Friday, 15 May 2015

KURSUS ASAS RAWATAN ISLAM DAN PULANGAN SIHIR MENGGUNAKAN SURAH SERTA PENDEDAHAN DAN PENDEKATAN ALAM GHAIB



KURSUS ASAS RAWATAN ISLAM DAN PULANGAN SIHIR MENGGUNAKAN SURAH SERTA PENDEDAHAN DAN PENDEKATAN ALAM GHAIB

TEMPAT  :-
TAPAK PERKHEMAHAN (KAWASAN KABIN) GUNUNG LEDANG RESORT JOHOR

TARIKH  :-
SABTU 6 JUN 2015 - AHAD 7 JUN 2015 ( 2 HARI 1 MALAM ) CUTI HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG

PENYERTAAN :-
TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT MENGIKUT SIAPA DAFTAR DULU

TARIKH  TUTUP PENYERTAAN :-
DITUTUP SEBAIK SAHAJA KUOTA PENYERTAAN PENUH

PROGRAM YANG DITAWARKAN SEPERTI BERIKUT   :-

I. MODULE 1 - KURSUS ASAS RAWATAN ISLAM DAN PULANGAN SIHIR MENGGUNAKAN SURAH

A. Diajarkan kaedah merawat menggunakan surah fatiha dan ayat lazim :-

Kaedah rawatan buang saka
Kaedah merawat pesakit yang terkena gangguan sihir dan ilmu hitam
Kaedah merawat pesakit yang bermasalah rumahtangga

B. Diajarkan kaedah pulangan dan hasad dengki :-

Kaedah pulangan dan serangan menggunakan rajah
Kaedah pulangan dan serangan menggunakan jurus

C. Penerapan dan pengisian kebatinan :-

Penerapan dan pengisian kebatinan rawatan
Penerapan dan pengisian kebatinan serangan
Penerapan dan pengisian kebatinan air
Penerapan dan pengisian kebatinan api
D. Penghantaran barang-barang kebatinan rawatan dan serangan secara langsung dari sumur 7 Indonesia ketapak perkhemahan gunung ledang

II. MODULE 2 - PENDEDAHAN DAN PENDEKATAN ALAM GHAIB :-

Program zikir solok untuk memberi  peluang kepada peserta mempelajari kaedah menghampiri dan melihat alam ghaib dengan tujuan meningkatkan keimanan terhadap kebesaran ciptaan Allah

Program zikir ini mengajar peserta kaedah  untuk melihat bunian dimana praktikal pengajiannya ialah di gunung ledang. Tujuan untuk meningkatkan keimanan tentang kekuasaan Allah dan ilmu Allah yang meliputi seluruh isi alam ciptaanNya

Muzakarahlaili suatu pendekatan dan diskusi ilmiah antara peserta kursus dan pihak penganjur

E. YURAN KURSUS RM200 ( TERMASUK PENGINAPAN, MINUM PETANG, MAKAN MLM, MAKAN RINGAN WAKTU MLM & SARAPAN PAGI DAN SIJIL )

F. URUSAN PEMBAYARAN, SILA BANK IN KEPADA AKAUN BANK :
( AKBN GLOBAL NETWORK ) MAYBANK : 5510 4350 9188 / CIMB : 8601 9678 70


III.PENGAMBILAN KEBATINAN DAN ILMU DARI JARAK JAUH

Kepada peserta yang berminat namun menghadapi masalah untuk hadir ke Gunung Ledang pada tarikh tersebut maka mereka boleh memohon untuk mengambil kebatinan dan ilmu dari jarak jauh dimana mereka boleh mengambil dari tempat tinggal masing-masing pada tarikh yang sama iaitu 6hb – 7hb Jun. peserta hanya perlu duduk seketika dan membaca sedikit amalan yang diarahkan sementara maulana pendeta akan menyalurkan kebatinan terus dari tapak perkhemahan Gunung Ledang . Kebatinan yang diambil adalah sama dengan kebatinan yang diambil oleh peserta yang hadir.  Mahar kebatinan yang ditetapkan adalah RM200.
Kebatinan disalurkan terus kepada individu sementara ilmu untuk menghampiri alam ghaib akan diposkan zikir dan kaedahnya ke alamat peserta jarak jauh ini.

UNTUK SEMUA PESERTA YANG HADIR MAHUPUN YANG MENGAMBIL KEBATINAN DARI JARAK JAUH SILA BANK IN DI NO ACC YANG DITETAPKAN, SELEPAS BANK IN YURAN KURSUS / MAHAR KEBATINAN SILA SALURKAN MAKLUMAT KE:
MESEJ / WHATSAPP : 011 - 19168418 ( MAULANA PENDETA )

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN DARI PESERTA KURSUS:
1)NAMA PENUH
2)NO IC
3)ALAMAT LENGKAP
4)NO TELEFON
5)NAMA WARIS

6)NO TELEFON WARIS

Tuesday, 17 June 2014

ORANG KAKA (ASAL USUL PERGURUAN KARAKATUA)

Pada suatu masa dahulu di Tanah Jawa dan sekitar pulau-pulaunya, telah dikuasai oleh orang-orang hindu, ramai penduduk asal kawasan setempat telah menganuti agama hindu apabila gerakan dakwah sami-sami hindu pada waktu itu telah disulam dengan ilmu hitam yang tinggi menjadikan orang ramai mudah percaya dan terpedaya dengan kebenaran yang mereka bawa. Pada ketika itu pusat penyebaran agama hindu yang terbesar adalah di chandi barobudur yang di kuasai oleh Perguruan Panji Tengkorak.

Mereka telah menjalankan satu strategi penyingkiran dan penghapusan yang terancang dimana orang-orang tempatan yang masih berpegang dengan ajaran Islam telah diserang dan menghadapi proses penghapusan etnik. Justeru itu mereka yang tinggal telah berundur dari tanah besar sehingga ke pinggir pantai namun serangan yang di lakukan oleh musuh menjadi semakin kuat apatah lagi musuh mendapati orang-orang Islam tidak lagi mampu bertahan. Demi menyelamatkan diri dan keluarga orang-orang Islam telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Tanah Besar dan melarikan diri ke pulau-pulau. Namun mereka tetap diburu oleh tentera musuh sehinggalah mereka mendarat ke pulau Karakatua dan sekitarnya. Apabila mereka telah jauh terpinggir sehingga ke pulau karakatua dan sekitarnya maka musuh tidak lagi memburu mereka kerana musuh berpendapat yang mereka tidak akan memberi ancaman lagi dan besar kemungkinan mereka semua akan mati jika berlakunya letusan gunung berapi karakatua

Mereka yang terselamat telah memulakan kehidupan baru di kepulauan karakatua dan apabila mereka telah terkumpul di satu tempat yang sama maka dengan sendirinya terkumpulah kumpulan mahaguru-mahaguru tua yang tidak mempunyai perguruan. kehidupan mereka yang terpencil diteruskan disitu dan beranak pinak dan mereka semua telah menggelarkan diri mereka ORANG KAKA.

bersambung....  

Thursday, 26 December 2013

SELENDANG RAJAWALI - PENUTUP

DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGGER RAJAWALI SIRI AKHIR


Ribuan terimaksih kepada semua yang hadir pada 15 dec 2013 yang lalu, hari tersebut merupakan pelancaran kepada Selendang Reanggang Genger Rajawali dan dengan pelancaran tersebut bererti penutup segala ilmu yang ada dalam Akbn dan merupakan perjumpaan terakhir yang dianjurkan oleh Akbn. selepas ini tiada lagi perjumpaan dan kepada ahli-ahli jika nak datang ke Muar bertemu saya sambil minum-minum dipersilakan sekiranya berhasrat untuk menziarah saya. Jika bab ilmu tidak ada lagi perjumpaan dijalankan dan kepada mereka yang berkesempatan bertemu saya dan mahaguru-mahaguru lain pada pelancaran tersebut saya ucapkan tahniah dan ribuan terimakasih. Terlalu banyak rahsia yang masih tersimpan dan terlalu banyak ilmu yang masih tertanam di dada. Ilmu-ilmu dan kebatinan yang dikeluarkan melalui Akbn berbanding dari keseluruhan ilmu-ilmu yang dianugerahkan oleh perguruan sepanjang bersama perguruan adalah sebanyak 3%  bakinya 97% yang ada pada saya adalah milik mereka yang berkehendak dan mereka yang mencari dan mereka yang menuntut ilmu. Kepada ahli-ahli Akbn yang menghubungi saya sebagai pembeli saya layan mereka sebagai peniaga, mereka yang menghubungi saya sebagai rakan saya layan mereka sebagai sahabat, mereka yang menghubungi saya sebagai pesakit saya layan mereka sebagai perawat namun mereka yang menghubungi saya sebagai murid saya layan mereka sebagai guru, mereka yang menghubungi saya sebagai mahaguru saya layan mereka sebagai pewaris ilmu saya, sebagai saudara saya dan sebagai adik saya dan sebagai anak saya, mereka adalah diantara orang-orang yang berada dalam lafaz saya ketika saya menadah tangan berdoa kepada Ilahi dalam solat saya dan mereka adalah diantara orang-orang yang sentiasa saya kongsikan bersama segala amalan saya, segala kebatinan saya dan segala petua dan ilmu saya. 

kumpulan gendang lawi merah dan ucapan aluan dari mahaguru d.patinggi



demo dari guru dalam kebatinan aura jagat reanggang genger rajawali 


inilah barisan mahaguru yang akan berada di atas pentas dewan bicara ilmu setiap kali perhimpunan mahaguru2


pandangan dibawah pentas hadirin mula mengambil tempat untuk sesi dialog yang akan bermula 


dibahagian belakang merupakan tingkat bawah bangunan menara diikuti dewan makan pesantren

SEKIAN TERIMAKASIH
DARI SAYA MAULANA MAHAGURU D.PATINGGI
 PENGASAS AKBN DAN MAHAGURU UTAMA 
PERGURUAN TALANG KALI SAKTI SUMUR 7
LOWONGAN MAGELAN INDONESIA

Wednesday, 25 December 2013

SELENDANG RAJAWALI - PERSILATAN SELAYANG CAHAYA


DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGER RAJAWALI SIRI 13
NAMA KEBATINAN: 28 PERSILATAN DARI GABUNGAN PERGURUAN HANG TUAH (SELAYANG CAHAYA DAN GABUNGANNYA) DAN CINCIN SELAYANG CAHAYA.

1.dalam post yang bertajuk tentang  penerapan selendang rajawali saya ada menerangkan tentang bab penerapan dari perguruan Hang Tuah iaitu Perguruan Persilatan Selayang Cahaya. Saya juga telah menceritakan bahawa didalam aliran persilatan hang tuah terdapat sebanyak 28 jenis persilatan dan nama-nama silat tersebut ada saya senaraikan dan ini lah juga 28 jenis silat yang dikuasai oleh almarhum hang tuah lima bersaudara ketika hayatnya. Dalam gerak persilatan yang dizahirkan dari selendang rajawali ini kesemua gerak 28 jenis silat tersebut telah  digabungkan menjadi satu jurusan dan gerak bukannya kena belajar satu satu sampai 28 tetapi macam syampu 28 dalam 1 (tak tau lah mcm syampu ke atau macam kopi ubat kuat)

2.bagi mengelakkan kekeliruan pembaca baru eloklah saya jelaskan sedikit bahawa saya bukan cakap saya belajar silat ini dari Hang Tuah sendiri mestilah mustahil sebab mereka berlima sudah meninggal dunia apa yang saya cakap ialah dari PERGURUAN Hang Tuah yakni tempat dimana hang tuah berlima belajar silat semasa hayat mereka dahulu. contohnya katakanlah pakcik saya pernah belajar di UM namun dia telah lama meninggal dunia dan tak sempat saya jumpa, jadi bila saya dewasa saya pun belajar macam pakcik saya tadi dalam jurusan yang sama dan dekat UM juga, bila saya cakap cakap dengan sedara mara dan kawan-kawan yang saya belajar sama macam pakcik saya mestilah logik sebab walaupun pakcik saya dah lama meninggal namun UM masih ujud sampai sekarang, begitulah juga dengan perguruan Selayang Cahaya dan 27 lagi perguruan persilatan dibawahnya, perguruan ini masih ada sampai sekarang, hang tuah lima bersaudara memang dah meninggal, kawan-kawan seperguruan pun dah meninggal, guru mereka dah meninggal namun perguruan mereka tempat mereka menimba ilmu kesemua 28 perguruan itu masih ujud jadi yang saya berurusan untuk mendapatkan ilmu-ilmu persilatan ini adalah "PERGURUANNYA" yang masih ada, bukannya dengan hang tuah berlima mereka dah meninggal dunia, inilah sedikit penjelasan dari saya agar pembaca baru lebih faham, bagi ahli lama AKBN mereka dah faham dan jelas jadi takde masalah.

3.berbalik kepada demo persilatan ini, hasrat saya adalah untuk menunjukkan kepada tetamu yang hadir pada demo haritu bagaimana seorang pesilat yang tidak pernah sekali pun belajar silat Selayang Cahaya mahupun silat-silat dari gabungan Hang Tuah ni apabila saya pakaikan selendang rajawali dan saya pinjamkan cincin selayang cahaya  maka dia boleh silat apa yang saya nak dia persembahkan. 

4.sebelum masuk gelanggang saya hanya berpesan yang pertama buat tari sembah, kedua tari tempur keris dan ketiga tari tempur pedang itu sahaja takde latihan mahupun cuba try test dulu ke, terus masuk gelanggang, ambik tempat dan gendang pun berbunyi terus silat. kalau salah tak de peluang nak 'cut' pastu 'action' 

5.disekeliling gelanggang masa pengambaran video ni penuh dengan orang / tetamu, wakil Majlis Belia Ledang pun ada, wakil dari persekutuan silat kebangsaan (PESAKA) Ledang ada, dari Silat Sendeng ada jadi video ini bukannya boleh dibuat secara trick untuk mencantikkan pengambaran semuanya adalah secara real dan on the spot. dari bahagian gendang mereka pun tak pernah tahu tentang urusan ini cuma beberapa jam sebelum demo saya call ketua kumpulan Gendang Lawi Merah dan minta dia hadir. ertinya kumpulan gendang pun tak pernah buat latihan dengan pesilat.

6.hasil dari persembahan, saya bersama mahaguru agong dan beberapa mahaguru lain dan mahaguru yang mewakili kumpulan Gendang Lawi Merah, kami dapat mengesahkan yang gerak dari persilatan tersebut adalah benar dan tepat tanpa sebarang kecacatan walaupun tanpa pernah berlatih dan hanya secara arah dan buat.

7.kami juga mengesahkan yang gerak dalam persilatan tersebut adalah gerak persilatan lama bukan satu rekaan gerak silat baru / moden yang dibuat-buat oleh pesilat tersebut.

8.ujian terakhir apabila selendang dibuka dari pesilat saya suruh dia buat semula silat yang dia persembahkan tadi dia tak dapat buat sahlah yang gerak persilatan tersebut dialirkan dari kebatinan selendang rajawali dan cincin selayang cahaya.

TARI SEMBAH



TARI KERIS


TARI PEDANG

SELENDANG RAJAWALI - KEKUATAN JARI






DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG RENGGER RAJAWALI SIRI 12
NAMA KEBATINAN : JEMALA SAKTI DAN HAIKAL

1.satu demo kebatinan yang mudah bertujuan untuk menunjukkan kekuatan jari pemegang selendang mampu menampung sehingga 150kg

2.dalam videor diletakkan Lan yang bertubuh kecil dan saya suruh dia meletakkan tangannya dibelakang agar Shamsul yang lebih besar dan berat  dapat memijak dan berdiri diatas jari Lan

3.jelas dalam video ini jari Lan mampu menampung berat Shamsul tanpa jari Lan terlerai ataupun Shamsul terjatuh.

4.tapi apa yang lebih membuat saya tertarik untuk melihat video ini bukanlah kemampuan Lan menampung Shamsul hanya menggunakan jari tapi kaedah dia menampung Shamsul tersebut dari belakang.

5.sebab kata orang tua-tua kalau kita nak tau sesaorang itu ada membela hantu raya ke toyol ke, dia kalau berdiri dan berjalan tangan dia sering berada dibelakang sebab dia membawa belaannya yang bertenggek dibelakang tangannya tu, jadi bila saya tengok video ni Lan berdiri dengan tangan ke belakang dah tu ada lah pulak makhluk yang bertinggek dibelakang tangannya dengan saiz yang ala ala gitu jadi saya pun dah mula dapat membayangkan petua yang orang tua-tua cakap tu tadi, ish ish ish rupa-rupanya ada membela kamu ni yek Lan, buang lah Lan, tak baik  nanti esok nak mati susah nak mengucap, kubur tak muat Lan, gali-gali sempit keluar balik, gali lagi sempit lagi keluar lagi, tak takut ke Lan he he he

Monday, 23 December 2013

SELENDANG RAJAWALI - KUNCIAN JASAD




DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGGER RAJAWALI SIRI 11
NAMA KEBATINAN: KUNCIAN JASAD

1.utk demo ni sengaja saya pilih tiga orang yang gagah perkosa eh eh silap gagah perkasa, tersalah sebut lah pulak boleh tersebut gagah perkosa, kena saman pulak saya ni kang, tiga orang ni saya suruh mereka buka kuncian tubuh pada Lan tu.

2.saya jangkakan letak tiga orang mereka akan bekerjasama untuk cuba meleraikan kuncian tubuh tersebut rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali, mereka bertiga amat rakus sekali mengerjakan Lan tu, bukan setakat membuka kuncian tubuh tapi hampir separuh nyawa Lan dikerjakan mereka sampaikan saya yang berdiri sebelah tu beredar dari situ kerana tak sanggup melihat Lan diperlakukan sebegitu. He he he kesian Lan diperlakukan dengan begitu rakus sekali, hampir-hampir maruah Lan tercalar namun Lan tetap cekal mempertahankan mahkotanya dari diragut oleh mereka ha ha ha

4.apa-apa pun dalam gurauan kata-kata saya ni terbukti kuncian jasad tersebut tidak dapat dibuka oleh mereka bertiga. Tahniah Lan. Ni saya sampaikan pesanan sesaorang untuk Lan "sayang awak muah muah muah" ha ha ha 

SELENDANG RAJAWALI - TAHAN KULIT




DEMO KEBATINAN SELENDANG REANGGANG GENGGER RAJAWALI SIRI 10
NAMA KEBATINAN: TAHAN KULIT , KALIS PUKULAN DAN JEMALA SAKTI

1.demo kali ini dijalankan Mahaguru Yusuf terhadap Shamsul. Pada selendang rajawali bisa dari selendang tersebut mampu mengalir pada bahan yang kita pegang misalnya kayu, sebagai contoh sekiranya kita melilitkan selendang rajawali pada kayu dan kita ketuk dengan perlahan pada ayam dengan kayu tersebut nanti ayam itu akan monyok dan akhirnya jatuh sakit dan sekiranya sampai ajal ayam itu akan mati, sekiranya belum sampai ajal maka ayam itu akan sakit utk jangkamasa yang panjang.

2.bagi menangani masalah dalam demo ini, maka kayu yang akan digunakan oleh Mahaguru Yusuf untuk memukul Shamsul telah dibalut dengan wafak terlebih dahulu agar bisa dari selendang tidak mengalir ketubuh shamsul, kemudian kami letakkan sejadah khas yang telah dibacakan  doa, dibahagian belakang badan shamsul bertujuan sekiranya ada  bisa selendang yang terlepas dari saringan wafak tadi maka bisanya akan mengalir pada sejadah tersebut dan tidak menyerap pada tubuh

3.pukulan yang kuat dari Mahaguru Yusuf dalam namun Shamsul mengatakan hanya merasa kebas sahaja.

4. Shamsul adalah contoh seorang murid yang dihormati oleh mahaguru-mahaguru kerana kesungguhannya dalam menuntut ilmu, dia sanggup keluar dari rumah menunggang motosikal jam 3 pagi dari Sepang dan sampai dihadapan rumah saya jam 7 pagi semata-mata kerana tidak mahu terlepas demo tersebut. Kesungguhan Shamsul membuka mata saya bahawa diakhir zaman ini dimana bangsa dan agama dipijak masih ada lagi murid saya yang segigih shamsul yang berkeinginan untuk menuntut ilmu bagi membela bangsa dan agama.

5.yang lain pun alhamdulillah juga nanti saya puji shamsul yang lain kecik ati pulak, yang macam shamsul pun ramai yang datang haritu dan yang tak datang pun ramai juga tapi sempat memberitahu tak dapat datang kerana ada kerja dan urusan yang penting tapi yang paling ramai ialah yang semasa berkehendak sesuatu akan menghubungi guru dan bila tak memerlukan guru tanya khabar tak boleh kerana disebabkan sms 10 sen send kat guru tanya kabar boleh menyebabkan jatuh muflis ha ha ha jadi bagi mengelakkan muflis jom kita whatsApp dan Wechat