Saturday, 30 November 2013

SELINGKAR KISAH PERGURUAN SUMUR 7

Gunung di Ceribon tempat Perguruan Sumur Tujuh

sejarah paling terkenal tentang "perang Borobudur"

Assalamualaikum ahli-ahli AKBN dan pembaca blog yang dikasihi. Setelah beberapa minggu tertangguh akhirnya pada hari ini tercapai hasrat saya untuk menulis tentang perguruan tua Sumur 7  dalam blog ini, semuanya dengan izin Allah jua.

Sekiranya para pembaca sering membaca blog saya atau pun ahli-ahli Akbn yang sering berurusan dengan saya pastinya perasan yang saya sering menggunakan perkataan "perguruan" atau dalam sms saya selalu short form "pgrn" sahaja kerana saya yakin murid-murid saya semuanya pandai-pandai dalam short form ni sampaikan nama perguruan dan pangkat saya yang panjang berjela tu pun dia orang pandai shortform kan jadi "tok" aje, he he he

Sebenarnya ramai yang beranggapan bahawa perguruan yang saya maksudkan itu  macam persatuan silat atau satu pertubuhan atau NGO yang didaftarkan oleh saya ataupun oleh guru saya untuk tujuan mengajar silat dan sebagainya dan ada juga yang berpendapat perguruan tersebut adalah AKBN sehingga ada yang menyebut perguruan AKBN. Sebenarnya andaian tersebut semuaya tidak tepat sama sekali. Yang dinamakan perguruan yang saya maksudkan dalam blog dan sms yang sering saya katakan tersebut adalah satu perkumpulan orang-orang yang menjalankan tugasan-tugasan dalam penyebaran ilmu, amalan dan ibadah secara berjemaah atau boleh kita ibaratkan sebagai suatu organisasi dan tempat mereka berkumpul, mentadbir dan menjalankan satu aktiviti sementara yang saya sebut sebagai pesantren itu pula merujuk kepada prasarana yang diujudkan oleh perguruan tersebut dalam bentuk fizikal seperti bangunan, gelanggang dan sebaginya . Pesantren ditutur dalam bahasa jawa kalau di Malaysia pesantren bolehlah kita ibaratkan seperti sekolah pondok atau madrasah.

Dalam penulisan kali ini saya cuba untuk menggambarkan tentang perguruan smur 7 dalam gaya bahasa yang mudah dan saya akan sandarkan dalam bentuk contoh atau "ibaratkan" yang saya harap boleh membuat pembaca lebih mudah faham dan boleh membayangkan sesuatu dalam cerita saya tersebut. Ok, bila kita kata perguruan dan ianya berkaitan dengan tempat menuntut ilmu dan lebih tepat lagi tempat melahirkan guru-guru contohnya Institut Pendidikan Guru (dahulu disebut Maktab Perguruan) dan Universiti Perguruan (UPSI) maka perkara paling mudah untuk kita ibaratkan dan gambarkan adalah universiti itu sendiri. Sekiranya perkataan perguruan itu kita ibaratkan sebagai sebuah oraganisi atau nama sebuah universiti maka perkataan pesantren itu pula kita boleh ibaratkan sebagai prasarana dalam universiti tersebut atau kampus, sementara perkataan "perguruan tua" yang selalu saya gunakan itu pula bolehlah kita ibaratkan seperti universiti / kampus induk.

Perguruan Tua Sumur 7 ini terletak di sebuah gunung di daerah Ceribon (lihat gambar gunung di Ceribon yang saya cari di Google). Didalam Google gunung tersebut dipanggil gunung Ceremei di Ceribon namun kami hanya memanggilnya sebagai Gunung Ceribon.  Kedudukan pesantren perguruan sumur 7 ini adalah dibahagian atas sedikit selepas dari kaki gunung tersebut. Keluasan Pesantren Sumur 7 ini adalah lebih kurang 270 ekar. Ini adalah kawasan pesantren sahaja tidak termasuk penempatan luar tempat ahli keluarga para petugas menetap. Tempat tinggal untuk para petugas dan ahli keluarga mereka adalah dibahagian bawah atau kawasan perkampungan di kaki gunung tersebut. Kalau di universiti petugas adalah terdiri dari kakitangan akademi, kakitangan bukan akademi maka diperguruan pun sama juga, para petugas bertugas diperguruan mengikut tugasan-tugasan yang diberikan contohnya saya sendiri di perguruan nurfateh walaupun berjawatan mahaguru tapi saya bertugas lebih banyak dibahagian pentadbiran dan tidak terlibat dengan bidang pengajaran kerana mereka yang terlibat dalam bidang mengajar ni daya hafalan mereka amat luar biasa sekali kerana beribu-ribu ilmu dan petua yang ada dalam silibus jika ditanya pada mereka akan terus dijawab tanpa perlu merujuk, begitu juga dengan mahaguru yang bertugas dibahagian serangan tanya apa sahaja bab serangan dan gerak jurusnya semua dalam kepala. Kalau tanya saya boleh juga tapi kena rujuk bukulah he he he. Berbalik tentang kisah sumur 7 tadi, cuba kita bayangkan keluasan pesantren sumur 7 itu sahaja seluas 270 ekar dan jika dibandingkan dengan keluasan pesantren nurfateh yang hanya 1/4 ekar, agaknya seluruh keluasan kawasan pesantren nurfateh ini dari depan sampai belakang hanya bersamaan dengan balai pengawal kat pesantren sumur 7 je, he he he (nanti dimasa akan datang saya upload gambar di pesantren Nurfateh lak, walaupun kecik berbanding Sumur 7 namun tetap hebat kerana kami bina pesantren ini tanpa sedikit pun duit dari luar mahupun tenaga dari luar, semuanya hasil usaha kami adik beradik jemaah dari pecah tabung nak kumpul duit, tebang pokok nak bina pesantren sampai lah ke bangunan dua tingkat sehinggalah ke menara kawalan pesantren yang tingginya mencecah hujung pokok getah tak satu pun melibatkan orang luar, semuanya hasil dari kami bersatu hati. 

Diperguruan Sumur 7,  para petugas sahaja termasuk akademi dan bukan akademi berjumlah lebih 1000 orang yang mana mereka sentiasa berada di dalam kawasan pesantren dan kerana perguruan sumur 7 ini beropreasi (mengajar) 24jam maka para petugas mereka sentiasa bergilir-gilir bertugas mengikut shif dimana setiap satu shif melibatkan sekitar 400 orang lebih petugas. Sistem sumur 7 amat berbeza dengan sistem perguruan nurfateh dimana kami hanya terdiri dari dua bahagian sahaja iaitu jemaah luar dan jemaah dalam. Jemaah luar terdiri dari dua iaitu pertama jemaah yang mengambil ilmu-ilmu persilatan dan yang kedua jemaah yang mengambil ilmu-ilmu kebatinan, sementara jemaah dalam pula terdiri dari kami mahaguru-mahaguru. Dalam sistem pentadbiran Nurfateh jemaah luar tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan mereka tidak terikat dengan undang-undang serta peraturan perguruan dan semua urusan pentadbiran, perundangan, keselamatan, akademi dan lain-lain dipertanggung jawabkan kepada mahaguru-mahaguru sahaja. Jumlah jemaah luar Nurfateh mencecah ribuan orang sementara jumlah jemaah mahaguru tak sampai pun 40 orang dan mahaguru yang terlibat dengan urustadbir perguruan rasanya tidak lebih 30 orang pun berbanding dengan Sumur 7 yang lebih 1000 orang petugas. Jika di sumur 7 petugas sahaja seribu orang lebih maka pelajarnya berapa ya???   

Dari sudut pentadbiran pula, pemimpin no 1 disumur 7 digelar Maulana Pendita yang bertaraf "glawour pendita" yang bermaksud pendita yang mempunyai kedudukan yang diktiraf oleh perguruan-perguruan diseluruh dunia dari kalangan barisan para pendita-pendita sesebuah perguruan. Setiap perguruan yang besar pastinya ditadbir oleh seorang yang bertaraf maulana pendita disamping para penasihat-penasihatnya cuma samaada dia mahu menggunakan gelaran pendita ataupun tidak itu terpulang kepada budi bicara masing-masing. Sebagai contoh pemimpin no 1 di perguruan Nurfateh yang bertaraf "pendita" namun hanya menggunakan gelaran "mahaguru" sahaja dan saya memanggilnya "tok" sahaja sebab tu lah murid-murid saya memanggil saya "tok" juga sebab saka saya dah turun pada dia orang semua ha ha ha.  Kalau dalam pentadbiran sebuah negara, pendita ni ibarat ketua negara kalau di universiti ibarat censelor lah. Dalam pentadbiran Pendita dibantu oleh 4 orang kanannya yang digelar GEYLANG dan di Nurfateh digelar "sabahat 4" dan Geylang ini yang biasanya diketua oleh seorang ketua dengan tiga yang membantu. Geylang inilah yang sebenarnya mentadbir perjalanan perguruan dan kalau hendak lebih mudah Geylang ini bolehlah kita ibaratkan sebagai Naib Censelor dan pembantu-pembantunya yang mentadbir universiti.  Dibawah Geylang ini adalah jawatankuasa- jawatankuasa yang mempunyai sistem dan kuasa pentadbiran mereka sendiri yang digelar LOWONG dan mereka akan melapor kepada Geylang tadi. Lowong ini boleh kita ibaratkan sebagai Fakulti di Universiti dan maulana yang mengetuai setiap Lowong tersebut kita boleh ibaratkan  sebagai Dekan Fakulti di universiti-universiti kita. Diperguruan sumur 7 terdapat sebanyak 13 Lowong ( ibarat 13 fakulti) dimana Lowong-Lowong tersebut adalah seperti berikut:

Lowong 1 - pengajian dalam bidang dakwah
Lowong 2 - pengajian dalam bidang hijrah
Lowong 3 - pengajian dalam bidang falaq / perimbon
Lowong 4 - pengajian dalam bidang perubatan berasaskan petua-petua
Lowong 5 - pengajian dalam bidang perubatan berasaskan jurus dan ilmu kebatinan
Lowong 6 - pengajian dalam bidang pengisian barangan kebatinan
Lowong 7 - pengajian dalam bidang persilatan buah pukul jurus dan serangan   
Lowong 8 - pengajian dalam bidang penerapan anugerah (penyampaian dan tauliah)
Lowong 9 - pengajian dalam bidang persilatan (keseluruhan)
Lowong 10 - bidang perguruan nusantara (gandingan ilmu-ilmu dengan perguruan lain seluruh dunia)
Lowong 11 - pengajian dalam bidang talian perhubungan perguruan
Lowong 12 - pengajian khas lorongan guru (perhubungan antara guru dengan guru sahaja)
Lowong 13 - pengajian semua bidang ilmu dari Lowong 1 hingga Lowong 13 dan tambahan dalam ilmu fardu ain, fardu kifayah, alquran, hadis dan pendekatan masyarakat) 

Dan kalau pembaca nak tau perguruan Nurfateh mengambil lowong 13 kerana itu lah kami semua berada di pesantren Nurfateh selama 20 tahun baru tamat belajar kerana bidang yang diambil dari A sampai Z, saya sendiri yang mula menuntut ilmu dengan guru saya Mualana Hj Dirun pada ketika itu baru saja nak kenal-kenal dengan isteri saya dan ketika saya habis belajar di Nurfateh, anak saya yang sulung sudah pun mengajar silat digelanggang, memang lah satu perjalanan menuntut ilmu yang amat panjang. Berbalik pada sistem pentadbiran tadi, kesemua para pentadbir akan berkumpul dan bertemu dan membincangkan perkara-perkara perihal perguruan di kamar pendita. "Kamar Pendita" merupakan sebuah tempat yang boleh kita ibaratkan sebagai balairong istana dan tempat tinggal pendita pula dipanggil Istana Pendita.

Sekiranya diuniversiti terdapat bangunan-bangunan fakulti pengajian masing-masing di pesantren sumur 7 pula dibahagikan kepada zon-zon atau perkampungan-perkampungan mengikut apa yang diambil oleh berdasarkan Lowong (fakulti) tadi, dimana dalam setiap satu perkampungan tadi mempunyai satu prasarana yang lengkap dari pondok tempat tinggal pelajar, dewan kuliah sehinggalah kepada masjid dalam perkampungan tersebut sementara diperingkat pentadbiran pusat juga mempunyai prasarana yang sama namun bangunannya lebih besar dan mampu menampung keseluruhan penuntut termasuk sebuah masjid besar, istana pendita, dewan perjumpaan, bangunan mohor dan yang paling penting adanya 7 buah sumur yang masih ujud sejak dari mulanya sumur 7 di tubuhkan sehinggalah ke hari ini. 

Satu perkara yang amat menarik tentang sumur 7 ini adalah mengenai "perguruan dibawah takluk" atau bermaksud perguruan dibawah tauliah sumur 7. ok macam ni, kalau kita perasan jika ada universiti yang mempunyai prestij yang tinggi maka akan ada beberapa perkara yang berlaku diantaranya:

a) universiti tersebut mempunyai banyak cawangan contohnya UITM yang mempunyai banyak cawangan di negeri-negeri lain

b) universiti tersebut mempunyai kursus-kursus yang dijalankan oleh kolej-kolej lain contohnya kolej swasta yang menawarkan diploma dari universiti ternama

c) universiti tersebut akan membuka cawangan diluar negara 

jadi sebagai sebuah perguruan lama yang mempunyai prestij tersendiri maka sumur 7 juga mempunyai pecahan-pecahan yang ujud yang dipanggil "perguruan dibawah takluk" dimana jumlah perguruan-perguruan yang bernaung dibawah Perguruan Tua Sumur 7 ini semuanya berjumlah 1872 buah perguruan diserata dunia sama ada dari perguruan sedia ada yang kemudiannya memohon untuk bernaung dibawah sumur 7 kerana pengiktirafan dan tauliah yang dari sumur 7 yang diiktiraf seluruh dunia atau dari perguruan yang lahir dari guru-guru yang belajar disumur 7 dan kemudiannya membuka perguruan atau perguruan yang dihantar oleh perguruan induknya untuk belajar disumur 7 misalnya perguruan Nurfateh yang perguruan induknya iaitu Perguruan Karakatua dan kemudian Perguruan Karakatua ini telah meletakkan Nurfateh dibawah Sumur 7. Kategori yang terakhir pula ialah dari perguruan yang tewas ketika pertempuran dan akhirnya memohon untuk bernaung dibawah Sumur 7.

Di dalam banyak-banyak kisah sejarah yang paling diingati dikalangan pengamal ilmu kebatinan dan persilatan ialah mengenai sejarah perang Borobudur (gambar diatas adalah peninggalan candi borobudur) iaitu peristiwa peperangan antara pengembang dakwah Islam dengan penganut hindu ditanah jawa satu ketika dahulu. Bermula dengan kehadiran beberapa orang pedagang dari India yang datang berdagang ditanah jawa disamping berdagang mereka bergerak dari tempat ke tempat berdakwah (seperti yang dilaksanakan oleh jemaah tabligh) pergerakan mereka berjaya menarik perhatian beberapa orang penduduk tempatan dan kemudian bersama, mereka bergabung menjadi 9 orang semuanya dan menjalankan dakwah sehingga akhirnya mereka digelar oleh  orang ramai sebagai wali songo (wali sembilan). Kaedah mereka berdakwah menggunakan ilmu kebatinan dapat membukti apa yang dikehendaki dan mematahkan sihir dari sami-sami hindu membuatkan semakin ramai yang memeluk Islam. Perkara ini menimbulkan kemarahan dari kumpulan sami hindu yang bertapak di candi borobudur dan menimbulkan riak-riak peperangan antara Islam dan hindu. 

Ketahuan mengenai perkara tersebut maka dengan segera wakil Perguruan Sumur 7 telah datang menawarkan bantuan kepada Wali Songo seandainya peperangan meletus. Bermula dari bantuan yang ditawarkan, diikuti pertempuran demi pertempuran akhirnya berlakulah satu peperangan besar antara Islam dan Hindu dan akhirnya pejuang sumur 7 telah dapat mara sehingga berjaya mengepung candi borobudur dan akhirnya berlaku lah pertempuran yang amat hebat diantara kumpulan sami-sami hindu yang mengelarkan diri mereka sebagai "panji tengkorak' dengan kumpulan pejuang dari sumur 7. Peristiwa ini lah yang digelar sebagai "perang borobudur" dan saat ini lah yang menjadikan sumur 7 semakin tersohor apabila dalam peperangan tersebut seluruh angkatan perang hindu yang berkubu di dalam borobudur ditewaskan oleh 7 orang sahaja yang diketuai sendiri oleh pendita sumur 7 dimana seluruh angkatan perang dari sumur 7 telah diarahkan tidak berbuat apa-apa melainkan hanya mengepung sahaja sekeliling kawasan borobudur agar jangan ada yang dapat melepaskan diri. Hanya Maulana Pendita bersama-sama 6 orang yang dipilihnya sahaja yang masuk menyerang ke dalam borobudur yang telah tersedia menunggu ribuan tentera hindu dari Panji Tengkorak bersama sekutu-sekutunya dari perguruan-perguruan lain, namun serangan dari Maulana Pendita bersama 6 orang pembantunya tidak dapat ditampan oleh ribuan tentera borobudur, ramai yang tewas dan terkorban serta berundur agar tidak berhadapan dengan Maulana Pendita dan pembantunya, akhirnya berlaku pertembungan one by one diantara Maulana Pendita dengan ketua sami dari panji tengkorak dimana pertempuran yang amat hebat dan menyebabkan sebahagian dari kubah dan patung-patung di borobudur yang pecah ketika pertempuran tersebut (kesannya pecahan masih ada sehingga sekarang) namun akhirnya pemimpin panji tengkorak yang hebat itu mengaku kalah kepada Maulana Pendita hanya dengan bacaan tasbih yang dilafaz oleh Maulana Pendita, dimana sami yang bergelar panji tengkorak tersebut berikrar akan mengabdikan diri kepada Sumur 7 sepanjang hayatnya selepas dia memeluk Islam.

Manakala pasukan musuh yang tewas dan menyerah kalah telah ditawan dan dibawa keluar dari kawasan borobudur dan mereka telah kumpulkan disatu tempat, mereka tidak dikurung mahupun diikat, namun mahaguru-mahaguru sumur 7 hanya melilitkan disekeliling kawasan mereka ditawan dengan seutas tali pisang, yang hairannya tidak ada seorang pun yang mampu keluar dari kawasan tersebut walaupun hanya terkepung seutas tali pisang. Perkara tersebut merupakan satu sindiran yang amat tajam oleh Perguruan Sumur 7 kepada mereka sehingga membuatkan ada diantara mereka yang menitiskan air mata kerana faham dengan sindiran sumur 7 tersebut  iaitu kalau benarlah ilmu mereka tinggi dan handal dan bergelar mahaguru dari perguruan mereka kenapa mereka tidak mampu melepaskan diri seutas tali pisang walhal mereka bukan calang-calang orang yang mampu melompat melepasi pokok, ada yang mampu hilang ghaib dan muncul ditempat lain tetapi tidak mampu melepasi seutas tali pisang, kejadian ini membuatkan ramai diantara mereka yang memeluk Islam dan selepas dibebaskan mereka dibenarkan kembali ketempat ke kampung halaman tidak ada satu pun diantara mereka yang kembali ke kampung halaman malah mereka sepakat melantik wakil pergi menghadap Maulana Pendita dan bermohon agar mereka diberi peluang untuk menetap disumur 7 setelah  mereka mendapat tahu bahawa kepungan tali pisang yang tak mampu mereka lepasi itu hanyalah bacaan surah ikhlas, kata mereka kepada Maulana Pendita, mereka telah menghabiskan masa yang panjang bertahun-tahun menuntut ilmu persilatan dan kebatinan sehingga mendapat kedudukan yang tinggi namun apalah ertinya mereka kembali ketempat asal jika ilmu yang dituntut bertahun-tahun lamanya tidak mampu untuk melepasi seutas tali pisang yang dibacakan hanya surah ikhlas yang mudah dan pendek. Peristiwa tali pisang dan perang borobudur tersebut telah menjadikan Perguruan Sumur 7 semakin tersohor sehingga banyak perguruan-perguruan lain yang mohon untuk bernaung dibawah sumur 7.  
wasalam.  






Keris Lowong milik saya sebagai "tanda/lambang"  orang sumur 7

 perhatikan taji keris berbentuk sirip 4 dikanan dan 3 dikiri bermaksud "7" serta "lowong" di pangkal keris
 keris buatan tangan dan hanya orang sumur 7 sahaja yang memiliki keris lowong ini

hujung keris yang unik tapi menyimpan seribu rahsia

perhatikan duri-duri "gunungan" dan "ekor cicak" jenis lurus tajam di bahagian "ganja/aring" keris 

Thursday, 28 November 2013

KERIS SUMBI SAKTI DARI PERGURUAN SUMBI SAKTI INDONESIA




Assalamualaikum buat murid-murid yang dikasihi dan rakan pembaca. 

Sebenarnya saya tidak bercadang untuk menulis tentang keris sumbi sakti kerana keutamaan dan senarai cerita yang nak saya tulis ada yang lebih penting untuk dikongsi dengan pembaca, tetapi saya terpanggil untuk menulis tentang sumbi sakti ni kerana sms yang saya terima malam tadi dari seorang ahli lama Akbn. Dibawah ini saya taip semula sms kami untuk tatapan kita bersama.

"salam dato, saya Muhd Wee, ini pengalaman saya, ada seorang kawan yang juga pandai hal-hal ghaib, nak melihat keris sumbi sakti, sebaik saja dia menyetuh keris kecil tersebut tiba-tiba dia terpelanting dan dia tidak lagi berani menyentuhnya"

saya rasa saya perlukan kepastian lalu saya membalas mesej tersebut:

"salam Mohd Wee, maaf lambat balas, tentang pengalaman kamu tu, yang terpelanting tu, keris sumbi tu ke atau kawan kamu tu"

balasnya:

"kawan saya yang terpelanting, dia kata macam terkena elektrik, dia pun tak berani sentuh sampai sekarang"

sms saya kepadanya lagi:

"oh itu tendangan ayat 5 yang ada pada kebatinan keris sumbi sakti, mungkin kawan kamu tu ada menggunakan ilmu khadam sebab tu jadi macam tu. Kita doakan dia berubah satu hari nanti. Untuk kamu saya akan berikan zikir untuk tambahan kekuatan tendangan pada kamu"  

lalu saya smskan zikir kebatinan sapu angin dan tendangan jarak jauh kepada ahli tersebut untuk meningkatkan kekuatan kebatinan keris sumbi yang telah dicapainya.

Kepada ahli-ahli Akbn sekiranya terlupa tentang perguruan sumbi sakti yang beri saya keris kecil tersebut maka ingat-ingatlah keris taming sari, nanti pasti kamu teringat semula cerita tentang keris sumbi sakti dan kaitannya dengan keris taming sari milik Hang Tuah itu, dan pastinya kamu teringat pula tentang batu selayang cahaya dan kaitannya dengan Hang Tuah lima bersaudara. Tidak ada mana-mana orang pun di Malaysia ni yang mendapat keris sumbi sakti untuk dimaharkan kecuali akbn dibawah naungan nurfateh itu dekri dari perguruan sumbi sakti Indonesia, saya membaca juga blog-blog dan facebook orang lain yang ada menjual keris sumbi sakti, sudahlah ayat-ayat dalam blog tu adalah kata-kata saya disalin dan ditampal semula dalam blog dan fb mereka, selepas itu mereka ambil pulak keris dari tempat-tempat lain dan diisi dengan khadam jin dan dijual kepada pembeli dan menyatakan itu keris sumbi sakti, saya tak marah sedikit pun kerana itu cara mereka mencari rezki dan itu hak mereka cuma saya simpati dengan pembeli-pembeli lah sudah lah dapat keris sumbi yang bukan sumbi, diletakkan pulak khadam jin, nanti merosak diri dan keluarga dan terpaksa pula membayar mahar yang lebih mahal dari keris sumbi original yang saya sendiri tawarkan.

Pendek kata kalau ada orang beli keris sumbi sakti dari saya sekali pun dan kemudiannya pembeli tersebut menjual pula pada orang lain maka dengan serta merta pihak perguruan mematikan kebatinan pada keris tersebut maka yang diperolehi oleh pembeli baru hanyalah keris kosong yang tidak ada apa-apa khasiat kerana ijazah kebatinan sumbi sakti itu hanya dilafazkan oleh saya selaku wakil mahaguru yang mempunyai hak mewakilkan perguran nurfateh dan perguruan sumbi sakti menyampaikan kebatinan sumbi sakti pada orang ramai, jadi kepada pembeli yang membeli barang akbn seperti keris sumbi dan lain-lain cuba bertanya pada diri sendiri pernahkah dilafazkan oleh saya mengijazahkan kebatinan? kerana kalau kamu tak mohon maka saya diamlah, dan kalau kamu tanya saya boleh guna barang ini? saya jawab OK, kalau kamu cakap "saya minta izinkan untuk gunakan barang ini" saya akan cakap "saya izinkan" dan kalau kamu cakap "saya mohon ijazah untuk menggunakan barang ini" saya pasti akan jawab "dengan lafaz Bismillah hirrahma nirrohin saya ijzahkan dan saya izinkan untuk kamu" maka pada ketika itu juga wakil dari perguruan akan membawa nama kamu ke perguruan dan mengesahkan bahawa kamu layak, telah dibenarkan dizinkan dan telah diijazahkan oleh saya. Bagaimana pulak pembeli yang membeli barang tiruan? kononnya dari akbn, saya tak dapat nak ulas bab ini, cuma tumpang simpati sahaja.

Kepada ahli-ahli akbn yang rasa ragu-ragu cerita keris sumbi sakti diatas, atau rasa saya sengaja mereka-mereka cerita boleh lah hubungi saya untuk mendapatkan no telefon Mohd Wee tu, tanya dia sendiri perkara tersebut betul-betul berlaku ataupun mahaguru d.patinggi yang mereka-reka cerita diatas macam tuduhan seorang pembaca blog pada saya minggu lepas.

UNTUK AHLI AKBN SAHAJA.!

Kepada semua ahli akbn saya ingatkan dengan tegas disini bahawa apa jua yang berlaku bukanlah kerana keris, cincin, batu, selendang atau barang-barang tu ada kuasa. TIDAK SAMA SEKALI. semua itu tidak ada apa-apa. semua barang kebatinan adalah lantaran semata-mata, yang ada kelebihan adalah surah dan zikir yang saya berikan semasa kamu menerima barang kebatinan tersebut dan kamu amalkan, sewaktu terdesak atau kecemasan maka ALLAH izinkan atas kita dan kita beroleh kelebihan tersebut atas pertolongan Allah semata-mata. INGAT jangan sekali-kali kita percaya pada barang kononnya mempunyai kuasa dan jangan sekali-kali kita memohon bantuan pada khadam kerana semua perbuatan tersebut adalah syirik dan dosa syirik tidak akan terampun melainkan taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut. Sila rujuk alquran surah Al-Jin untuk pengesahan.  wasalam. 

Thursday, 21 November 2013

CINCIN PETIRAN SAKTI DAN KEGUNAANNYA SIRI 2

Salam sejahtera kepada ahli AKBN dan sidang pembaca. Terlebih dahulu mohon ampun dan maaf kerana telah lama tak dapat update blog ni. Sebenarnya pada tahun lepas 2012 saya telah mohon untuk melepaskan tugasan saya diperguruan nurfateh dibawah naungan sumur 7, kerana ingin menumpukan sepenuh tumpuan kepada AKBN sahaja, hampir 20 tahun bertugas diperguran rasanya sudah sampai masa untuk menumpukan pada keluarga dan AKBN sebab itu lah saya mohon melepaskan tugas dan telah diperkenankan. 

Namun pada tahun ini segala urusan perguruan Nurfateh telah berjaya disempurnakan dibawah pengendalian Sumur Tujuh maka dengan rasminya Perguruan Nurfateh telah dikembalikan semula kepada perguruan asalnya naungannya iaitu Perguruan Magelan Lawi Sakti Karakatua. Apabila Nurfateh telah dikembalikan semula kepada Karakatua maka segala urusan tadbir juga telah dirombak semula tidak lagi menggunakan urustadbir lantikan dari Sumur Tujuh dan segala perlantikan adalah dibawah urustadbir Perguruan Karakatua. Dalam watikah perlantikan dari Karakatua tiba-tiba tersenarai nama saya salah seorang daripada 3 orang yang dilantik ke jawatan Penasihat Agong, satu perkara yang tidak dijangka langsung memandangkan saya telah tidak bertugas lagi diperguruan lebih setahun. Walaupun sebenarnya kita boleh menolak jawatan yang dilantik tersebut namun saya tak mampu berbuat apa-apa kerana malu dengan maulana-maulana pendita yang mengundi dalam perlantikan tersebut. Saya mendapat tahu dalam perbincangan untuk perlantikan jawatan dalam urustadbir baru dibawah Karakatua, wakil-wakil dari perguruan -perguruan lain turut dipanggil oleh Karakatua dalam penilaian dan pengundian dan semasa nama saya dicadangkan untuk menjawat jawatan Penasihat Agong semua wakil-wakil perguruan telah mengangkat tangan mengundi sebulat suara, justeru itu saya terfikir juga sedangkan saya yang telah setahun lebih tidak bertugas dalam perguruan masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang satu jawatan yang tinggi jadi sekiranya saya menolak jawatan tersebut bererti saya tidak menghargai kepercayaan pendita-pendita yang memilih sedangkan mereka semuanya dari perguruan lain bukannya saya kenal pun. Bermula dari perlantikan tersebutlah saya mula agak sibuk dan huru-hara semula kerana terpaksa membahagikan tugas perguruan, tugas AKBN, tugas sebagai ketua keluarga dan sebagainya sehinggakan tidak berkesempatan untuk update blog ni. Seperkara lagi yang membuat saya amat sibuk ialah persiapan untuk menerima Selendang Reangang Genger Rajawali satu selendang dari Bugis kepada AKBN iaitu satu selendang tahap tinggi yang meliputi hampir 2000 kebatinan. Cerita tentang selendang ini akan saya update dalam entri yang lain.

Berbalik kepada cincin petiran sakti dalam siri 2 ini salah satu kelebihannya adalah orang akan nampak tubuh kita besar tinggi ketika kita marah ataupun ketika kecemasan dan penumbuk kita lebih besar pada pandangan mata mereka walaupun yang sebenarnya orang / musuh tersebut adalah lebih tinggi dan besar dari kita. Pernah satu ketika semasa saya pergi melontar jamrah, biasanya walaupun orang ramai dan berpusu saya dapat menyelesaikan dengan mudah dan tanpa masalah, tapi pada satu haritu kalau tak silap saya hari yang terakhir melontar jamrah, saya pergi melontar jamrah yang ke dua, seperti biasa selepas melontar saya tidak akan berpusing untuk keluar dari kumpulan orang ramai kerana takut terkena peluru sesat atas dahi tak usah banyak kalau kena seketul pun muai dah dapat telur sebiji kat dahi. Jemaah haji dari negara lain mereka tak seperti jemaah Malaysia yang cool, mereka biasanya emosional kadang-kadang mereka marahkan setan tu bukan batu aje yang mereka lontar, apa je yang terfikir nak lontar mereka lontar kadang-kadang selipar pun terbang, kadang-kadang botol pun boleh terbang, kerana terlalu marah dengan syaitan mereka baling botol dan botol tu landing dekat jemaah yang paling depan, bertelur lah kepala, mereka puas hati dapat baling syaitan dengan botol rupa-rupanya syaitan bukan didepan, syaitan dan iblis dalam hati mereka menghasut dan membakar hati mereka agar mereka baling botol dan batu-batu besar penumbuk biar jatuh ke kepala jemaah dihadapan, maka berderai lah ketawa iblis dan syaitan kerana berjaya memperdaya manusia dan berjaya mencederakan jemaah yang lain.   

Kembali kepada kisah saya tadi apabila selesai sahaja melontar saya pun tunduk dan berundur secara gostan sampai dapat keluar dari kumpulan orang ramai tadi barulah saya akan berpaling kebelakang untuk meneruskan perjalanan ke jamrah yang ketiga, tiba-tiba saya tergamam dan terkejut kerana apabila saya berpaling sahaja saya terlihat dihadapan saya sekumpulan jemaah haji lelaki dan perempuan dari Arab yang ramainya sekitar 10 - 15 orang yang sedang meluru dengan laju menuju kepada saya dalam jarak beberapa depa sahaja, tiba-tiba saya pun berkata dalam hati "habis aku kalini" namun kita orang melayu adat pendekar melayu biar mati melawan jangan mati kena pijak macam haiwan, lalu sepantas kilat saya menyilangkan beg saya kebelakang dan terus memasang kuda-kuda dengan kejap dan kukuh, masa tu saya nekad sampai aje Arab ni aku bedal, dengan kuda-kuda dan kaedah pasang menunggu pukulan 7 hari, memang sure punya siapa sampai dulu dia kena bedal dulu tak kisah lah Arab ni besar dua kali badan saya. Dalam jarak 2 depa dan hanya jarak tak sampai seminit dari mula-mula saya berpaling tadi tiba pak Arab yang berada paling depan sekali menjerit sekuat hati dalam bahasa Arab seolah-olah berteriak kepada yang lain, dengan sepantas kilat Arab-arab didepan saya tu masing-masing melompat ada yang tarik bini dan ada selamatkan diri sendiri, dalam sekelip mata ruang hadapan saya kosong takde satu manusia pun, dan Arab yang mula-mula menjerit tadi terus datang dari arah kiri saya dan terus menepuk bahu saya berkali-kali sambil bercakap dalam bahasa Arab, satu habuk pun saya tak faham melainkan perkatan Haji  jelah yang saya tahu yang dia maksudkan diri saya, namun pada ketika itu saya masih dalam keadaan memasang kuda-kuda dan menunggu dalam gerak pukulan 7 hari. Selepas pak Arab itu meninggalkan saya maka saya terus sahaja beredar untuk melontar jamrah yang ketiga sambil tersenyum macam tak percaya pulak dengan peristiwa tersebut sambil berbunga-bunga dalam hati dengan kereknya saya cakap "he he he handal juga aku ni, arab pun takut" namun bukanlah riak saja melawak untuk hilangkan suspen kejadian tersebut.

Sebenarnya pada waktu-waktu kecemasan dan terdesak sememangnya berkat amalan kebatinan yang ada , insyallah orang akan perasan yang tubuh kita besar dan tinggi sehinggakan orang yang lebih besar dan tinggi pun akan merasa gerun kepada kita dan merasa diri mereka lebih kecil dari kita dan kebatinan ini ada dalam cincin petiran sakti dan letaknya pada zikir "Bismillah hirahma nirrohim Munakhir..... sehingga selesai".

Beberapa malan yang lepas, ada orang yang sms saya dan menyatakan kelebihan-kelebihan yang saya nyatakan dalam blog koleksi-akbn.blogspot.com  dan cerita-cerita saya dalam blog ini tentang pengalaman-pengalaman saya dalam alam perguruan adalah cerita yang saya reka-reka sahaja, maksudnya saya sengaja membuat pelbagai cerita menarik untuk menyakinkan orang ramai tentang barangan AKBN. Sebenarnya pada saya tidak perlu untuk saya mereka-reka cerita kerana AKBN telah ujud lebih 10 tahun dan kepada ahli-ahli AKBN yang pernah berpeluang datang ke Muar mereka bukan sahaja pernah bertemu saya di Muar malah mereka juga pernah saya bawa ke pesantren perguruan untuk merasai kehidupan sebagai orang perguruan, pernah melihat pesantren perguruan dan pernah sama-sama menyaksikan kelebihan kebatinan barang-barang perguruan. Kalaupun saya nak mereka-reka cerita mana mungkin saya dapat mereka-reka sebuah pesantren untuk saya menipu orang ramai yang hadir tu, Ahli-ahli AKBN yang hadir pada malam tersebut pun dah hampir 200 orang. 

Kepada ahli yang jauh pula mereka pernah bertemu saya di Sabah, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka dan tempat-tempat lain semasa saya berjalan-jalan dan berkesempatan bertemu ahli-ahli AKBN. Jika saya ingin menipu dan mereka-reka cerita mungkin saya boleh menipu dan mereka-reka cerita untuk satu masa dan satu dua orang lepas itu saya tak boleh lagi tinggal di Muar ni kerana pasti orang akan cari saya dan belangkong saya tapi sejak saya mula mengajar untuk murid saya yang pertama sehinggalah hari ini saya masih di Muar tidak kemana-mana, tak lari pun dan tak nyorok pun dan tak tukar namapun. Nama AKBN yang saya guna dulu masih saya kekalkan hingga hari ini walaupun selepas penambahan perkataan seni silat selayang cahaya dan insyallah perjuangan saya hingga akhir hayat. Ahli-ahli AKBN pun ramai yang datang Muar menziarah saya disini. Matlamat saya hanya satu iaitu bersama-sama dengan semua guru-guru ilmu kebatinan, semua guru-guru silat, semua pejuang-pejuang bangsa tak kira apa pun aliran, persilatan,  nama pertubuhan dan pegangan serta perinsip mereka yang penting kita sama-sama berjuang menyampaikan ilmu pada anak bangsa kita orang melayu agar mereka semua menyediakan payung sebelum hujan kerana hujang ribut dan petir itu pasti berlaku cuma masanya belum tahu jangan sampai kita belum bersedia sehingga terpaksa bergeruh dilaman sendiri. Wasallam. Mahaguru D.patinggi