Pada suatu masa dahulu di Tanah Jawa dan sekitar pulau-pulaunya, telah dikuasai oleh orang-orang hindu, ramai penduduk asal kawasan setempat telah menganuti agama hindu apabila gerakan dakwah sami-sami hindu pada waktu itu telah disulam dengan ilmu hitam yang tinggi menjadikan orang ramai mudah percaya dan terpedaya dengan kebenaran yang mereka bawa. Pada ketika itu pusat penyebaran agama hindu yang terbesar adalah di chandi barobudur yang di kuasai oleh Perguruan Panji Tengkorak.
Mereka telah menjalankan satu strategi penyingkiran dan penghapusan yang terancang dimana orang-orang tempatan yang masih berpegang dengan ajaran Islam telah diserang dan menghadapi proses penghapusan etnik. Justeru itu mereka yang tinggal telah berundur dari tanah besar sehingga ke pinggir pantai namun serangan yang di lakukan oleh musuh menjadi semakin kuat apatah lagi musuh mendapati orang-orang Islam tidak lagi mampu bertahan. Demi menyelamatkan diri dan keluarga orang-orang Islam telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Tanah Besar dan melarikan diri ke pulau-pulau. Namun mereka tetap diburu oleh tentera musuh sehinggalah mereka mendarat ke pulau Karakatua dan sekitarnya. Apabila mereka telah jauh terpinggir sehingga ke pulau karakatua dan sekitarnya maka musuh tidak lagi memburu mereka kerana musuh berpendapat yang mereka tidak akan memberi ancaman lagi dan besar kemungkinan mereka semua akan mati jika berlakunya letusan gunung berapi karakatua
Mereka yang terselamat telah memulakan kehidupan baru di kepulauan karakatua dan apabila mereka telah terkumpul di satu tempat yang sama maka dengan sendirinya terkumpulah kumpulan mahaguru-mahaguru tua yang tidak mempunyai perguruan. kehidupan mereka yang terpencil diteruskan disitu dan beranak pinak dan mereka semua telah menggelarkan diri mereka ORANG KAKA.
bersambung....