergegar kerana pada zaman dahulu rumah dan surau diperbuat dari kayu sehinggakan mereka dapat merasakan gegeran bangunan tersebut

Aura yang dirasai jika diamalkan mengikut panduan diatas

1.seluruh badan terasa meremang, merinding, meretip-retip
2.muka dan telinga terasa sejuk dan berbera-bera
3.aliran hawa sejuk seperti air batu mengalir dari tengkukturun ketulang belakang dan menyelerak ke bahu
4.berdiri bulu roma, mata rasa ingin tertutup kerana khusyuk
5.terasa berasa semangat seperti nak bangun / rasa nak berdiri / rasa nak melenting
6.rasa tubuh badan sedikit-sedikit terangkat dan akhirnya rasa seolah-olah terapung dari tempat duduk
7.bilik atau tempat kita berzikir itu tiba-tiba berasa gelap seolah-olah lampu terpadam dan perlahan-perlahan terasa hanyut akhirnya kita berasa kita berada ditempat lain bukan lagi didalam bilik tersebut.

#nak cepat rasa aura2 diatas, buat zikir sambil pejam mata.

kepada jemaah selendang merah AKBN yang mendapat tanda-tanda tersebut sila sms saya dan nyatakan tanda yang diperolehi. cubalah berusaha sehingga mendapat rasa aura no 5, 6 dan no 7 diatas.

semoga berjaya, doa ikhlas dari saya Maulana Mahaguru.

Tuesday, 3 September 2013

GELARAN AYAT 4 (SELENDANG MERAH)

Assalamualaikum, kepada pembaca, kepada ahli-ahli AKBN terutamanya kepada ahli AKBN yang menyandang selendang merah dan ilmu ayat 4.

Terasa pagi ini nak cerita tentang ayat 4 pulak kerana teringat zaman kanak-kanak dan zaman remaja . Sebelum tu biar saya beritahu seingat saya ilmu selendang merah ni ada 3 bahagian iaitu :

a) selendang merah itu sendiri dimana pada kain selendang (selempang) itu sebenarnya ada pengisian kebatinan dan bukannya suka-suka saya nak potong kain beri kat kamu he he he

b) amalan ayat 4, yang mana amalan ini terdiri dari 3 bahagian iaitu 
    i)tawasul yakni bacaan / sedekah fatiha 
    ii)zikir ayat 4 itu sendiri 
    iii)ayat quran yang diajar oleh arwah kiai salleh untuk menutup / kuncian selepas tamat amalan ayat 4

c)surah yasin (air yasin). Masa saya kecil dulu arwah bapa saya sentiasa simpan sebotol air yasin dalam almari dan sebilah pedang yang tergantung di dinding bilik, pernah saya tanya "abah air dalam botol tu air apa?" ringkas je arwah jawab "air yasin pakai masa perang aje" agaknya malas nak citer kat anak yang tak tau apa-apa ni..

semasa saya kecil-kecil dahulu, kebanyakan surau dan masjid di negeri Johor akan mengamalkan dan mewiridkan amalan ayat 4 ini sekurang-kurangnya seminggu sekali secara berjemaah sementara di hari-hari biasa orang-orang kampung hanya mengamalkan sendiri dirumah masing-masing sebagai amalan diri. Tak tau pulak saya zaman sekarang ini jika masih ada masjid atau surau yang masih mengamalkan amalan ayat 4 ini, kali terakhir saya pernah dengar ialah di masjid Kesang (Gate) Muar awal tahun 2000, saya dan kawan-kawan yang ketika itu berhenti untuk solat, setelah selesai dan nak naik motor tiba-tiba Imam mendekati kami dan terus sahaja beri nasihat agar kami mengamalkan ayat 4, katanya "sediakan payung sebelum hujan dan peristiwa yang pernah berlaku dahulu akan berulang semula dimasa hadapan", dia juga cakap "kat masjid ni masih mengamalkan ayat 4 secara berjemaah setiap minggu" saya mengucapkan terimakasih pada imam tersebut tanpa memperkenalkan diri yang saya juga guru bertauliah untuk mengembangkan ayat 4.

Berbalik ketika zaman saya kanak-kanak, ketika itu kalau sebut sahaja Ayat 4 di negeri Johor ni tak kira di ceruk mana sekalipun orang Johor pasti tau, kalau tak tau mewiridkan ayat 4 pun pasti mereka boleh bercerita tentang ayat 4 dan ada yang mampu bercerita tentang ayat 4 lebih baik dari orang yang mengamalkan ayat 4, dan boleh bercerita tentang selendang merah sama bagus ceritanya dengan mereka yang memiliki selendang merah. masa tu tercopong lah mulut saya bila dengar cerita-cerita tersebut hinggakan rasa kagum giler pada pada orang yang bercerita, tapi bila saya tanya "abang pun amal ayat 4 juga ke?" maka dengan selamber je dia jawab "tak, abang dengar orang citer orang je, abang pun tak tau ayat 4 tu macam mana!" perhh hampeh tapi kerana hebatnya cerita-cerita yang saya dengar masa zaman kanak-kanak sampai saya pun berazam "bila besar nanti aku nak belajar ayat 4"

Ayat 4 ini saya dengar ada banyak gelaran namun dari cerita guru saya bahawa kiai Salleh sering sebut 3 gelaran sahaja :

1) amalan perisai diri iaitu nama rasmi yang dipanggil untuk amalan ini.
2) ayat 4, sebutan ringkas pada ilmu ini kerana ada 4 ayat yang disusun pada amalan tersebut
3) ayat perang, kerana merupakan ilmu atau ayat yang digunakan dalam peperangan 

namun tidak mustahil sekiranya ada nama-nama lain untuk amalan ini yang saya tak tahu.

Satu ketika semasa saya masih belasan tahun, semasa tengah belajar silat saya bertanya kepada guru saya "Cikgu kalau apa-apa terjadi pada orang Melayu macam mana cikgu kerana sekarang ni dah tak ramai orang amal ayat 4 lagi, zaman dulu ada kiai Salleh?" kata guru saya "takpe, abang saya ada (abang guru saya tu adalah murid kanan kiai Salleh) dan kalau abang saya takde, saya ada". dan saya bertanya lagi "kalau cikgu takde, siapa ada?" masa tu guru saya terdiam, agaknya dia fikir ilmu ayat 4 yang dia ada pun belum diturunkan pada sesiapa.

Pernah satu hari ketika belajar di pesantren ada seorang Maulana Mahaguru dari perguruan tua Indonesia yang datang mengajar, ketika itu saya belum menjadi guru lagi, masih bodoh-bodoh lagi, saya bertanya soalan "tok masa zaman dulu orang Melayu bermasalah kiai Salleh ada, kalau zaman sekarang ni masalah macam mana tok, orang Melayu yang ada ilmu ayat 4 pun tak ramai" kata Mahaguru tua tu "takpe kamu ada" saya rasa frust lah kerana soalan saya dijawab dengan gurauan sedangkan saya nak tau kalau apa-apa berlaku siapa yang boleh dirujuk untuk memimpin, kerana frust, saya pun menjawab dengan gurauan juga "saya mana layak tok" tiba-tiba mahaguru tua tu berkata "mana kamu tau kamu tak layak?" 

Perbualan tersebut tamat disitu tanpa ingat apa-apa lagi, tapi selepas 20 tahun berlalu sekarang saya tahu kata-kata gurauan mahaguru tua itu bukan macam kita orang biasa bergurau tapi gurauan dia penuh dengan bacaan perimbon dan tajul muluq dan saya sendiri tidak terfikir 20 tahun selepas dia tanya 'mana kamu tahu kamu tak layak" sekarang saya sendiri menyambung jihad menyampaikan selendang merah dan amalan ayat 4 kepada ahli-ahli AKBN dan orang ramai dan cabaran saya bukan senjatapi api seperti yang ditempuh oleh arwah kiai Salleh, tapi cabaran saya ialah "HIBURAN DAN RASA SELESA SERTA MUDAH LUPA" 

salam hormat dari saya Maulana Mahaguru D.P

Monday, 2 September 2013

Selendang Merah

Mulai ramadhan baru-baru ini selendang merah telah mulai diturunkan semula oleh AKBN kepada umat Islam yang berminat. Sebenarnya tak kurang juga perguruan-perguruan lain di Malaysia pun turut sama mengembang dan menyampaikan selendang merah sebelum ini, ada yang telah bermula beberapa tahun yang lepas dan ada juga yang akan berbuat demikian dimasa akan datang.
Kepada semua pihak sama ada perguruan-perguruan, persilatan-persilatan mahupun mahaguru-mahaguru dan guru-guru secara individu yang telah dan akan menurunkan selendang merah kepada umat Islam, kami di AKBN turut mengucapkan ribuan tahniah, terima kasih dan syabas kepada semua pihak dan tak lupa juga jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh umat Islam di Malaysia sama ada yang mengambil selendang merah mahupun yang hanya memberikan sokongan moral kepada kami dan semua guru-guru di Malaysia tidak kira dari aliran mana sekalipun. Tanpa sokongan umat Islam semua siapalah kami.
Tidak kira sama ada yang diturunkan dan diijazahkan itu selendang merah mahupun ilmu-ilmu lain, tidak kira yang mengijazahkan itu guru yang ternama mahupun guru yang mendiamkan diri enggan dikenali ramai, namun marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dan memberi sokongan kepada mereka mudah-mudahan semuanya diberkati Allah. wassalam.